.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, November 13, 2008

Apa itu 3K

.
3K (Kesedaran Diri + Kesedaran Kerja Berpasukan + Kesedaran Kepimpinan)

Situasi Masakini

Kedengaran di sana sini, banyak rungutan pengurusan mengenai ketidakupayaan sesuatu anggota kerja organisasi itu untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan apatah lagi untuk mencapai matlamat secara berterusan. Ini merupakan isu penglibatan (participation) anggota kerja terhadap perancangan yang telah ditetapkan. Keadaan ini boleh digambarkan oleh rajah berikut;
.

Seperti dalam rajah di atas, isu penglibatan ini selalunya berkait rapat dengan isu penurunan produktiviti anggota kerja. Bilamana diadakan perbincangan, isu ini selalu sahaja dibincangkan namun tiada sebarang kata putus tentang apakah tindakan yang wajar perlu diambil.

Dari pemerhatian saya, perkara ini berlaku bukanlah kita tidak pernah mengambil sebarang inisiatif untuk mencari jalan untuk memperbaiki keadaan ini. Banyak program dan inisiatif telah dijalankan. Namun, hasil yang diharapkan tidak muncul juga. Akibatnya, ramai dikalangan pengurusan sekarang ini menutup mata kepada program dan inisiatif yang datang kepada mereka.

Cadangan

Bertolak dari senario di atas, saya menyakini, kita perlu pada 3K. 3K adalah cantuman tiga inisiatif utama iaitu Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan. Memang benar banyak organisasi sekarang telah banyak melaksanakan ketiga-tiga program seumpama ini. Dari kajian, kebiasaannya program ini dilaksanakan secara berasingan dan tidak berterusan. Namun untuk benar-benar menerima kesan daripada program-program ini, saya menyakini program-program ini perlu dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan untuk semua anggota kerja tidak kira dimana kedudukannya di dalam organisasi.

Disamping itu, program 3K ini telah disusun sedemikian rupa agar ianya saling berkait, asas, relevan, unik, kreatif dan mudah untuk diamalkan di dalam suasana negara kita. Saya menyakini inilah suntikan yang diperlukan oleh organisasi. Saya bercakap bukan berdasar teori semata-mata tetapi sebagai seorang yang telah lama terlibat secara langsung dalam usaha menangani permasalahan ini.


Bayangkan .... Jika seseorang individu itu ....

Tahu apa yang dia mahu capai
Tahu bagaimana bekerja dalam satu pasukan
Tahu bagaimana memimpin satu pasukan

Individu tersebut dalam landasan betul untuk mencipta kejayaan!


Bayangkan .... Jika setiap anggota kerja di dalam satu organisasi itu ....

Tahu apa yang mereka mahu capai dalam kerja
Tahu bagaimana bekerja dalam satu pasukan
Tahu bagaimana memimpin satu pasukan

Organisasi tersebut dalam landasan betul untuk mencipta kejayaan!
.

Berdasarkan kepada rajah di atas, dengan melaksanakan ke enam-enam modul program 3K ini secara bersepadu dan berterusan, sudah pasti isu penglibatan dan produktiviti para anggota kerja dapat ditangani. Sebagai contoh, program 3K ini boleh dibuat dalam masa 1 tahun dengan selang 2 bulan antara setiap modul. Susulan boleh dilaksanakan di antara modul-modul ini bagi meningkatkan kefahaman anggota kerja. Sebarang program tanpa susulan akan merugikan masa, tenaga dan wang!

Sinopsis modul-modul dalam 3K ialah seperti berikut;
.
Program 3K ini telah direkabentuk sedemikian rupa berdasarkan kesedaran bahawa anggota kerja merupakan aset paling penting bagi sesuatu organisasi. Bilamana anggota kerjanya hebat, barulah organisasi itu hebat. Dalam kata lain, organisasi tidak akan sesekali hebat jika anggota kerjanya tidak hebat!

Fikirkan …

Akhir kata, harapan saya agar konsep 3K ini dapat diterima-pakai oleh sebarang organisasi sebagai usaha paling asas untuk bina anggota kerja mereka dalam usaha untuk mencapai matlamat organisasi masing-masing. Untuk keterangan lanjut hubungi saya di 019-2245-079

No comments:

Post a Comment