.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, November 14, 2008

Gelisah


Renungan dari seorang sahabat ...

Jam 3.58 pagi. Aku masih belum tidor. Aku tidak dapat melelapkan mataku. Aku tak tahu about matamu tapi mata aku tak mahu tutup. Bila mataku tak boleh tutup, fikiranku melayang-layang.. Macam-macam yang aku fikir. Itu yang aku fikir. Yang melintas dalam fikiranku pun macam-macam juga. Samalah itu.

Ku sedang berfikir apa lagi yang kumahu dalam hidup?

Rumah? Sudah ada.
Kereta? Sudah ada.
Duit? Ada. Banyak dalam simpanan.
Isteri? Aiseyman, segan nak cakap , sebab lebih dari satu.
Kelangkapan dalam rumah? Apa yang tidak ada? Kausebut apa sahaja, ada.
TV? LCD belaka,satu 32 inci di ruang tamu tingkat atas. Satu lagi LCD 47 inci , aku show-off di ruang tamu tingkat bawah. Kalau aku hendak, lagi besar daripada itupun boleh ku adakan. Hendak buat satu pawagam mini dalam rumahpun boleh, cuma aku tak mahu aja.

Set perabut rumah, macam-macam jenis ada. Settee tiga set ada, memenuhi segenap ruang dalam rumah. Mestilah the best! Set bilik tidor, pun tiga ada, lengkap dengan katilnya, almari pakaiannya, dan almari soleknya. Itupun, kalau hendak kutambah, masih ada lagi bilik kosong yang boleh kulengkapkan, cuma tak mahu sahaja. Apa lagi?

Ah, kelengkapan didapor apa yang tak ada semua telah kuadakan. Dapor gas dua ada. Dapor elektrik satu dah memadai , kadar bayaran elektrik tinggi .Tak perlu banyak. Bukan aku gunakan sangat. Nak makan apa, semuanya aku boleh cari di luar sana. Tidak payah menyusahkan diri, hendak ke pasarlah, hendak menyediakannya lah, hendak masaklah. Tak payahlah. Makan diluar lebih menjimatkan dari masak sendiri di rumah. Pilih saja lauk apa yang membuka selera. Nasi kosong campur aneka kuah dengan telor goreng sebutir, berapa ringgitlah sangat? Bab makan, aku kikir sikit.

Hendak dibeli mentah-mentah segala-galanya mahal. Daging berapa belas ringgit satu kilo? Ikan berapa ringgit pula? Itu fasal di pasar-pasar hyper depa letak harga ikut gram. Seratus geram tak lah nampak mahal sangat. Tapi nak masak apa kalau beli daging 100 geram. Ikan bilis beli ikut gram tak apalah, sebab nampak banyak ekor. Tahinya pun banyak jugak.? Lebih baik makan di kedai. Dalam sepinggan nasi campur aneka lauk dan sayor boleh dipilih. Itulah namanya belanja secara berhemah.

Jadi, apa lagi yang aku mahu dalam hidup. Rumah ada, kereta ada, kelengkapan-kelengkapan perlu ada. Pakaian? Tiga almari penuh untuk pakaian isteri sahaja. Koleksi dari masa dia anak dara sampai lah jadi mak dara. Apa pakaian yang tak ada, semua fesyen ada. Apa tak banyak? Setiap kali nak pergi makan khenduri kawin, nak beli yang baru punya. Mesti yang ada standard punya. Sepasang seratus lebih ringgit punya.

Pakaian baru mesti dikenakan dengan tudung kepala yang matching punya. Bukan ringgit tigapuluh atau limapuluh tapi yang harganya mesti ngam dengan baju dan kain ratusan ringgit punya. Kain tudung sahaja sudah memenuhi semua laci-laci dalam almari. Nak buang sayang. Nak kasi orang, bekas dah pakai,ada yang mahukah? Tudung terpakai sama seperti seluar dalam sudah dipakai, teramat peribadi untuk diberikan orang.

Pendekkan cerita, apa yang ku mahu dalam hidup sudahpun ada. Jadi kalau ditanya apa lagi yang kumahu...jawapannya aku mahu mati. Aku mahu menikmati mati. Aku mahu melengkapkabn diriku untuk mati. Apa yang ada semasa hidupku akan kutinggalkan bila aku mati. Rugi...rugi. Ratusan ribu dihabiskan, mati juga akhirnya. Yang tak sedia mati awal-awal, buatlah pintasan jantung tiga empat kali, Insyallah, lambat laun mati juga kemudiannya.

Bila aku hendak mati? Jawabnya, bila-bila pun tidak mengapa, janji mati. Hendak mati dalam tidor atau dalam jaga? Jikalau mati dalam jaga, bagaimana kau mahu dimatikan? Terjatuh rebah dalam bilik air? Tak mungkin. Kekudaku kuat lagi. Lagipun aku terlalu berhati-hati ketika melangkah.

Tercekik ketika makan? Aku bukan jenis orang yang gelojoh makan. Mati lemas kerana tenggelam? Tidak mungkin, sebab aku tahu berenang lah.Hangus dalam kebakaran kereta ? Tip-toplah kondisinya, tak ada sebab nak terbakar?

Atau hendak mati dalam kereta Mercedez semasa dirempuh lori balak? Apa pulak? Kereta tu bukan sembarangan jenis, lengkap dengan dual air-bag , depan dan belakang, ABS dan memacam ciri keselamatan ketika memandu. Lesen memanduku bukan kedai kopi mari punya! Mati akibat serangan jantung ketika berjogging? Tidak mungkin. Ketika bercengkerama? jauh sekali. Kesihatanku maintain lah.

Bolehkah aku pilih bagaimana aku mahu dimatikan? Tentu tidak. Hendakkan apa saja semasa hidup kuboleh pilih selagi aku mahu. Tetapi dalam keadaan mana aku hendak mati, bukan aku yang akan tentukan. Kalau boleh, aku nak mati bila aku dah siap apa yang kuperlu untuk kubawa ke sana.

Sekarang kuperlu tanya diriku pula : Untuk mati, apa yang aku ada? Sorry to say, lebih tak ada dari ada.

Banyak. Banyak sangat yang tak ada. Ilmu agama ,Ikut kemampuanku, setakat boleh makan sahaja . CUKUPLAH sekadar untuk dapat satu sudut di syorga. Tak dapat mahligai dari intan permata pun tak apa. Rumah aku di dunia diperbuat dari besi, simen dan batu bata sahaja pun dah cukup selesa. Buat apa tamak tamak? Orang tamak selalu rugi, kata orang.

Bidadari? Satupun aku dah syukur. Janji dapat. Bukankah kita diajar supaya bersyukur.? Tak payahlah sampai empat. Dua isteri pun, SEKSA!!.

Anak yang soleh? Melaun habau ada. Tapi mereka tak merempit. Anak perempuanku tak ada yang jadi pengkid. Anak-anak yang soleh tak menjadi . Akupun hairan. Macam aku, mereka pun cukup makan juga. Aku dah sekolahkan mereka, sediakan makan pakai mereka. Mungkin sudah ditakdirkan, mereka tak digulungkan soleh dan solehah. Mungkin juga taqdir aku, takkan dapat lebih dari apa yang aku usahakan di sana kelak. LU Pikirlah sendiri!

Sedekah jariah? Cukup, rasanya. Setiap tahun di bulan Ramadan aku sedekah kepada surau buat morei. Itupun kerana AJK surau edar borang. KaLAU TIDAK, aku bayar fitrah sahaja dekat-dekat nak raya. OK lah tu. Sikit, banyak, sedekah juga namanya. Jangan tamak cogankan hidup aku. Sikit-sikit pun, selalu. Tiap-tiap tahun tak miss. Takkan malaikat tak rekod kot. Untuk mak ayah aku yang dah tiada, aku sedekah wang untuk tahlil selepas solat tarawikh, cuma lima ringgit satu aruah. Dua aruah baru sepululuh ringgit. Setahun sekali OK lah dari tak buat langsong.

Isteri-isteri aku juga beramal jariah. Mana-mana pakaian lama yang mereka dah tak mahu pakai lagi itu aku tolong sedekahkanlah, kepada orang susah sikit, mangsa-mangsa kebakaran sikit, mangsa banjir dan mangsa bencana alam sikit. Kalau tidak tak muatlah almari-almari pakaian isteri-isteriku.

Ilmu yang dimunafaatkan?

Untuk aku , isteri-isteri dan anak-anakku sahaja. Terserah kepada merekalah hendak dimunafaatkan atau tidak. Cukuplah aku keluar belanja untuk hantar mereka mengaji . Aku dah munafaatkan duit ringgit aku untuk mendapat dan memberi mereka ilmu.

Aku tak suka bermegah-megah, menunjuk-nunjuk aku pandai itu dan ini. Itu RIAK namanya. Lagipun aku bukan ustad. uztazpun, kalau tak dibayar, tak mau dia kasi ilmu secara percuma. Ajar mengaji Qur'anpun, bukan ikut suka berapa nak bagi untuk satu kepala . Lebih tak apa, jika kurang, ikut minimum yang ditetapkan.

Bersediakah aku untuk mati? Ala kadar saja, aku rasa sudah sedia. Apa yang Tuhan nak bagi, aku terima.Wasallam, buat peringatan kalian dan diriku sendiri.

Sekarang baru aku rasa nak tidor ...

2 comments:

  1. Betapa bertuah nya diri anda, punya segala harta dunia.. anak2 dan dua isteri yg tentunya mengambil berat tentang diri anda.. bersyukurlah..


    Seri^80
    Shah Alam

    ReplyDelete
  2. Salam Puan Seri, cerita ini cerita sahabat saya untuk renungan kita semua sahaja.

    ReplyDelete