.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, November 17, 2008

Matlamat di Tempat Kerja


Saya tertarik melihat gelagat anggota kerja ditempat kerja. Rata-rata bila kita berjalan di dalam sebarang organisasi, kita dapat lihat anggota kerjanya semacam tidak bermaya dan melaksanakan setakat apa yang disuruh. Jarang sangat yang kita lihat anggota kerja mahu mengambil inisiatif sendiri untuk melaksana tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka. Ini berlaku bukan sahaja pada lapisan terendah sesuatu organisasi malah ianya berlaku dalam setiap lapisan organisasi. Fenomena ini bukan suatu perkara yang baru … dah berzaman kot? Isu ini amat kritikal … amat pokok. Jika tidak ditangani jangan diharap produktiviti akan meningkat.

Kenapa jadi begitu? Anda ada jawabannya …?

Jika dilihat dari perkara asas seorang manusia itu, perkara yang menggerakkan seseorang manusia banyak dipengaruhi oleh dua perkara berikut;

Takut (Fear)

Tamak (Greed)

Betul…?

Cuba kita semak diri masing-masing. Saya yakin jika kita ikhlas dengan diri masing-masing, pasti kita akan menyedari bahawa dalam banyak situasi, diri kita bertindak berdasarkan kepada dua perkara ini. Yang membezanya antara kita ialah darjah ’takut’ dan ’tamak’ yang ada pada diri masing-masing.

Mungkin ada yang cuba menafikan ini. Namun kita perlu ingat kita bukan malaikat dan dua sifat ini memang sudah sedia wujud dalam diri kita. Dua sifat ini tidak semestinya buruk. Asalkan kita tahu bagaimana menggunakannya pada situasi yang sesuai dan mentadbir sifat-sifat ini dari menguasai kita.

Balik persoalan mengenai kaitan takut & tamak terhadap anggota kerja di dalam organisasi. Dunia kian berubah. Dengan mencanangkan kepada mereka bahawa mereka perlu berkorban untuk organisasi kerana perlu mengenang jasa apa yang organisasi telah berikan kepada mereka sudah tidak merupakan hujah yang kuat untuk menarik anggota kerja supaya laksana tugas dengan cemerlang. It’s simply not going to work anymore! Biar sampai berbuih mulut kita mencanang slogan ini, rasanya ianya semua kerja yang sia-sia.

Satu cara pandang baru perlu kita ketengahkan. Anggota kerja perlu bina matlamat peribadi. Kemudiannya cuba hubungkan matlamat peribadi masing-masing dengan kerja mereka di tempat kerja. Pemimpin pula perlu bimbing para anggota kerja kita untuk melihat apa yang mereka boleh perolehi dari kerja mereka untuk diri mereka. Dan pada masa yang sama tidak lupa bagaimana apa yang dimahukan oleh para anggota kerja itu tidak lari dari hasrat organisasi. Dalam kata lain dengan melaksanakan pendekatan ini, secara langsung kita telah ‘serve the needs’ anggota kerja kita terhadap ‘takut’ dan ‘tamak’ mereka. Fikirkan …

Hujah di atas disokong kuat kata-kata seorang pakar pembangunan organisasi yang bernama Samuel B. Bacharach dalam bukunya Get Them On Your Side - … “Having personal integrity does not mean that you are totally altruistic and will sacrifice yourself for the organization, but rather that your personal advancement will only occur in the context of organizational rules and that your goals are aligned with the best interests of the organization. While the change may benefit you in some way, others need to know that if you suggested it, it will also greatly benefit the organization”.

Sudah sampai masanya anggota kerja perlu dihujani dengan kata-kata seperti berikut secara berterusan …

“Peluang terbaik untuk anda adalah apa yang ada di depan mata anda, maka rebut peluang tersebut. Jika tidak anda buang masa!”

“Bagi peluang pada diri anda untuk lihat semula kerja anda. Apakah kebaikan atau peluang yang ada dalam kerja anda sekarang.”

“Bagaimana anda kaitkan kerja anda sekarang dengan matlamat peribadi anda?”

“Samada anda suka atau tidak anda mesti habiskan masa satu hari anda di tempat kerja ini dari 8 hingga 5 petang! Jika anda tidak usahakan sesuatu yang bermenafaat untuk diri anda di tempat kerja, Rugi!! Pilihan memang di tangan anda untuk menentukan samada masa anda di tempat kerja sebagai ’syurga’ atau ’neraka’!”

Untuk membantu anggota kerja lebih memahami kenyataan ini, mereka perlu berusaha menjawab 4 soalan asas kehidupan iaitu;

Siapa Saya?

Dimana Saya Dalam Hidup ini?

Kemana Arah Tujuan Hidup Saya?

Bagaimana Saya Harus Mencapai Matlamat Saya?

Jika anggota kerja punya kepayahan untuk menjawab soalan ini dan membina matlamat peribadi, usahakan agar mereka menghadiri program ’Anda Dilahirkan Berjaya’ kerana di dalam program ini, kesemua soalan asas kehidupan ini akan diperjelaskan dengan mudah.

1 comment:

  1. makes a lot of sense. I decided to work in place much further from where I'm staying. I could have stayed at my old office. But I have a goal, and starting to fall in love with it. So spending a bit more time on the road and money for the transportation to the new office will insy strengthen my love for this new goal.

    ReplyDelete