.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, December 8, 2008

Catatan Satu Perjalanan ...

.
Bila tiba setiap musim haji, saya pasti terkenang satu perjalanan haji yang saya turuti pada 1427 Hijrah … ianya telah membawa seribu satu pengajaran dan pengalaman baru.
.


Antara lain, apa yang tertera berikut ini, benar-benar membawa saya berfikir untuk melihat hidup ini dari paradigma baru yang harapnya dapat membawa ke arah memperbaiki diri.

Bukan tujuan untuk mengajar atau yang setara dengannya ... hanya mahu berkongsi fikir ... moga-moga Allah S.W.T. beri RahmatNya kepada kita semua. Ikuti renungan ini ...

Manusia sentiasa sebok dengan AKTIVITI untuk mencapai HAJAT masing-masing.

.
AKTIVITI itu menjadi BARAKAH bilamana AKTIVITI yang dilaksanakan menjadi IBADAH kepada Tuan Punya Alam.

IBADAH bermakna AKTIVITI yang mendapat PAHALA dan RAHMAT disisi Allah S.W.T.

Jika setiap AKTIVITI menjadi IBADAH (24/7), maka lahir TAQWA.
.

Di dalam Al Quran selalu ditegaskan bahawa pertolongan Allah S.W.T. datang kepada orang berTAQWA dan bukan kepada orang Islam.

BARAKAH bermakna Masa, Tenaga & Harta yang digunakan untuk melaksanakan AKTIVITI mendapat RAHMAT dari Allah S.W.T.

Bila dapat RAHMAT Allah S.W.T., hidup di dunia dan di akhirat menjadi SEJAHTERA, BAHAGIA & KAYA. (Slogan 3K)

Itulah sebenarnya rahsia hidup ini.
.

Fikirkan …

Kita selalu cuba menaiktaraf diri kita di kalangan kita, tapi kita lupa menaiktaraf diri kita disisi Allah S.W.T.

Mudah buat ibadah 24/7?
.

Kita guna MASA dalam 1 hari (24jam) ...

5% = ibadah wajib seperti solat
25% = ibadah sunat seperti solat sunat
75% = ibadat umum/solihin seperti tidur, bekerja, melancung dsbnya.

Rugi Besar Jika Kita Tidak Buat Ibadah Umum!

Fikirkan ...
.

Apa ciri –ciri yang melayakkan sesuatu aktiviti itu menjadi ibadah umum?

1) Niat Betul (untuk amal perintah Allah S.W.T.)
2) Perkara Sah
3) Perlaksanaan Betul
4) Laksana Penuh Optimum
5) Tidak Meninggalkan Ibadah Wajib
6) Natijah Betul – syukur, bayar hutang, zakat, sedekah.
.


Apa yang perlu kita semak dari hari ke hari ..

1) Hati (murni, takut Allah S.W.T. ..?)
2) Cara Berfikir (sangka baik ..?)
3) Cara Berinteraksi (dengan manusia lain ..?)
4) Hubungan dengan Allah S.W.T. (amal sunnah ..?)
5) Semangat (semangat kita bertambah baik ..?)
6) Kemampuan Menghadapi Cabaran (cekal ..?)
7) Percakapan (cakap itu doa ..?)
8) Ketrampilan (tindak tanduk, ‘competencies’, doa, solat ..?)
9) Kehidupan Seimbang (hebat di pejabat, hebat di rumah ..?)

.
Bagaimana mahu kekal dalam ibadah .. ?

1) Doa Selalu.
2) Belajar dan Terus Belajar.
3) Bercampur dengan orang baik-baik. (3 nama ulama dalam handphone)
4) Bina Matlamat untuk kekal di dalam ibadah.
5) Bina Kumpulan Sokongan (support group).
6) Tukar Suasana Rumah dan Pejabat
7) Pesan orang lain jadi baik (dakwah)
8) Selalu Ziarah Makkah dan Madinah


Allah S.W.T. akan nilai kita berdasarkan kepada sejauh mana kita AMAL agama tidak kira

- Siapa kita, (Kaya atau Miskin, Berpangkat atau Tidak)
- Apa kerja kita. (Kerja besar atau Kerja Kecil)
- Dimana kita. (Bermastautin, Musafir dsbnya)

Mari kita sama-sama fikirkan dan ambil tindakan!

Moga kita diRAHMATI Allah S.W.T.



Terbaca somewhere untuk renungan bersama ... 'Every action of our lives touches some chord that will vibrate in eternity'.

No comments:

Post a Comment