.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, January 3, 2009

Pagi Tahun Baru

.
Pagi Tahun Baru 2009 ini, selepas subuh tadi, aku cuba tidur balik, namun puas aku cuba bawa tidur, tapi mata tak jugak mahu pejam. Jeling dekat jam sebelah katil. Jam dah pukul 7.30 pagi. Aku bangun, basuh muka. Tak mandi pun. Terus aku sarung jeans dan T-shirt. Rumah aku ni sunyi jer pagi ni. Maklum cuti. Lepas subuh, semua tidur balik. Nak Qado letih semalam.

Aku keluar rumah dan masuk kereta Hilux aku ni. Kawan-kawan aku suka panggil kereta aku ni lori. Tapi aku selesa sungguh dengan Hilux ini. Memang sesuai sungguh dengan cara hidup aku sekarang. Nak kacau kawan aku Ajid, pagi-pagi ini tak sampai hati la pulak. Mungkin dia tengah belayar dalam mimpi. Aku start enjin kereta, lalu aku pergi menuju gerai roti canai Kakak yang tak jauh dari rumah aku. Gerai roti canai ni memang favourite aku. Wife aku kata ... ”U tak jemu ker makan roti canai ni ... dah kena jampi ker..” (Itulah Melayu ...! gurau jer) Tapi memang sedap. Nak buat macam mana ... dah suka. Kalau you all nak try, contact aku. Nanti aku tunjukkan tempatnya.

Pagi-pagi begini, orang tak ramai. Ada 2-3 orang brother sedang duduk berbual. Bukan main rancak lagi mereka berbual. Nampak semangat betul. Biarlah ..asalkan bahagia. Lagipun, waktu zaman sekarang ini susah nak cari orang yang bahagia.
.

Bila kena kopi panas kakak ni, baru rasa fikiran sedar. Hilang blur fikiran aku. Sambil tunggu roti canai favourite aku tu, aku belek paper hari ini yang memang dah ada kat gerai ini. Semua cerita pasal welcome 2009. Aku hanya renung dan sempat pulak aku mengelamun...

Apa aku nak buat tahun baru ni yer. Bila aku dengar cerita sekeliling. Semua cerita pasal ekonomi yang nak merudum. Semua kata kita perlu prepare diri to face the fiasco. Entah lah ... aku rasa blur-blur jer. Macam kata mat saleh ... rasa macam ’a lull before the storm’ jer aku rasa.

Tapi pagi awal tahun ini aku rasa puas hati la pulak. Bukan apa, bila aku renung tahun 2008, macam-macam jugak aku dah buat. Terutamanya program 3K aku tu dah completed. Buat pertama kali aku rasa selesa dengan 3K ini. Kalau tidak, ada saja rasa yang tak kena. Siapa yang dah pernah buat program, sure faham apa yang aku maksudkan. Namun bukanlah aku kata program 3K ini tidak akan ada lagi perubahan. Perubahan itu tetap akan ada kerana proram 3K ini memang sifatnya dinamik. Apa pun pagi ini aku memang puas. Aku senyum sorang-sorang. Masa tu la kakak tu hantar roti kat aku. Roti telur + Roti canai tak mahu pukul. Dia pun senyum kat aku. Mungkin dia sangka aku senyum sebab nampak roti yang aku order dah sampai. Tak kisah lah. Janji aku dapat makan.


Sambil aku makan perlahan-lahan ... fikiran aku terus ligat sambung benda yang aku fikirkan sebentar tadi...

Aku puas kerana 3K dah siap seperti mana yang aku mahu. Aku dah ada produk. Produk ini memang sangat aku hargai. Ialah cerita 3K ini bukan cerita asing bagi aku. Ianya cerita ilmu-ilmu/pengalaman-pengalaman yang aku jumpa selama aku mula kenal dunia ini. Nak kata syok sendiri tu tak lah ... tapi memang idea 3K ini amat relevan dengan dunia sekarang. Bila aku tunjukkan kepada sahabat-sahabat, semua kata bagus. Kata mereka inilah ilmu asas yang perlu ada pada setiap manusia jika mahu berjaya dalam hidup. Perkataaan asas ini pun mungkin asas pada seseorang tetapi tidak bagi orang lain. Ianya relatif. Tetapi bak kata seorang tuan profesor yang dah lanjut umurnya yang aku jumpa satu malam kira-kira dua bulan lepas, program 3K ini merupakan asas yang diperlukan. (neccessary basic).


So, dalam kata lain, aku dah ada produk yang boleh jadi aku punya X-Factor aku sendiri. What a feeling....

So sekarang tibalah masa untuk aku market program 3K ini. Ada jugak rasa cuak dalam hati ... ada ker market untuk program ini? Tapi bila mengenang bagaimana some group of people yang dah benefit dari program ini, hilang rasa cuak. Malah aku rasa terangkat la jugak bila ada satu pusat latihan korporat ini datang kat aku nak guna program aku ni sebagai modul dalam latihan mereka. Mereka ajak aku buat joint-venture. Tapi mana boleh ... aku dah banyak habis tenaga, wang dan masa untuk siapkan 3K ini, tetiba nak joint-venture. Where got road ... Lagipun aku ni sorang-sorang jer, mereka tu konglomerat. Silap hari bulan aku kena telan. Bukan nak jadi pesimistik tapi pengalaman lampau mengajar aku supaya berhati-hati ...


Bila aku lihat balik program 3K ini, walaupun setiap satu modul program 3K (ada 6 modul dalam program 3K) boleh dibuat secara independent dari modul lain yang ada dalam program 3K ini, namun bila semua modul program 3K ini dilaksanakan secara bersepadu, ianya boleh dijadikan sebagai satu program ’Bina Organisasi’. Masa yang diperuntukkan untuk laksanakan kesemua modul ialah kurang lebih 1 ½ tahun. Selang masa antara program-program ini boleh diperuntukkan untuk buat follow-ups. Kalau leader dan anggota kerja komited dan humble to practice idea dalam 3K ni, senang organisasi jadi cemerlang. Customer happy, untung pun banyak!. Ini bukan cerita dongeng terutamanya dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Apa orang kata, apa idea yang fikiran kita tumpukan ...maka itulah yang kita akan terima atas tapak tangan kita!


So aku tahu, 3K ini memang powerful.

Bila sebut pasal harga yang nak aku letak. Ada kacau sikit. Nak bubuh harga tinggi ker atau rendah? Macam-macam benda datang dalam fikiran aku ... ‘Engkau nak jual ilmu ke Mior?’, ‘Engkau kata nak tolong umat, bagi free la … mana boleh letak harga’ dan macam-macam lagi. Pening gak. So aku teringat pertengahan tahun lepas aku tanyakan hal ni pada uztaz yang aku kenal baik. (Dia ni jadi macam jadi tempat rujuk aku pasal persoalan agama). Jawapan dia very interesting.

Kata Uztaz tu, dalam Islam … “Guru mesti jaga Masyarakat dan Masyarakat pula mesti jaga Guru. Baru selamat dunia. Guru tu kan ada famili dan tanggungan jugak. Kalau tak dibayar, macam mana Guru itu nak hidup.”

Tambah Uztaz tu lagi, “Soal harga pulak relatif. Ada sesetengah masyarakat tu pandang RM1,000.00 tu nothing but ada sesetengah masyarakat tu pandang RM1,000.00 tu everything. So pandai-pandai la letak harga...asalkan kedua-dua belah pihak setuju. (Uztaz, kalau ada salah yang saya tulis ni, bagi tau saya yer..).

Bila dengar penjelasan uztaz ni, lega sikit kepala aku. Lagi pun dari pengalaman lepas, kalau letak harga terlalu rendah, orang tak appreciate sangat. Dari sudut psikologinya, kalau ada susah payah terhadap sesuatu tu, baru timbul nilainya pada diri seseorang. Sudahnya aku dah setkan harga yang aku nak letak. Dari apa yang aku semak, harga ini amat berpatutan malah mungkin agak rendah kalau dibandingkan dengan harga kebiasaan pihak korporat.


So tahun 2009 memang tahun aku market 3K. Aku tiada punya alasan kukuh untuk tidak market program ini. Strategi marketing yang aku dok plan dalam Ventrax aku tu akan aku akan ambil tindakan. Itu janji aku tahun baru ini. Aku sematkan dalam diri aku, bahawa aku buat ini semua nak tolong umat disamping nak cari rezeki untuk famili aku. Kiblat aku jelas ... aku nak dapat keredhaan Tuhan. Kalau aku pegang begini .. ini dah kira ibadah. Aku pun bukan golongan orang yang tinggi amalan. Boleh tambah pahala. Selamat Dunia, Selamat Akhirat.

So ... tuan-tuan dan puan-puan yang prihatin, mari cuba 3K. 3K untuk capai hidup yang sejahtera, bahagia dan kaya didunia ini dan didunia sebelah sana. 3K ini sesedap roti canai yang dimakan ini!!!!
.
Dalam keadaan ekonomi gawat ini, lagi perlu invest dalam ilmu sebegini untuk diri dan anggota kerja agar kebal menangani cabaran mendatang. Ini bukan semata-mata soal kempen yer tapi soal logik yang amat jelas. Mari-mari … jangan tak invest ...

Knowing is not enough without apply.
Willing is not enough without do.

1 comment: