.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 10, 2008

3K sebagai 'anecdote'

Selalu saya bertanya pada diri, mengapa kita sukar menjadikan situasi di dalam organisasi atau masyarakat kita sebagai satu tempat yang selesa untuk semua dan merangsang semua mencapai matlamat yang kita mahu capai? Mengapa wujud sengketa yang memalukan yang berasal dari perkara yang remeh temeh antara kita? Mengapa wujud pandangan dan tindakan yang tidak mampu menerobos budaya, cara hidup dan amalan setempat? Bukankah pada dasarnya manusia di jadikan Tuhan sebagai pemimpin untuk alam ini yang seharusnya keamanan yang dibawa dan bukan kehancuran?

Dari mula-mula saya mengenali alam pekerjaan hingga kini (kurang lebih 25 tahun), soalan-soalan ini sentiasa menghantui saya. Lagi lama saya menganalisa persoalan ini, lagi kuat keinginan saya untuk mendalami rahsia-rahsia yang boleh menyediakan anecdote untuk persoalan-persoalan ini. Disamping sebok mencari rezeki untuk diri dan keluarga, saya memastikan agar rahsia-rahsia ini saya ketemukan. Sedikit demi sedikit kerangka untuk anecdote kepada persoalan ini saya kumpulkan. Saya amat beruntung kerana dalam usaha saya ini, saya telah berkesempatan bertemu dan belajar dari beberapa peribadi yang mungkin tidak dikenali umum tetapi saya amat yakin mereka punya pengaruh besar dalam masyarakat di dalam mana mereka berada. Pada mereka, kudos dari saya.

Kadangkala wujud tanda tanya dalam diri mengapa saya mahu lakukan ini semua. Sedar tidak sedar ini memang merupakan passion saya. Ini merupakan mission yang mahu saya kibarkan. Baru-baru ini saya tertatap satu ungkapan yang berbunyi, ’One life touches another, and potentially both lives are changed; one life touches another, and potentially the entire world is changed’. Hebat kata-kata ini. Ianya amat asas bagi maksud kehidupan ini. Tidak kira siapa pun kita, walau bagaimana kerdilnya kita ... 'Tiny actions can lead to dramatic changes!' Kenyataan-kenyataan ini menghapus tanda tanya dalam diri. Saya atas landasan benar. Tak payah renung kebelakang lagi. Akan saya jadikan ini sebagai commitment saya.

3K merupakan kerangka kepada anecdote untuk menjawab persoalan di atas. (3K..? untuk tahu lebih lanjut, sila baca post saya yang terdahulu). 3K merupakan satu siri program asas yang amat diperlukan bagi menyediakan umat manusia agar perkasa dalam masyarakatnya. Saya amat tertarik dengan kata-kata Bill Clinton dalam Siri Ceramah Memorial Shekar baru-baru ini. Beliau menegaskan dalam menjadikan kehidupan manusia ini terus relevan, umat manusia perlu belajar menjadi interdependent (saling bergantung antara satu sama lain setelah masing-masing punya kehebatan tersendiri yang diperlukan oleh orang lain) antara satu sama lain. Bila ini wujud maka pasaran untuk barangan dan perkhidmatan antara kita akan dapat ditingkatkan. Namun untuk mencapai interdependence ini, negara-negara kaya perlu membantu rakyat negara-negara dunia ketiga dari segi asas perubatan, ilmu dan peluang.

Pernahkah kita fikirkan apakah ilmu asas yang perlu kita tahu yang saya fikir jauh lebih penting dari 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) itu sendiri? Ianya ada terkandung dalam 3K (Kesedaran Diri, Kesedaran Kerja Berpasukan dan Kesedaran Kepimpinan). Sangkaan saya ini bukannya datang dari saya sendiri kerana apabila saya kongsi idea 3K ini dengan beberapa orang ahli korporat, ulama dan professor, bukan sahaja mereka mempersetujui idea ini malah kata mereka, inilah suntikan awal yang diperlukan oleh manusia dalam memperbetulkan tujuan kehidupan itu sendiri.

Jika tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu lebih lanjut atau melaksana 3K di dalam organisasi masing-masing, pohon hubungi saya (019-2245-079). Saya amat berbesar hati jika tuan-puan beri saya peluang melakukannya. Moga usaha yang sedikit ini akan memberi makna kepada kata-kata ... ’Every tiny movement in the universe affects the entire universe’.

No comments:

Post a Comment