.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, January 12, 2009

Bisnes Kek

Saya ada seorang sahabat ni. Dia ni memang pandai masak. Terutama buat kek. Satu hari, kawan dia datang ke rumahnya. Dijamunya kawan dia dengan kek yang baru dimasaknya. Bila dimakan oleh kawannya kek sahabat saya ni, melambunglah dipuji oleh kawannya tentang betapa sedapnya kek dia. Bukan main kembang lagi sahabat saya ni kena puji.


Nak jadi cerita, perbualan sahabat saya dengan kawan dia tak habis kat situ. Kawan dia mintak sahabat saya ni bekalkan kek kepada dia. So mulai hari itu, sahabat saya ni pun bekalkan kek kepada kawan dia. Pendekkan cerita, bisnes kecil-kecilan pembekalan kek kepada kawan dia makin maju. Mula-mula, setiap hari hanya 5 biji kek sahaja. Lepas dua bulan, sahabat saya ini membekalkan tak kurang 20 biji kek sehari kepada kawannya.


Biasalah, bila dah sampai peringkat ini, mula la terpikir oleh sahabat saya ni nak kembangkan perniagaannya. Berbekalkan semangat dan bukti bahawa kek dia memang laris, mulalah dia mempertimbangkan membuka 'the cake cafe' di salah sebuah kedai teres di depan rumahnya. Guess what? Apa jadi pada bisnesnya? Cukup 3 bulan dia gulung tikar!


Kenapa boleh jadi begini? Jawapannya senang saja ...

Sahabat saya ni memang pandai buat kek. Kek dia memang sedap. Saya sendiri akui kek dia memang sedap. Tapi sahabat saya lupa. Bila dia pandai buat kek, tak semestinya dia terus pandai buat bisnes. Mentadbir bisnes merupakan kemahiran yang amat berbeza daripada kemahiran buat kek!



Saya rasa, cerita di atas amat biasa kita dengar. Cerita sebegini amat lumrah bila kita lihat bisnes-bisnes yang ada di Malaysia ini. Hanya kerana kita ingat kita punya perkhidmatan atau produk yang sangat dikehendaki oleh masyarakat, terus kita terjun ke dalam dunia bisnes tanpa perancangan yang teliti. Kalau gagal bisnes kek, mungkin kesannya tak la teruk sangat. Bagaimana jika kita terlibat dalam bisnes yang agak besar seperti Small Medium Industries (SMI), tak ke parah kita jadinya.

Atas sebab itu, disinilah program produktiviti 3K boleh membantu. Bantu merancang dan melaksana bisnes anda. Nak tahu lebih lanjut, hubungi saya.



(Sahabat saya ni dah belajar dari kesilapannya. Dia tak putus asa. Dia sambung semula bisnes keknya. Sekarang bisnes keknya dah makin maju)

No comments:

Post a Comment