.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, January 22, 2009

Organisasi Aku Cemerlang? - Part 1 of 7

.
(teman bermaksud saya dalam loghat Perak)
(miker disebut ’mee-ker’; bermaksud awak dalam loghat Perak)

Bila teman berjalan dalam organisasi tempat teman memberi khidmat, entah kenapa lately ni ramai la pulak yang bercakap pasal pemimpin;

‘Kita tidak ada leaders yang berkaliber’
‘I think we need to develop leaders, or else our organization spell doom!’
‘Kenapa leaders kita macam tak ada arah jer?’
‘Ada beza ker antara leaders dan managers?’
‘We need to conduct leadership competencies!’



Teman rasa, pada masa yang sama, miker juga sebok gossip pasal pemimpin di organisasi miker kan?

Kalau di luar organisasi ini lagi la banyak, baik dalam Malaysia maupun di peringkat dunia. Miker sendiri boleh tengok bagaimana dunia mengharapkan pemimpin yang benar-benar mantap. Contoh di Amerika, penduduk di sana ada yang mengangkat Barack Obama seolah-olah seorang ‘messiah’. Punyalah kemaruk dunia sekarang ini kepada pemimpin yang mantap …!



Seperkara lagi, bila teman tinjau kedai-kedai buku, baru teman sedar, bila sebut pasal buku yang ditulis pasal kepimpinan (leadership) punya lah banyak. Macam-macam jenis topik leadership telah ditulis tapi ada ker idea tersebut hanya cukup bagus ditulis dalam buku dan tidak mampu dipraktikkan dalam hidup?

Kenapa jadi begini? Adakah pemimpin yang ada sekarang tidak mampu membawa perubahan kepada kehidupan yang lebih baik atau pemimpin yang kita mahukan ini sekadar rhetoric? Persoalan ini sebenarnya mudah dijawab, mungkin miker sendiri boleh menjawabnya.

Kekurangan yang paling ketara sekarang ialah kita tak ada satu sistem yang asas untuk membina pemimpin yang kita mahu wujudkan. Perlu jelas yer … pemimpin buka lahir begitu sahaja tetapi pemimpin itu perlu dibina! Sebelum bercakap pasal ‘bina pemimpin’, teman mahu sentuh satu perkara.

Apakah satu value yang perlu ada pada para pemimpin untuk memastikan agar dia tetap relevan kepada mereka yang dipimpin? Kaji punya kaji, teman lihat ada satu value ini yang kalau ada pada pemimpin, dia akan jadi pemimpin hebat. Value tu namanya integriti.



Bila ada integriti, akan timbul kredibiliti. Bila ada kredibiliti timbul pula trust. Bila orang yang dipimpin telah mula trust pemimpin mereka, pergggghhhhhhhhhhh hidup aman beb!

Cakap pasal integiti memang la sedap. But nak bina integriti bukan senang yer. Teman lihat Kerajaan siap bina satu Institut Integriti lagi, tapi setakat ini, apakah tahap integriti dikalangan kita? Miker sendiri boleh jawab ... !!!

Pada teman, nak bina integriti ini, pemimpin itu perlu rapat dengan Tuhan. Bila pemimpin selalu ingat bahawa hidup atas dunia ini sementara dan pemimpin itu sedar satu masa dia pasti pergi tinggalkan dunia ini buat selama-lamanya, rasanya baru dia sedar kot. Masalah dengan kita ni ialah benda-benda gini kita jarang dengar dalam kelas kepimpinan yang kita hadir. Semacam ada pemisahan la pulak. Mana tak haru dunia sekarang ni!



Bila teman bercakap pasal integriti ini, teman suka relate apa Allahyarham Uztaz Dollah kata.(guru agama teman masa teman kecik-kecik dulu – moga Tuhan angkat dia jadi orang yang berjaya dunia dan akhirat). Kata dia, “Kita ni kalau kita sedar ada makhluk sebelah kanan dan sebelah kiri yang tidak tidur, tidak rehat, tidak makan dan tidak lupa untuk mencatat amal baik dan buruk kita sepanjang kita hidup atas dunia ni, baru kita berpikir dua kali nak buat benda-benda yang bukan-bukan tu!’.

Bukan lah teman kata teman ni baik sangat but bila kekadang tu bila teman tersasul dan teringat kata Uztaz teman ni, tak ler makin dalam teman jatuh dalam lubang kehancuran. Patutnya pemimpin gantung kata-kata Uztaz teman ni depan meja mereka. Bila berkali-kali ulang baca kata-kata begini, lambat laun meresap jugak masuk dalam akal fikiran. Tak percaya, miker cuba ler!

So apa tindakan kita seterusnya? Kita semua perlu faham balik apa itu asas kepimpinan yang mantap. Kita perlu revisit the ‘ABC of leadership’. Ini hal paling pokok. Kalau kita dah mantap soal pokok ini, kalau kita nak go for more advance matter on leadership baru make sense.



Atas sebab itu teman bawakan Pimpinan Berjaya Part 1 (PB1). Semua cerita dalam program PB1 ini adalah hal asas kepimpinan. Mungkin nanti, bila lihat kandungan PB1, miker nampak macam dah tahu semuanya, tapi percayalah, teman dah susun setiap perkara yang dibicarakan itu dari sudut yang berbeza. Sudahnya miker semua akan nampak maksud kepimpinan dari perspektif yang berbeza. Ini pasti akan menjemput cara tindak yang berbeza!

Nak tahu lebih lanjut, call ler teman and let teman share PB1 dengan miker (with a cost, of course! mana ada benda free beb). Teman gerenti miker tak rugi!!!


Ke Arah Peningkatan Produktiviti!

No comments:

Post a Comment