.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, January 26, 2009

Organisasi Aku Cemerlang? - Part 2 of 7

.
(teman bermaksud saya dalam loghat Perak)
(miker disebut ’mee-ker’; bermaksud awak dalam loghat Perak)

Sebelum ini, (Organisasi Aku Cemerlang? - Part 1 of 7) teman bercakap pasal kriteria seorang pemimpin yang mantap. Dalam artikel ini pula, teman ingin membawa tumpuan pemikiran kepada bagaimana ‘cara pimpin’ (pembangunan organisasi) yang telah dan sedang dilaksanakan oleh sebahagian besar pemimpin unit bisnes dan teman ingin bawa satu syor bagaimana pendekatan yang perlu dilakukan oleh pemimpin ini.



Ini sebenarnya satu topik yang amat menarik. Teman sebagai seorang yang terlibat secara langsung dalam usaha membangunkan organisasi atau unit bisnes untuk satu badan korporat yang terulung di negara ini telah lama memerhati ’cara pimpin’ ini.

Dari pemerhatian ini, teman lihat rata-rata peminpin hanya ’re-act’ dan tidak ’pro-act’ kepada suasana sekeliling unit bisnes itu. Disamping itu, ’cara pimpin’ ini banyak dipengaruhi oleh latarbelakang pemimpin itu sendiri dan bukan berdasarkan kepada satu pelan tindak yang strategik. Maksudnya, jika pemimpin itu seorang yang amat teknikal, maka kita akan lihat usaha teknikal sahaja yang diberatkan. Dan jika pemimpin tadi diganti oleh pemimpin lain yang lebih kepada usaha sumber manusia, maka kita akan lihat unit bisnes itu akan memberatkan usaha sumber manusia.

Fenomena ini membayangkan ramai pemimpin yang ada tidak mempunyai gambaran menyeluruh mengenai apa yang perlu dititik beratkan. Bila ini berlaku, pasti pemimpin itu tidak menjadi seorang pemimpin yang seimbang tindakannya. (unbalanced leader).



Ramai pemimpin sekarang mulai menggunakan inisiatif kualiti (PSI, 5S, Cross Functional Team dan sebagainya) yang banyak dipelopori oleh syarikat-syarikat Jepun. Persoalannya, adakah kita menggunakan inisiatif kualiti semata-mata menuruti mereka tanpa mengetahui mengapa kita perlu menggunakannya? Teman agak hairan ramai pemimpin unit bisnes yang menggunakan inisiatif kualiti ini semata-mata untuk meraih anugerah dan bukan sebagai alat mencapai matlamat perniagaan masing-masing. Perkara pelik tapi benar!

(Ada seorang sahabat teman ni tegur teman, ’Mior, buat apa miker nak buat inisiatif kualiti ini, teman lihat syarikat milik orang Cina tak buat pun benda-benda ini tapi mereka untung besar dan makin berkembang perniagaan mereka. Kau buang masa Mior!

Jawab teman pada beliau senang jer. Teman kata. ’Memang lah mereka tak kejar anugerah apa yang orang Jepun ni buat, tapi kalau miker tengok amalan syarikat Cina ni, semuanya sama seperti apa yang terkandung dalam inisiatif kualiti ni. Betul tak?’

Sahabat teman tu tersengih jer ..... )



Seperkara lagi, apa yang diperhatikan ialah ramai pemimpin yang hanya menitik beratkan tindakan mereka hanya dari perspektif kewangan. Bukanlah teman mengatakan perspektif kewangan itu tidak penting tetapi ada perspektif-perspektif lain juga yang perlu diambil berat sama seperti perspektif kewangan ini tadi bagi menjamin kewujudan unit bisnes dalam jangka panjang.

Zaman berubah. Penekanan semata-mata terhadap perspektif kewangan sudah tidak mencukupi. Itu hakikatnya. Perspektif lain yang perlu di beri penekanan dalam suasana perniagaan ialah Pelanggan, Proses Dalaman dan Pembelajaran & Pembangunan. Bila disebut mengenai perspektif ini, mungkin ada di antara kita terus menyatakan bahawa memang perspektif ini ada di titik beratkan. Namun persoalannya, benarkah kita sebagai pemimpin benar-benar ’walk our talk’? Jangan kita hanya pandai berkata tetapi perbuatan kita jauh menyimpang dari apa yang kita katakan. Kita sebagai pemimpin perlu jelas soal ini kerana cara fikir ini sesungguhnya akan memberi kesan yang amat besar tentang hasil yang akan kita perolehi.


Itu adalah antara pemerhatian utama yang telah dapat teman nyatakan. Sebenarnya banyak lagi. Tapi cukuplah setakat itu dahulu. Persoalan seterusnya ialah bagaimana mahu meningkatkan kualiti ’cara pimpin’ ini.

Teman fikir, pemimpin perlu didedahkan dengan asas memimpin unit bisnes yang merangkumi perancangan pelan strategik, perlaksanaan pelan strategik dan pemantauan pelan strategik. Dari pemerhatian teman, ilmu ini mungkin juga sudah diketahui oleh pemimpin kerana ramai pemimpin yang sedia ada sudah punya ilmu asas mengenainya melalui pengajian mereka. (MBA, MIM dan sebagainya). Namun jika mereka sudah punya ilmu ini, mengapa unit bisnes mereka masih terumbang-ambing. Dimanakah kekurangan yang perlu diambil tindakan?

Atas dasar keperluan ini, teman menyakini, kita perlu kepada satu pelan tindakan yang asas dan menyeluruh yang boleh kita didik dalam bilik latihan dan sudahnya boleh kita pindahkan kepada suasana kerja untuk diusahakan. Pelan tindakan ini mesti melibatkan semua anggota kerja dalam sesuatu unit bisnes tanpa pengecualian. Satu sistem yang menghubungkan ilmu dalam bilik latihan kepada suasana kerja mesti diwujudkan. (Kegagalan melaksanakan ini adalah punca utama mengapa ramai pemimpin menganggap latihan sebagai membuang masa dan tidak memberi kesan kepada prestasi unit bisnes!).


Teman ingin mengesyorkan miker sebagai pemimpin untuk mendedahkan anggota kerja miker kepada program ”Pimpinan Berjaya Part 2” (PB2) yang merupakan salah satu modul dalam program 3K. Modul ini akan membicarakan secara terperinci penyelesaian kepada persoalan di atas. Miker semua akan didedahkan dengan peralatan memimpin yang terkini tetapi relevan untuk memimpin unit bisnes dalam suasana perniagaan masakini. Hasilnya nanti, sekurang-kurangnya pemimpin boleh memimpin unit bisnesnya dalam turutan berikut;

Misi dan Visi – yang menghala kepada Kepuasan Pelanggan
Melihat suasana masakini Unit Bisnes - SWOT
Merancang Strategi - cara pandang Malcolm Baldridge
Merancang Perlaksanaan Strategi - menggunakan Strategy Map & Balanced Scorecard
Mengagih Kerja – Key Performance Indicator
Menyedia Keupayaan – Competencies dan Traning Need Analysis (TNA) dan Training Need Identification (TNI)
’Review’ Strategi – Konsep Retreat
Melaksana Pembelajaran Berterusan - Penandaarasan (Benchmarking)

Mungkin ada sesetengah dari miker akan berasa ’hilang selera’ bila melihat senarai di atas, tetapi percayalah apa yang dikongsi dalam PB2 akan diperjelas dengan paling mudah dan praktikal hinggakan ramai kalangan bukan eksekutif yang pernah menghadirinya sebelum ini pun boleh memahami dan mengamalkannya. Disitulah letaknya keunikan PB2.



Sebenarnya, inilah resepi asas yang perlu kita fahami dan ambil tindakan sebelum kita bercakap mengenai hal-hal ’cara pimpin’ yang lebih tinggi. Tak guna kita bercakap mengenai formula matematik yang tinggi-tinggi jika kita masih tidak dapat menjawab betul soalan 1 + 1. Jika miker semua masih belum jumpa resepi untuk memimpin unit bisnes kalian, rasanya tak rugi kalian mencuba Pimpinan Berjaya Part 2. Ianya mudah, ’street-wise’ dan ’no-nonsense’!


Ke Arah Peningkatan Produktiviti!

No comments:

Post a Comment