.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, January 29, 2009

Organisasi Aku Cemerlang? - Part 3 of 7

.
(teman bermaksud saya dalam loghat Perak)
(miker disebut ’mee-ker’; bermaksud awak dalam loghat Perak)

Sebelum ini, kita telah membincangkan mengenai kepentingan kepimpinan (Organisasi Aku Cemerlang? – Part 1-7 dan 2-7). Soalan seterusnya yang logik kita layani ialah apakah perkara utama yang perlu ditangani oleh pemimpin itu dalam usaha untuk jadikan organisasinya cemerlang? Apa lagi yang lebih penting kalau bukan manusia itu sendiri. (mereka yang dipimpin oleh pemimpin itu.)



Banyak teman dengar dari situasi yang berlaku disekeliling teman bahawa sumber manusia merupakan sumber paling penting bagi sesuatu organisasi. Banyak guru-guru pengurusan menyuarakan siapalah organisasi jika bukan kerana manusia-manusia yang ada di dalamnya. Teman rasa semua mengakui benar kenyataan-kenyataan ini bukan? Namun yang sedihnya, apa yang teman nampak hanyalah usaha-usaha yang ala kadar dalam membangun sumber manusia. (Terutamanya di Malaysia ni lah).

Kalau kita buat perancangan tentang berapa tenaga kerja yang diperlukan, kita buat ala kadar. Kalau kita buat perancangan latihan dan kemahiran, kita buat ala kadar. Bila orang tegur kita, kita mula melenting. Kita mula mewar-warkan betapa kita telah membelanja sejumlah besar hasil organisasi untuk tujuan pembangunan sumber manusia. Memang lah di atas kertas kita nampak jumlah itu semua, tapi mengapa output atau hasil daripada usaha yang kita kata kita buat itu tidak setimpal dengan jumlah wang ringgit yang kita belanjakan. Dimana silapnya?


Sudahnya timbullah apa yang teman dengar (teman rasa miker pun biasa dengar) ..., sebelum anggota kerja kita masuk ke dalam tempat kerja, mereka akan letakkan akal fikiran mereka di luar tempat kerja masing-masing sebelum masuk ke dalam tempat kerja masing-masing. Bila balik baru mereka pungut akal fikiran mereka. Ditempat kerja mereka jadi macam robot! Maka tak heran lah bila kita duduk-duduk kat kantin kita akan dengar keluhan sebegini ...


”Teman rasa macam tak ada arah ler”

”I feel like dragging myself”

“Rasa ada something missing

“Apa yang aku buat semua tak di appreciate oleh boss aku”

”I feel so tired


Ada satu cerita ini pasal seorang anggota kerja ini yang dilabel sebagai hopeless oleh pemimpin organisasi tempat anggota kerja ini bekerja. Yang peliknya anggota kerja ini apabila berada di luar tempat kerjanya, pencapaiannya hebat! (Diluar pejabat dia merupakan seorang chef yang selalu jadi rebutan orang.) Kenapa anggota kerja yang sama ini tidak boleh jadi hebat ditempat kerjanya. Bukan kah cerita ini cerita pelik binti ajaib?


So sekarang apa patut para pemimpin lakukan? Ini soal perkara paling asas. Teman berkeyakinan penuh jika empat soalan asas berikut diterap dalam fikiran anggota kerja secara sistematik dan berterusan, para anggota kerja ini akan jadi hebat. Anggota kerja hebat – organisasi hebat!

Empat soalan itu ialah ...

Siapa Teman? (Soal Kenal Diri, Kenal Tuhan, Kenal Misi Hidup)
Dimana Teman? (Soal Kekuatan, Kelemahan, Ancaman dan Peluang Diri aku)
Kemana Teman? (Soal Matlamat Peribadi yang selari dengan Matlamat Organisasi)
Bagaimana Teman? (Soal Strategi Capai Matlamat)

Jika empat soalan ini tidak benar-benar diterap kepada anggota kerja dalam latihan yang disediakan, maka itulah yang kita lihat anggota kerja semacam tidak mahu terlibat atau tidak mahu ambil bahagian dalam usaha-usaha organisasi. Bila kita bantu anggota kerja menjawab empat soalan ini, inilah yang dikatakan oleh Covey melalui ‘8th Habit’nya bahawa kita bantu menemukan ‘voice’ anggota kerja kita. Jika kita tak terapkan empat soalan ini, seolah-olah kita hanya terus menyerahkan kepada takdir agar anggota kerja jadi bagus.

Tuan- Tuan dan Puan-Puan, kita perlu layan manusia sebagai manusia dan bukan mesin!



Kalau tak tahu bagaimana nak jawab empat soalan ini, suruh mereka ikuti modul ‘Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB). Semua empat soalan ini akan dijelaskan sejelas mungkin. Banyak yang dah lalui ADB dan semua mengatakan pada teman bahawa mereka rasa semacam baru dilahirkan semula!

Ini cerita benar.


Ke Arah Peningkatan Produktiviti!

No comments:

Post a Comment