.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, February 1, 2009

Organisasi Aku Cemerlang? - Part 4 of 7

.
(teman bermaksud saya dalam loghat Perak)
(miker disebut ’mee-ker’; bermaksud awak dalam loghat Perak)

Sejak akhir-akhir ini, teman tengok ramai yang bercakap pasal inovasi dan kreativiti. Miker sedar ker? Baik dalam paper, dalam TV, atas papan iklan, dalam organisasi dan malah Kerajaan pun jugak banyak bercakap mengenainya.


Tapi sebelum tu, apa makna kreativiti dan inovasi? Dalam bahasa yang paling mudah, kreativiti bermaksud mencari idea baru manakala inovasi bermaksud menukar satu idea baru tersebut agar boleh buat untung. Itu sahaja. Tak payah sangka bahawa makna kreativiti dan inovasi ini berbelit-belit.

Teman termenung la jugak bila memikirkan kenapa kita perlu kepada inovasi dan kreativiti? Dalam dunia sekarang yang penuh pancaroba dan bilamana perlumbaan sesama manusia atau perniagaan makin sengit, kita mula cuba mencari idea baru agar boleh survive dalam hidup ini, agar boleh bina keuntungan dan agar hidup kita lebih bahagia. Ini antara sebab kenapa kita perlu kepada kreativiti dan inovasi.


Tetapi baru-baru ini, teman ada berjumpa seorang ’Guru’ dalam kreativiti dan inovasi yang menjelaskan mengapa perlu kepada hal ini dari satu sudut yang agak unik. Katanya, kreativiti dan inovasi diperlukan untuk menjawab dua soalan asas mengenai samada servis atau produk kita masih relevan atau sebaliknya. Dua soalan tersebut ialah;

1) Adakah kita mampu membantu melaksana ’Job to be done’(JTBD)?
2) Adakah kita mampu mencapai ’outcome expectation’(OE) dari JTBD?

Sebagai contoh, katakan satu masa dulu, orang (pelanggan) punya keinginan untuk menerangi rumah mereka. Ini ialah JTBD. Maka seboklah orang (pengusaha) mencari jalan untuk menerangi rumah. Pada mulanya, orang (pengusaha) telah berjaya mencipta lilin. Maka lilin ini merupakan penyelesaian kepada JTBD orang (pelanggan).

Bagaimana mudahnya memasang lilin, warna lilin yang diingini, kemudahan mendapat sumber lilin adalah contoh OE kepada JTBD itu tadi.


Bertolak dari sini, kita maklum perlumbaan untuk memenangi hati pelanggan makin sengit. Sebagaimana kita tahu, selepas itu telah wujud teknologi baru (wujud melalui usaha kreativiti dan inovasi) bagaimana mahu menerangi rumah dengan wujudnya kuasa elektrik. Apa jadi kepada pengusaha lilin? Miker semua tahu. Tahap relevan pengusaha lilin ini mula turun dengan mendadak! Walaupun pengusaha lilin itu sebok mahu meningkatkan mutu lilinnya, pasti mereka tidak boleh compete dengan pengusaha yang membekalkan tenaga elektrik. Fikirkan ...

Teman harap miker paham kepentingan kreativiti dan inovasi untuk menjawab JTBD dan OE ye. Dari apa yang disebutkan sebelum ini teman rasa miker dah jelas bahawa inovasi wujud dari kreativiti. Atas sebab itu kita perlu jelas dahulu apa dia tuntutan kreativiti. Maka dalam perbincangan seterusnya, teman akan hanya bercakap pasal kreativiti.

Teman suka mendifinasikan kreativiti sebagai satu usaha yang menggabungkan 2 atau lebih idea menjadi satu idea baru. Contoh kreativiti ialah bilamana idea kerusi dan roda digabungkan lalu mewujudkan idea baru iaitu kerusi roda.


Manakala untuk mendapat keupayaan menjadi kreatif ini pula, kita perlu kepada satu kemahiran lain yang dipanggil sebagai ’ability to relates’. Makna ’ability to relates’ ini ialah menggunakan idea dari satu cabang ilmu ke dalam cabang ilmu yang lain. Contoh, menggunakan teori relativiti yang merupakan satu idea dari cabang ilmu fizik ke dalam cabang psikologi.

Semua kemahiran ini bermula dengan menuntut kita memahami asas manusia. Ini boleh diperolehi melalui program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) – Sila rujuk Organisasi Aku Cemerlang? – Part 3 of 7. Seterusnya kita perlu didedahkan dengan teknik dan alat asas kreativiti. Dalam program ’Kreativiti Untuk Berjaya’ (KUB), segala ilmu asas kreativiti ada diterangkan.

Bila anggota kerja sesuatu organisasi ini mula memahami erti kreativiti, banyak tugas dan matlamat organisasi dapat diselesaikan pada kos, tenaga dan masa yang lebih efektif.

Fikirkan ...


Apa kata miker invest dalam KUB. Pasti KUB akan merubah ’cara pandang’ miker dan anggota kerja miker!

Amateur Competes; Professional Creates.


Ke Arah Peningkatan Produktiviti!

No comments:

Post a Comment