.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, February 5, 2009

Organisasi Aku Cemerlang? - Part 5 of 7

.
(teman bermaksud saya dalam loghat Perak)
(miker disebut ’mee-ker’; bermaksud awak dalam loghat Perak)

So far dalam siri ‘Organisasi Aku Cemerlang?’, teman telah mulakan dengan menekankan kepentingan kepimpinan (Part 1 – 2). Selepas seseorang pemimpin itu faham mengenai erti kepimpinan itu sendiri, ada dua perkara asas yang perlu dilaksanakan oleh beliau bagi memastikan orang yang dipimpinnya mahu turut serta dalam apa juga yang mahu dicapai beliau. Perkara pertama yang perlu diberi tumpuan ialah kepada usaha agar anggota kerja mereka punya matlamat peribadi yang sejajar dengan matlamat organisasi dan kreativiti (Part 3 – 4).


Perkara kedua yang perlu diberi penekanan ialah soal kemampuan untuk bekerjasama antara anggota kerja. Teman rasa bila teman sebut soal kerjasama ini, teman rasa ada antara miker yang akan tersenyum sendirian. Bukan apa, teman yakin, ramai antara kita memang punya banyak pengalaman yang huru hara bila sebut bekerjasama. Kekadang itu, just kerana seorang ahli pasukan tu tak suka rupa hidung kawan sepasukannya pun dah menyebabkan gagalnya kerjasama dalam pasukan tersebut.

Dalam banyak hal, bila pemimpin punya masalah ini, mereka akan hantar pasukan mereka menyertai program ’team building’. Tapi bila balik, mungkin boleh bertahan seminggu aje semangat berpasukan itu. Lepas tu, timbul balik perangai lama. Teman berani bercakap begini kerana teman memang punya banyak pengalaman sebegini!

Sudahnya, dimana silapnya ’typical team buiding’ yang ada sekarang?


Dari renungan teman, bila diadakan team buiding - main satu games, lepas tu fasilitatornya akan memberi lesson learned dari games tersebut. Lepas tu main games lain pulak dan bagi ’lesson learned’nya. Begitu lah seterusnya sampai habis dua atau tiga hari. Dari renungan teman, di akhir sessi team building ini, semua peserta team building ini memang la seronok dan bersemangat (teman pun sama), tapi bila balik apa jadi ? Miker sendiri tahu apa yang akan terjadikan?

Unsur-unsur yang missing disini ialah yang pertamanya, peserta tidak didedahkan kepada gambaran besar tentang perjalanan membina pasukan yang berdaya tinggi. Yang kedua, program teambuilding ini perlu menyediakan susulan yang perlu dilakukan bila balik ke tempat kerja nanti. Pemimpin perlu terlibat sama dalam susulan ini dengan memantau sendiri aktiviti susulan.

Jika dua unsur ini ada dalam satu program team building itu, pasti kerjasama antara anggota kerja mampu dipertingkatkan. Menyedari tentang kepentingan ini, itulah sebabnya teman datangkan program Kami Berjaya Part 1 (KB1).


KB1 akan menerangkan secara terperinci perjalanan membina pasukan berdaya tinggi. Tak cukup dengan itu, setiap latihan atau games dalam KB1 telah disusun sebegitu rupa agar memberi kefahaman secara experiential learning bagi memahami konep ini. Disamping itu, peserta KB1 akan diberi kaedah bagaimana melaksanakan ilmu ini ditempat kerja. Dalam lain perkataan wujud jambatan di antara program dalam bilik kuliah dan aktiviti di tempat kerja. Rasa teman, bila dibuat begini barulah ada makna kita buat team building. Miker pun rasanya setuju jugak dengan pendapat teman kan? Jika ada keperluan untuk tingkatkan kerja berpasukan dalam organisasi miker, jangan lupa teman yer ...

Apa yang teman ceritakan di atas adalah pembinaan dari segi psikologi untuk membina pasukan yang berdaya maju. Kita jugak perlu membekalkan anggota kerja kita dengan kaedah atau proses bagaimana melaksana sesuatu kerja dalam satu pasukan untuk capai matlamat pasukan. Perkara ini akan teman ceritakan pada siri ’Organisasi Aku Cemerlang?’ yang akan datang.


Ke Arah Peningkatan Produktiviti!

No comments:

Post a Comment