.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, February 12, 2009

Organisasi Aku Cemerlang? - Part 7 of 7

.
(teman bermaksud saya dalam loghat Perak)
(miker disebut ’mee-ker’; bermaksud awak dalam loghat Perak)

Pada ruangan kali ini, teman akan menggulung siri ‘Organisasi Aku Cemerlang?’.

Pada siri-siri ‘Organisasi Aku Cemerlang?’ yang lepas, teman telah menceritakan secara khusus apakah perkara asas yang perlu diambil berat oleh seorang pemimpin sebelum memikirkan perkara-perkara lain dalam usaha menjawab persoalan ‘Organisasi Aku Cemerlang?’
.

Modul-modul berikut yang teman panggil secara keseluruhannya sebagai Program Produktiviti Bersepadu 3K (Kepimpinan-Kesedaran Diri-Kerja Berpasukan)

Pimpinan Berjaya Part 1
Pimpinan Berjaya Part 2
Anda Dilahirkan Berjaya
Kreativiti Untuk Berjaya
Kami Berjaya Part 1
Kami Berjaya Part 2

…bila dilaksana secara sistematik dan berterusan dalam organisasi miker semua, pasti akan menjadi tujahan atau thrust dalam usaha untuk memajukan organisasi miker secara terancang. Dari pengalaman lepas, ini semua boleh dicapai dalam sela masa antara 3-5 tahun bergantung kepada besar kecilnya organisasi miker.
.
Mungkin ada antara miker yang bertanya; ”Mior, yang miker buat ni setakat training jer. Cukup ker...?”

Menjawab persoalan tersebut, ada beberapa perkara yang perlu teman jelaskan.

Pertama, antara training dan inisiatif lain yang diperlukan untuk bawa organisasi jadi cemerlang, banyak pakar menyatakan inisiatif training hanya contribute kurang lebih 20% daripada keseluruhan inisiatif yang diperlukan untuk bawa organisasi jadi cemerlang. Namun harus jelas yer, inisiatif training merupakan pintu masuk utama dalam usaha bina organisasi cemerlang. Tanpa melalui pintu masuk ini, masakan kita boleh mula lakukan usaha bina organisasi cemerlang? Fikirkan ...

Kedua, teman suker menyatakan disini bahawa program 3K ini bukan setakat training dalam classroom sahaja, tetapi apa yang dipelajari dalam classroom itu boleh diamalkan terus ditempat kerja memandangkan setiap modul 3K telah diolah sedemikian rupa agar boleh terus dilaksanakan ditempat kerja. Fikirkan ...

Ketiga, program 3K merangkumi soal asas dan menyeluruh dalam menggerak sumber utama orgaisasi iaitu manusia. Bila setiap anggota kerja didedahkan dengan ilmu asas dan skill asas yang ada dalam 3K, pasti mereka berupaya melihat situasi dan tuntutan organisasi mereka secara menyeluruh biarpun mereka hanya menjawat jawatan yang rendah. Ini sudah pasti membawa cara pandang positif dan seterusnya tindakan yang amat postif.
.
Fikirkan ...

Untuk mengukur samada organisasi kita cemerlang, ada empat kayu ukur yang boleh kita pakai iaitu;

Kepuasan Pelanggan
Pencapaian Inisiaitf Kualiti sebagai alat/amalan capai Matlamat Organisasi
Pencapaian Matlamat Organisasi
Kepuasan Anggota Kerja

Contoh, jika kesemua kayu ukur dia atas hebat kecuali kepuasan anggota kerja tidak dicapai, apa jadi dengan organisasi tersebut? Jelas, organisasi itu tidak boleh bertahan lama. Kesemua kayu ukur ini perlu diambil berat secara seimbang.
.
Fikirkan ...
.

Sudah banyak organisasi teman tengok yang merudum akibat gagal menangani keempat-empat kayu ukur ini. Percayalah, 3K telah direka agar keempat-empat kayu ukur ini dapat kita capai secara seimbang malah dicapai secara berterusan.

Sebelum teman mengundur diri, teman ingin memperkatakan satu perkara. Semua yang teman sebutkan dalam siri ‘Organisasi Aku Cemerlang?’ ini tidak akan kemana-mana jika pemimpin sesuatu organisasi itu tidak buy-in semua idea ini. Bagi teman, merekalah yang merupakan ’root-cause’ samada berjaya atau tidak program ini. Perlu ada ciri-ciri pada para pemimpin seperti berpandangan jauh, rendah diri, ingin belajar dan mahu terlibat sama untuk menjayakan program ini. Jika tidak, terus terang teman katakan, kita akan letih membuang masa, duit dan tenaga. Balik rumah, tidur lagi bagus.

Tetapi jika pemimpin punya ciri-ciri ini dan bersedia ’to go for a journey’ dengan 3K sebagai pemandu arahnya, teman more than happy to assist kerana sungguh ... 3K is my passion! .


Lagi pun bila kita bercakap mengenai Pembangunan Organisasi, apakah yang lebih penting dan asas dari hal ini?

Fikirkan ...
.
Ke Arah Peningkatan Produktiviti!

No comments:

Post a Comment