.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, March 20, 2009

ADB di CIAST

.
Semalam, syukur pada Tuhan, program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) untuk sekumpulan anggota kerja Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia telah selamat dilaksanakan.
.

Jutaan terima kasih saya kepada Pengarah CIAST, Tuan Haji Ghazlan dan Timbalan beliau, En Azmi Ahmad kerana telah memberi ruang pada saya untuk berkongsi idea-idea yang ada dalam ADB ini dengan mereka. Saya dapat merasakan kedua-dua mereka begitu komited dan profesional dalam tugas mereka dan thanks to them, mereka sebenarnya telah mengubah paradigm saya terhadap orang yang bekerja dengan Kerajaan. Bravo!

Mereka yang hadir selama 3 hari dalam ADB ini merupakan para pegawai dan pensyarah di CIAST. Pada permulaan seminar, keadaannya agak formal dan ’beku’. Rasanya keadaan begini tidak asing jika di dalam majlis Kerajaan. Timbul rasa gusar di hati saya samada keadaan ini akan berterusan.

Namun, sangkaan saya silap kerana bila seminar ini makin jauh perjalanannya, jelas mereka begitu bersungguh-sungguh, komited dan banyak yang meluahkan rasa syukur kerana dapat hadir dalam program ini. Kata mereka ...


ADB berkenaan asas kehidupan yang selama ini tidak disedari untuk diberi perhatian.”

”Dapat memberi satu ’nafas baru’ atau ’tenaga baru’ dalam menjalankan tugas harian.”

”Banyak kaedah dalam ADB boleh terus dipraktikkan.”

”Pihak institusi lain perlu melaksanakan program ini.”

”Saya jelas bagaimana mahu tingkatkan produktiviti saya’”

”Pendekatan yang digunakan amat berkait rapat dengan keadaan sebenar dalam kerjaya dan kehidupan seharian.”

”Pendekatan yang baik dan boleh membentuk masyarakat yang harmoni serta patuh kepada ketentuan Tuhan.”


Saya rasa agak terharu bila ada beberapa individu dalam program ini menyatakan mereka telah bertemu dengan jawaban kepada soalan yang selama ini terbuku di dalam hati mereka. Syukur pada Tuhan!
.

Secara peribadi, saya sendiri banyak belajar daripada mereka selama 3 hari saya memfasilitatorkan program ini. Saya dapat melihat dari satu sudut yang baru apa ertinya masa, paradigma, komitmen dan ’incomplete stories’ yang wujud dalam diri kita. Jika ada para peserta ADB di CIAST yang membaca catatan ini, dari hati yang tulus ikhlas, saya ucapkan jutaan terima kasih.

Tak lupa juga, saya ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada co-pilot program ADB ini iaitu saudara Kumar. Walau kehadiran beliau nampaknya semacam menimbulkan persoalan kepada para peserta, tapi saya yakin, mereka yang hadir suka dengan kehadiran beliau yang menceriakan suasana terutama dengan ’gelek-gelek’ beliau.
.

Kumar, you my ’Inner Circle’!.

Harapnya, saya akan mendapat lagi peluang seumpama ini daripada CIAST. Rasa penuh makna kepada diri ini jika diberi peluang lagi. Kepada sahabat-sahabat yang hadir program ADB ini, mohon panjangkan cerita ADB ini kepada sahabat-sahabat yang lain agar mereka pun boleh mendapat menafaat dari program ADB ini yang akan datang.

Akhir kata, moga kita semua Sejahtera-Bahagia-Kaya!!!

No comments:

Post a Comment