.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, March 6, 2009

ADB di Efficient Corporate Resources

.
Pada dua hujung minggu awal tahun 2009 ini, teman telah melaksanakan program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) dengan anggota kerja syarikat Efficient Corporate Resources (ECR) seramai 45 orang. Tempatnya di Kelab Golf Monterez, Shah Alam.


Teman lihat mereka ini semua macam tense jer. Teman rasa teman paham mengapa jadi begitu. Program ini dibuat hujung minggu. Mungkin mereka punya banyak aktiviti di hujung minggu tersebut namun mereka telah ’dipaksa’ untuk hadir program ini. Sounds very familiar ... Namun teman percaya, perlu ada pengorbanan bila cari ilmu kerana baru bermakna ilmu yang diperolehi.


Rata-rata mereka ini berumur pertengahan 20an dan pertengahan 30an. Hajat boss mereka ialah mereka punya ’cara pandang’ yang positif terhadap kerja masing-masing.

Teman rasa untuk tangani kehendak ini, apa yang terkandung dalam ADB memang sudah lebih dari mencukupi. Janji teman pada diri teman hanyalah teman ’wanna have fun’ dengan mereka. Kerana bila ada ’fun’, baru ada peningkatan produktiviti. Sudahnya keuntungan pun akan meningkat.

Bila program mula berjalan, teman mula sedari bahawa mereka memang punya potensi yang tinggi walaupun agak pendiam. Mungkin itu sudah menjadi budaya kita orang Asia. Teman sangat tertarik dengan tumpuan mereka tehadap ADB. Semua mereka semacam berfikir mengenai idea-idea yang ada dalam ADB ini. Tambah pula, bila dengar lagu-lagu dalam ADB ini, mereka semacam beremosi dengan idea yang ada. Teman sangka mereka akan segan untuk terlibat dalam aktiviti ADB tetapi mereka telah membuktikan sangkaan teman silap. Mereka termenung seketika bila makna ayat-ayat suci AlQuran dan kata-kata dari wise person diucapkan.
.

Betul sangkaan teman, bila ADB yang telah direkabentuk agar menyentuh setiap bahagian-bahagian utama binaan seorang manusia iaitu; Kerohanian, Perasaan, Intelek dan Fizikal, pendekatan menyeluruh (holistic approach) terhadap peserta itu boleh dicapai. Pendekatan sebegini pasti akan memberi impak yang tinggi kepada para peserta. Bayangkan jika sebarang usaha begini dilakukan didalam sebarang organisasi, pasti anggota kerja mereka produktif dan sudahnya organisasi itu sendiri ikut jadi produktif.


Di akhir program, teman nampak mereka betul-betul teruja dan dalam perbualan peribadi selepas itu, ramai menyatakan mereka sudah nampak jalan mengapa dan bagaimana mahu berubah. Itu sudah cukup bagus. Kudos kepada mereka!


Harapan teman, mereka terus melaksanakan susulan terhadap ilmu yang diperolehi kerana ...

Tak Tahu + Tak Buat = Tiada Apa-Apa
Tak Tahu + Buat = Sesat
Tahu + Tak Buat = Pening Kepala
Tahu + Buat = Bijaksana

No comments:

Post a Comment