.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, March 21, 2009

Baca (Read)

.
Aku tidak tidak tahu dari mana aku dapat kemaruk untuk membaca. Bagi aku membaca adalah satu kemestian dan aku tidak selesa jika aku tidak membaca. Bukan mahu mendabik dada tapi itulah aku … aku memang minat membaca. Sebenarnya aku bukannya pandai. Aku bukan jenis yang brilliant. Hanya aku minat membaca. Itulah kekadang, bila aku lihat kawan-kawan aku yang lebih brilliant dari aku yang jarang-jarang membaca, terdetik di hati aku …. “Kalaulah mereka ni rajin membaca, sudah tentu mereka akan jauh lebih brilliant dari aku.”
.

Itulah yang cuba aku kupaskan kali ini. Aku mahu share dengan kalian semua mengapa aku suka membaca.

Bagi aku, bila membaca, itulah masanya aku memperolehi masa peribadi (private time) aku. Seolah-olah ketika aku membaca, aku dalam dunia aku sendiri. Aku rasa tenggelam berbicara dengan si penulis buku. Walaupun ketika itu aku sedang membaca di khalayak ramai! Aku rasa bahagia sungguh ketika-ketika begini ...
.

Aku selalu merasakan aku perlu mendapat sesuatu ilmu yang aku minati itu secara mendalam. Tapi masalahnya aku tidak punya masa untuk mendalami ilmu yang diminati itu secara formal (melalui universiti atau setara dengannya) disebabkan kesuntukan waktu. Fikir punya fikir, aku ketemukan satu resepi. Bagaimana?

Aku memang minat ilmu pembangunan manusia. Apa yang telah aku buat, aku telah cuba mendapatkan kurikulum mengenai ilmu ini di universiti-universiti. Dengan bantuan sahabat-sahabat aku yang menjadi pensyarah di sana, aku berupaya mendapatkan apa yang perlu aku tahu untuk melengkapi ilmu dalam bidang ini. Sudahnya aku kenalpasti buku-buku yang perlu aku baca untuk mendekati kurikulum ini.
.

Maka bermulalah pembelajaran secara bersendirian aku. Satu perjalanan sepanjang hayat mencari ilmu yang aku minati ini. Seolah-olah aku mengikuti satu program di universiti la pulak. Tapi aku rasa pembelajaran sebegini lagi fun sebab aku tidak perlu terburu-buru, dan aku ‘belajar sebab aku nak belajar’ bukan semata-mata mahu lulus ujian. Sounds familiar?

Sehingga kini, aku sentiasa dekati pengetahuan terkini dalam bidang ini melalui maklumat yang aku terima dari network aku dan buku-buku yang aku rasa timbul tepat pada masanya di depan aku bilamana aku mahu tahu mengenai sesuatu ilmu itu. Perlaksanaan Hukum Getaran dan Tarikan (The Law of Vibration and Attraction)
.

Namun, satu sebab yang buat aku minat sangat membaca ini ialah kerana aku telah diperkenalkan oleh mentor aku, Col Izaidin, mengenai konsep ‘Stick Person’. ‘Stick Person’ ini memudahkan aku memahami apa yang aku baca dengan sejelas-jelasnya. Bagi kalian yang pernah mengikuti salah satu modul Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K) sudah tentu faham maksud aku ini kan?
.

Sebenarnya aku sudah 15 tahun begini. Ialah semenjak aku berusia 30 tahun. Aku punya slogan peribadi yang berbunyi, ‘A Book A Month’. Aku rasa sebab ‘cara pandang’ aku begini terhadap membaca telah membawa banyak perbezaan dalam hidup aku. Jika tidak, antara lain, aku rasa, tidak mungkin PPB3K boleh wujud.

Syukur pada Tuhan!

Harapnya, sesiapa yang membaca artikel ini akan mendapat satu ‘cara pandang’ baru terhadap apa ertinya membaca.
.

Ciao.

Nota: Konsep ‘Stick Person’ dan Hukum Getaran dan Tarikan merupakan antara idea-idea yang dijelaskan dalam program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB).

No comments:

Post a Comment