.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, March 4, 2009

Bila Aku Di Tanya Soalan ...

.
Sebelum ini aku selalu sangka bahawa orang lain tahu apa servis yang aku boleh sumbangkan. Aku beranggapan orang tahu aku dalam bisnes untuk meningkatkan produktiviti kerja. Hinggalah satu hari aku ditanya soalan oleh seorang ‘client’ aku ...



‘Mior, I know you are into this productivity stuff. But productivity is such a big word. Mind telling me in specific terms, what value you can bring when we talk about productivity?’

Terkedu la jugak aku bila ditanya begitu. Puas jugak aku memikirkannya. Apa jawapan yang aku perlu bagi tahu kepadanya. Dalam sedar tak sedar, aku rasa aku sendiri pun ingin tahu apa jawapannya.


Bila aku renung dan analisa soalan ini, perlahan aku mulai bertemu dengan ‘root cause’ kepada apa yang ingin aku persembahkan kepada ‘client’ aku. Jawapannya memang sudah sedia ada di depan aku. Hanya aku terlepas pandang mengenainya. Aku tersenyum sendirian lalu ketawa kelegaan. Aku alpa sebentar dengan perkara-perkara besar hingga aku terlupa soal asas ini. (soalan yang ditanya oleh ’client’ aku). Tuan Puan nak tahu apa jawapannya? Of course you want to know right!

Aku dalam bisnes bagaimana mahu menjadikan kerja kita semua sebagai satu yang menyeronokkan. Itulah ’root cause’ nya. Bila kerja sudah seronok, produktiviti kita semua akan meningkat. Bila produktiviti meningkat, keuntungan pasti meningkat!.


Bagaimana pula aku mahu bantu kita semua agar seronok di tempat kerja? Pendekatan aku ialah dengan memastikan semua kita samada di peringkat tinggi mahu pun di peringkat terendah (tanpa sebarang pengecualian) memahami dan jelas bagaimana mengambil tindakan terhadap 3 persoalan pokok ini;

Adakah aku tahu apa yang aku mahu capai di tempat kerja?
(Soal Kesedaran Diri) - 'K' Pertama

Adakah aku tahu bagaimana mahu bekerja dalam satu pasukan?
(Soal Kesedaran Kerja Berpasukan) - 'K' Kedua

Adakah aku tahu bagaimana mahu memimpin satu pasukan?
(Soal Kesedaran Kepimpinan) - 'K' Ketiga

3 persoalan pokok di atas sebenarnya membentuk apa yang dinamakan sebagai Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K). Dalam kata lain, PPB3K membantu anggota kerja sesuatu organisasi menjawab 3 persoalan pokok di atas. Bila 3 persoalan pokok ini difahami dan jelas bagaimana ianya perlu diambil tindakan, anggota kerja semua akan menjadi seronok!

Fikirkan ...


Mulai sekarang, bila aku ditanya soalan di atas, akan aku jawab; I’m in the business on how to make your work fun’. Period !!!

No comments:

Post a Comment