.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, April 25, 2009

5S

.
Baru-baru ini, ruang kerja aku sebok mahu dapatkan pensijilan 5S. Amalan 5S ini telah dipelopori oleh orang Jepun. Di Malaysia ini, pensijilan ini dikelolakan oleh Malaysia Productivity Center (MPC). Tapi sebelum itu, apa bendanya 5S ini?
.

5S bermaksud Seiri (Sisih), Seiton (Susun), Seiketsu (Sapu), Seiso (Seragam) dan Shitsuke (Sentiasa Amal). Ini bermakna agar kita selesa dan produktif dalam sesuatu ruang yang kita duduki itu, kita perlu amal 5S.

Mula-mula, Seiri (Sisih) segala macam benda yang tidak perlu ada di dalam sesuatu ruang itu. Ianya dituruti dengan Seiton (Susun) apa juga perkara yang masih ada dalam ruang tersebut. Selepas itu sahaja kita Seiketsu (Sapu) ruang tersebut agar bersih. Untuk memastikan agar ruang tersebut mudah untuk dipelihara suasananya, lakukan Seiso (Seragam) seperti membuat penandaan (label) dan proses yang perlu diikuti dalam menggunakan ruang tersebut. Akhir sekali pastikan Shitsuke (Sentiasa Amal) amalan-amalan yang baik terutamanya 3S yang pertama bagi memastikan ruang tersebut sentiasa selesa dan produktif. Mudahkan? Tapi bak kata mat salleh, ’Knowing and Doing are poles apart’.

Hasil daripada usaha 5S ini, aku rasa tempat kerja aku dah ‘transform’. Kalau dulu, aku rasa tempat kerja aku ni atas sikit sahaja compare dengan tempat kucing beranak, tapi kini, lihatlah hasilnya …
.
.
.
.
.
.
.
..
Puas hati aku. Bukanlah aku buat 5S ini tujuannya nak kejar pensijilan 5S tapi lebih kepada agar ruang kerja aku ini diterima sebagai mencapai tahap yang diakui ramai sebagai memang selesa untuk bekerja. Itu sahaja. Aku rasa bila suasana ruang kerja aku macam ini, produktiviti aku meningkat. Itu sahaja.

Semasa aku laksanakan 5S ini dahulu, ada beberapa pengajaran yang aku terima yang aku kira elok aku nyatakan disini;

1) Adakah aku menyusun sampah? Orang Malaysia ini, memang terkenal banyak harta. Susah sangat kita nak depart dengan barang-barang yang kita ada walaupun sebenarnya kita tidak memerlukannya. Bukankah ruang itu merupakan satu kos? Fikirkan …

2) Mula-mula dulu aku sangka, bila buat 5S ini akan melibatkan kos yang banyak. Tapi aku silap. Kosnya amat minima. Lagi banyak recycle item yang digunakan, lagi bagus. Hasilnya memang memuaskan hati.

3) Sebab aku sendiri yang susah payah (sampai sakit badan aku) buat 5S, sudahnya aku pikir dua kali untuk menyelerakkan ruang kerja aku ini. Malah yang bagusnya, aku mula amal 5S 10 minit setiap hari terutamanya sebelum aku balik kerja.

4) Semangat gotong royong dan kerjasama antara kami pun nampak makin baik. Tak payah habis duit pergi buat teambuilding di luar sana. I think the easiest, practical and effective team building ever I have attended is this 5S implementation!
.
5) Selepas amal 5S ini, sedar tak sedar baru aku sedar bahawa dengan melaksanakan 5S, sudahnya mudah untuk aku mentadbir pengurusan kualiti yang ada seperti, Process Standardization & Improvement (ISO), Anugerah Kualiti Industri Perdana Menteri (AKIPM) dan lain-lain. Dalam kata lain 5S merupakan asas kepada perlaksanaan pengurusan kualiti.

Bayangkan jika kita amal 5S pada semua ruang yang kita duduki seperti rumah kita, tempat ibadat kita, ruang komuniti kita dan sebagainya. Aku rasa apa kata mantan PM kita Pak Lah dahulu bahawa kita ni ‘World Class Infrastructure, Third World Mentality’ akan bertukar menjadi ‘'World Class Infrastructure, World Class Mentality’. Ceritanya mudah dan amat praktikal.
.

Akhir kata, sebagai satu renungan, apa kata kita lakukan 5S terhadap ruang fikiran kita? Bagaimana? Nak tahu bagaimana, ikuti program PPB3K. Semua soal asas untuk Seiri (Sisih) - Seiton (Susun) - Seiketsu (Sapu) - Seiso (Seragam) - Shitsuke (Sentiasa Amal) fikiran kita agar kita mencapai hidup yang Sejahtera-Bahagia-Kaya didunia ini dan didunia sebelah sana ada dinyatakan di dalamnya!!!

5 comments:

  1. Cantiknya bilik...

    ReplyDelete
  2. very neat & tidy... suits you..

    ReplyDelete
  3. tidak semua dtg bergolek....segalanya dgn usaha..
    Tahniah...



    manja_lela

    ReplyDelete
  4. Tahniah.. ini barulah dikatakan persekitaran kondusif

    ReplyDelete