.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Monday, April 13, 2009

4'E'

Beberapa malam lepas, aku telah mendengar satu ucapan yang telah disampaikan oleh salah seorang pengurusan tertinggi sebuah 'Government Link Company' (GLC). Menarik sekali ucapan beliau. Aku juga terkesan dengan jawaban beliau terhadap soalan yang aku hadapkan kepada beliau semasa sessi Q&A.
.

Tanya aku, “Datuk, what really matter to you in leadership?” Aku rasa agak lucu bilamana dia merenung aku agak lama selepas aku tanyakan soalan tersebut. Sangka aku, mungkin soalan aku itu jarang ditanya orang.

Kemudian, dengan nada berhati-hati beliau nyatakan bahawa yang penting perlu ada pada seorang pemimpin ialah 4’E’.

‘E’ pertama ialah ‘Energy’. ‘Energy’ bermaksud seorang pemimpin perlu ada banyak ‘energy’ (tenaga) untuk memimpin. Jika tiada tenaga, mana mungkin seseorang pemimpin itu mampu melaksana apa yang perlu dilaksana. Agenda pemimpin itu sememangnya besarkan?

‘E’ kedua ialah ‘Energize’. ‘Energize’ bermaksud seorang pemimpin mesti mampu ‘energize’ (membakar semangat) orang yang dipimpinnya. Pernah anda lihat pemimpin hebat dalam mana-mana zaman yang gagal melaksana ’E’ ke dua ini?

’E’ ketiga ialah ’Edge’. ’Edge’ bermaksud seorang pemimpin itu perlu ada ’edge’ (kelebihan) terhadap sesuatu ilmu atau kemahiran bagi perkara yang dipimpin. Jika tidak masakan beliau akan dihormati oleh orang bawahan beliau?

’E’ keempat ialah ’Execution’. ’Execution’ bermaksud seorang pemimpin itu perlu mempunyai keupayaan untuk ’execute’ (melaksana) sehingga menghasilkan hasil yang diingini. Dewasa ini, ramai pemimpin yang boleh merancang tetapi amat kurang pemimpin yang mempunyai keupayaan melaksana apa yang dirancang. Lagipun, orang menilai seseorang pemimpin itu berdasarkan kepada keupayaan pemimpin tersebut melaksana apa yang dirancang. Benar?

Jika aku teliti kata-kata Datuk ini, 4’E’ ini memang diperlukan oleh seorang pemimpin. Malah, aku rasa, semua dari kita yang ingin berjaya dalam kehidupan ini perlu ada 4’E’ ini.
.

Senang untuk berkata kita perlu capai 4’E’ ini. Tetapi agak susah untuk menyatakan bagaimana (the how) untuk mencapainya. Aku rasa, PPB3K adalah bagaimana (the how) untuk capai 4’E’ ini. Tegasnya ...

Pengamalan PPB3K membawa kepada 4’E’. Ceritanya mudah dan masuk akal!!!

No comments:

Post a Comment