.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, April 30, 2009

Apa itu PPB3K?

.
PPB3K adalah sebuah latihan Kesedaran Diri, Kerja Berpasukan dan Kepimpinan (3K) yang mengintegrasikan kecerdasan intelektual, emosional dan spiritual (Pengurusan menyeluruh seorang manusia) yang pertama di Malaysia.
..
Selalunya kita terdedah dengan model-model pembinaan manusia yang semata-mata bertunjangkan dari pemikiran Barat dan kini lahir sebuah Model Pembinaan Manusia yang diadun berdasarkan ilmu pengurusan moden, sains dan psikologi dari Timur.
.

.
Latihan yang menggunakan teknologi multi media dan sistem bunyi yang bermutu ini telah melatih ramai manusia berbagai latarbelakang di negara ini sejak tahun 2005.

Kesan latihan ini ke atas pembentukan manusia dikatakan sangat signifikan untuk tujuan transformasi, penyatuan dan mengeluarkan nilai-nilai intrinsik seperti kerjasama, kejujuran, keprihatinan, disiplin dan sebagainya dalam kalangan semua peringkat manusia.
.


SSSA Basic adalah sebuah landasan yang mengendalikan latihan PPB3K. Landasan ini mula beroperasi sepenuhnya dengan aktif menawarkan latihan PPB3K secara umum maupun dalaman.
. .
Sepanjang kewujudannya di negara ini ramai yang ingin tahu perkara berkaitan dengan PPB3K dan latihan yang dijalankan. Dirangkumkan ‘Frequently Asked Question’ (FAQ) untuk tatapan semua.

.
Apakah yang mahu dicapai melalui PPB3K?

Tujuan akhirnya ialah agar semua manusia sejahtera-bahagia-kaya di dunia ini dan dunia sebelah sana. Untuk memudahkan mencapai tujuan ini pula, dirancangkan agar manusia itu seronok dalam setiap cabang hidupnya. Bila seronok, manusia itu secara amnya akan lebih produktif dan sudah pasti memudah tercapai hidup yang sejahtera-bahagia-kaya.

.
Adakah PPB3K sesuai untuk semua lapisan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya?

Sudah tentu. Fasilitor utama memastikan agar memperingatkan para peserta latihannya yang berbilang bangsa, agama dan budaya itu agar lihat apa yang diterima dalam kelasnya ini berdasarkan kepada kefahaman agama atau budaya masing-masing kerana ada antara hujah-hujah yang digunakan berdasarkan kepada Al Quran dan Al Hadith memandangkan fasilitator utama PPB3K merupakan seorang muslim. Negara ini negara demokrasi yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi dan mengamalkan toleransi beragama. Sudahnya, tidak ada apa yang perlu diragukan.
.
.
Adakah PPB3K berkesan?

Soal berkesan ini adalah soal yang dirasakan lebih cenderung ditujukan kepada mereka yang menghadiri latihan PPB3K. Jika mereka benar-benar serius dengan pengamalan idea-idea yang ada dalam PPB3K, besar kemungkinannya PPB3K akan berkesan untuk mereka. Namun, melalui PPB3K, ada beberapa inisiatif yang memungkinkan keberkesanan latihannya.

Pertama, PPB3K menawarkan susulan selepas setiap latihan dilaksanakan. Latihan tanpa susulan amat payah mencapai keberkesanan latihan.

Kedua, PPB3K menjelaskan bagaimana diri seorang manusia beroperasi berdasarkan suatu rajah/gambaran yang dipanggil sebagai ’stick person’. Asasnya, bila kita punya gambaran yang jelas mengenai sesuatu benda itu, baru mudah kita memahami operasi benda tersebut dan seterusnya berupaya menggunakan benda tersebut dengan paling optima.

Ketiga, latihan yang melibatkan intelektual, perasaan, suara hati dan fizikal seseorang peserta itu menjanjikan satu pendekatan baru yang menjanjikan ’retention’ yang lebih lama mengenai sesuatu ilmu yang dipelajari.

Keempat, modul-modul dalam PPB3K telah direkabentuk sedemikan rupa agar apa yang diterima dalam kelas boleh diamalkan terus bila pulang ke tempat kerja.

.
Mengapa untuk menamatkan keseluruhan latihan PPB3K mengambil masa yang terlalu lama? (6 modul + setiap susulan = 1 ½ tahun). Tidakkah ianya boleh dipendekkan?

Mengubah manusia bukan satu kerja yang senang dan sudah tentu memerlukan masa. Tambah lagi jika ianya melibatkan sekumpulan manusia. Jika ianya mudah, semacam telan panadol boleh hilang pening kepala, sudah tentu orang yang berjaya melaksanakan hal sedemikan telah menjadi manusia terkaya di dunia ini!
.

Namun melalui PPB3K, telah disusun satu pelan tindak yang cukup praktikal, mudah dan masuk akal bagi mencapai hasrat transformasi manusia itu. Dalam masa 1½ tahun itu dirasakan amat bersesuaian bagi mencipta ’experiential learning’ terutamanya masa-masa antara setiap modul agar wujud masa untuk ’reflection’ bagi apa yang diterima dalam setiap modul.

No comments:

Post a Comment