.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, May 3, 2009

Pimpinan Berjaya Part 1 di ILSAS

.
Hari Rabu dan Khamis lepas, aku berkesempatan berkongsi idea-idea yang ada dalam Pimpinan Berjaya Part 1 (PB1) dengan sekumpulan administrator dari Tenaga Nasional Berhad bertempat di Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS), Bangi. Aku sebenarnya agak teruja untuk melaksanakan program ini kerana mereka ini semuanya merupakan mereka-mereka yang telah berkhidmat senang-senang 25 tahun ke atas. Sebenarnya aku sendiri mahu belajar dan meninjau apa makna Kepimpinan daripada mereka.
.

Suatu perkara yang aku perhatikan ialah rata-rata daripada mereka menyatakan kepimpinan merupakan suatu kedudukan dan mereka semacam tidak nampak kepimpinan dalam banyak perkara merupakan amanah atau tanggungjawab. Aku rasa tanggapan awal mereka ini sebenarnya tidak jauh lari dari tanggapan ramai. Itu sebab ramai yang mengejar kedudukan pemimpin!

Suatu perkara lagi yang aku perhatikan, mereka selalu beranggapan kepimpinan melibatkan topik-topik besar yang hanya layak dikendalikan oleh mereka-mereka yang duduk nun jauh di puncak sebarang hairaki organisasi. Bukankah dalam banyak keadaan, soal utama seorang pemimpin ialah mempengaruhi yang dipimpin agar mahu laksana tugas yang beliau mahukan yang dipimpin itu laksanakan. Pada masa yang sama orang yang dipimpinnya itu nampak keuntungan laksanakan tugas tersebut untuk dirinya sendiri dan seterusnya mahu laksanakan tugas tersebut. Itulah sebenarnya tandaaras (benchmark) pemimpin!
.

Aku ulang lagi dan lagi slogan berikut semasa sessi seminar ini …

Dalam memimpin …

Lagi lama bina hubungan dengan yang dipimpin, lagi cepat kerja dapat dilaksanakan!

dan ...

Kita memimpin Manusia BUKAN Mesin!

Aku dapat lihat dan rasakan mereka benar-benar menghayati program ini. Terdengar satu suara semasa break yang menyatakan, ”Program ini lain lah! Kenapa baru sekarang kita buat program macam ini?” Kembanglah jugak aku dibuatnya. Tapi aku cepat-cepat sedar bahawa reaksi sebegini sudah dijangkakan kerana sifat modul-modul dalam PBB3K ini ialah sentiasa membawa para pesertanya cuba melihat sesuatu perkara itu dari sudut pandangan yang berbeza dari sudut pandangan kebiasaan khalayak ramai.

Seterusnya, aku telah bawa mereka mengenali bagaimana mahu membina daya pengaruh dengan mendedahkan beberapa konsep asas kepimpinan namun jarang diketahui orang seperti;

Ciri-Ciri Asas Pemimpin (Wujud dalam semua Sahabat Nabi yang dijamin syurga)
Makna Masa kepada Pemimpin
Hubungkait Pengaruh dan Tingkat Kepimpinan
Pembangunan Aset Utama Pemimpin - Anggota Kerja
Pimpinan Berdasar Situasi
Kompetensi Politik
.

Dari reaksi body language mereka, dapat aku rasakan mereka amat puas dengan program PB1 ini. Maka tidak hairanlah mengapa diakhir program PB1 ini, mereka menyatakan (berdasar borang soal selidik);

”Penyampaian yang berkesan”
”Penerangan menarik dan jelas, boleh membina semangat baru”
”Banyak pengenalan dan tatacara yang disampaikan memenuhi kehendak saya dalam menjadi seorang pemimpin berjaya”
”Program ini membangkitkan kesedaran saya kepada makna kepimpinan yang sebenarnya”
”Let the participants attend all the modules in PPB3K!”
“Amat perlu program ini dilanjutkan kepada semua peringkat pengurusan!”
”Program ini amat membantu!”
”Sungguh menarik dan sukar dicari kursus seperti ini!”
.

Aku rasa jika mereka mendapat banyak faedah dari PB1 ini, bagaimana pula dengan anda?

No comments:

Post a Comment