.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, May 7, 2009

Sessi Teh Tarik

.
Malam Isnin lepas, sahabat aku yang bernama Syeikh Razib tu telah mengajak aku untuk pergi minum-minum dengan sahabat kami. Namanya Uztaz Zawawi. Kami bertiga selalu ada sessi ‘teh tarik’. And to be frank, aku selalu look forward untuk sessi begini. Aku tahu, kalau orang luar lihat kami sebegini, mungkin ramai yang mengatakan kami buang masa. But let me tell you, these sessions always spark many-many brilliant ideas.
.

Dalam banyak perkara ianya mengenai soal hidup, peluang dan cara pandang kami tentang kejadian-kejadian sekeliling kami. Kami cuba melihat sesuatu situasi itu agar ianya menguntungkan kami di dunia ini dan di dunia sebelah sana. Dengan Uztaz Zawawi, kami bertiga nampak bagaimana modul-modul yang dilaksanakan oleh beliau mampu dicantumkan dengan program PPB3K ala ‘lego block’ lalu menjadi suatu program bersiri yang cukup hebat yang boleh kami persembahkan kepada manusia. Itu projek kami akan datang. Memang fun!

Seperti sessi-sessi 'teh tarik' sebelum ini, ada saja perkara menarik yang dibincangkan. Topik utama yang kami bincangkan pada malam itu ialah soal diri manusia yang selalu 'merasakan dirinyalah yang menghasilkan sesuatu'. Contohnya, jika seseorang itu melaksanakan suatu seminar. Jika didapati sambutan amat baik, dengan sendirinya dia merasakan sebab dialah seminar itu jadi hebat. Sebaliknya jika seminar itu tidak mendapat sambutan, maka dia merasakan begitu bengang dan mula menyalahkan diri atau orang lain.

Apakah silapnya jika kita bertindak sedemikian? Dalam banyak hal, kenapa kita terjerumus ke arah tindak tanduk sedemikian kerana ’root cause’nya ialah kita rasa diri kita yang menyebabkan perkara itu terjadi dan bukan takdir (fate) Tuhan. Kita mungkin menafikan kita tidak pernah berfikir sedemikian. Tapi percayalah, kata-kata kita mungkin tidak sedemikian, tapi bagaimana tindak-tanduk kita? Semak cerita kita masa lalu!
.

The moment kita jadi seperti senario di atas, kita mula stress, serabut, lupa diri dan macam-macam tindakan ekstrim yang kita lakukan. Bukankah tindak tanduk sebegini membawa kepada kehancuran kita? Kami bertiga bersetuju, faktor yang satu inilah yang selalunya menyebabkan manusia huru hara. Memang bahaya! Senyap-senyap aku mintak ampun dengan Tuhan ...

Namun apa tindakan yang sepatut kita lakukan? Tuhan suruh kita bergantung harap padaNya tanpa jangan sesekali lupa berusaha membaiki keadaan. Hebat Tuhan. Maha KayaNya Dia. Kalau beginilah tindakan kita, pasti diri kita tenang dan sedar diri. Bukankah seronok dan aman hidup ini jika inilah cara pandang kita tentang kehidupan?

Semasa kami membicarakan soal ini, fikiran aku tak lepas-lepas melihat perbincangan kami ini berdasarkan konsep 'stick person'. Sungguh seronok aku menyaksikan 'bagaimana diri kita beroperasi' di dalam situasi-situasi ini. Anda yang memahami konsep 'stick person' melalui salah satu modul dalam PPB3K pasti bersetuju dengan aku kan? Kalau nak tahu pasal 'stick person', aku syor you all attend Anda Dilahirkan Berjaya (ADB). Gua cakap lu tak rugi!
.

Akhir sessi kami bertiga ini dan untuk pertemuan akan datang, uztaz ajak kami makan nasi arab sebab mahu meraikan Razib yang akan migrate ke Australia pada akhir Jun nanti. Kata Razib, dia akan migrate buat sementara sahaja. Tapi apa pun, aku tabik spring kat dia kerana jiwanya yang berani dan bebas dari gejala takut yang tak tentu pasal. Bravo!

No comments:

Post a Comment