.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, June 4, 2009

Apa itu BERJAYA?

.
Aku mengarang artikel ini semasa sedang berhenti makan tengahari pada hari kedua Program Pimpinan Berjaya Part 1 bagi sekumpulan pemimpin dari TNB (4hb Mei 2009).
.

Rasa tak sabar aku untuk ’post’ artikel ini kerana semenjak kebelakangan ini, ramai yang datang kepada aku dan bertanyakan kepada aku mengenai apa maksud BERJAYA yang ada dihujung nama-nama modul bagi PPB3K ini. Ada juga yang membuat andaian bahawa program ini ada sangkut paut dengan BERJAYA Group of Companies. Aku senyum sendirian dengan macam-macam anggapan yang aku dengar. Mungkin sudah sampai masanya aku memperjelaskan maksud BERJAYA ini …
.

BERJAYA yang aku maksudkan disini ialah kita berjaya mencapai hasil yang Sejahtera-Bahagia-Kaya di dunia ini dan di dunia sebelah sana (negeri akhirat). Baru wujud keseimbangan dalam hidup ini.

Bagi hidup di dunia ini pula, kita perlu Sejahtera-Bahagia-Kaya dalam semua cabang-cabang hidup kita. Melalui program Anda Dilahirkan Berjaya, ada dinyatakan jenis-jenis cabang hidup tersebut seperti berikut;

Kerohanian (Hubungan aku dengan Tuhan)
Emosi (Keadaan emosi aku)
Intelek (Ilmu yang ada pada aku)
Fizikal (Kesihatan tubuh badan aku)
Kerjaya (Punca rezeki aku)
Kewangan (Keadaan kewangan peribadi aku)
Keluarga (Hubungan aku dengan ahli keluarga aku)
Komuniti (Hubungan aku dengan ahli komuniti aku)

Pada pendapat aku jika ke lapan-lapan cabang ini mampu kita capai dengan seimbang, itulah tanda bahawa kita BERJAYA. Bunyinya senang namun penuh dugaan dan cabaran. Untuk capai ini semua, kita memerlukan ilmu-ilmu asas agar membimbing kita mencapai harapan ini.
.

Maka apakah yang lebih relevan dan praktikal selain daripada ...

Anda Dilahirkan Berjaya
Kreativiti Untuk Berjaya
Kami Berjaya Part 1
Kami Berjaya Part 2
Pimpinan Berjaya Part 1
Pimpinan Berjaya Part 2

... dalam mencapai erti BERJAYA? Cerita mudah namun ramai yang tidak mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment