.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, June 21, 2009

Mid Year Review

.
Pejam celik pejam celik, dah setengah tahun rupanya tahun 2009 ini. Cepat betul masa berlalu. Aku masih lagi terkejar-kejar cuba mencapai segala perancangan yang aku bina untuk tahun ini. Ialah … perancangan bagaimana mahu wujudkan ‘buy-in’ di kalangan ‘target market’ aku untuk jadikan PPB3K ini sebagai ‘platform’ untuk lakukan transformasi dalam diri dan organisasi mereka.
.

Bukan tujuan aku untuk syok sendiri tapi aku tahu apa yang ada dalam PPB3K ini memang dah cukup bagus. Apa saja idea dalam PPB3K ini bukan satu idea gubahan aku. Ianya berasal dari idea-idea yang telah terbukti keberkesanannya. Aku cuma adunkan idea-idea hebat ini menjadi satu pendekatan yang sebenarnya ‘common-sense, street-wise & practical’ untuk diamalkan dalam suasana negara kita ini. Tambah lagi, ianya dalam Bahasa Malaysia dan sudah tentu boleh difahami oleh semua rakyat negara ini. Namun, seorang sahabat aku ada berkata kepada aku …”mempunyai idea yang bagus tidak cukup untuk tempa kejayaan yang diingini”.
.

Untuk mengecap kejayaan tersebut, aku mesti hubungkan idea aku ini kepada kejayaan dengan langkah-langkah berikut;

Lakarkan lurah pasaran idea aku
Usahakan pasaran yakin pada idea aku
Usahakan pasaran beli idea aku

Bunyi senang tapi penuh dengan ranjau!
.

Kalau aku lihat apa yang telah aku lakukan hingga ketika ini, kekadang timbul tanda tanya dalam diri aku kenapa usaha aku ini macam sukar?. Dari segi mendekati pasaran, dah bermacam gaya dan kaedah aku lakukan. Tapi belum menunjukkan kemajuan yang aku harapkan. Ramai yang menyatakan tanda setuju idea PPB3K ini bagus. Tapi ada jugak yang menyatakan idea PPB3K ini semacam agak jauh kedepan untuk diterima oleh orang Malaysia ini. Macam-macam yang aku dengar. Naik biul kepala aku dibuatnya! Itulah cerita aku ketika ini...
.

Namun, bila aku renung kembali dan cuba analisa di mana silapnya aku, aku mulai senyum sendirian. Sebenarnya apa yang aku lakukan so far memang dah OK hanya aku tak sabar. Aku kena banyak sabar. Aku mesti terus ’beri’ sebelum aku ’terima’ satu masa nanti. (Hukum Memberi dan Menerima).
.

Jika aku lihat usaha-usahaku setakat ini, memang not bad at all. PPB3K semakin lama semakin mantap. PPB3K mulai dikenali (walau bukan pada kadar yang aku harapkan). Kenalan-kenalan rapat aku mulai menunjukkan ’passion’ mereka terhadap PPB3K ini dan mereka sungguh-sungguh mahu turut serta dalam pengembaraan PPB3K ini.
.

Untuk diri aku sendiri, aku kena pastikan pemikiran dan perasaan aku sentiasa bersangka baik dengan ’target market’ aku. (Hukum Getaran & Tarikan). ’Target market’ aku masih belum jelas apa sebenarnya yang boleh dicapai melalui PPB3K. Tugas aku untuk membantu mereka jelas mengenai ini semua. Period!
.

Sudahnya, timbul semangat baru dalam diri aku dan aku tahu aku dalam landasan yang betul. Tiada apa yang perlu aku risaukan. Rasanya itulah kesimpulan ’Mid Year Review’ aku terhadap usaha PPB3K ini. Akhir kata, untuk renungan kita bersama, tataplah sajak dari anak aku kepada aku ini ...

Hope is the thing with feathers
That perches in the soul,
And sings the tune without the words,
And never stops at all,

And sweetest in the gale (wind) is heard;
And sore (distrust) must be the storm
That could abash the little bird (hope)
That kept so many warm.

I’ve heard it in the chilliest land
And on the strangest sea;
Yet, never, in extremity,
It (Hope) asked a crumb of me.
.

O God! Guide Me ...