.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, July 8, 2009

Sangka-Sangka

.
Manusia hari ini suka bersangka-sangka. Ada sangkaan baik. Ada sangkaan buruk.


Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka hina
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang berbincang disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk


Mana tahu yang diam itu kerana mengingati Tuhannya
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang sedih itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas fikirannya


Jauhi sikap suka bersangka buruk kerana ia bakal memusnahkan masyarakat seperti musnah nya kayu dimakan api. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. Pilihan di tangan anda!


Renungan : PPB3K mengutamakan sangka baik.