.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, July 1, 2009

Kegagalan Organisasi

.
Dalam kerja aku (bantu organisasi tingkat prestasi), aku dapat menyaksikan dengan jelas punca-punca mengapa sesuatu organisasi itu tidak mencapai kehebatan. Kadang-kadang aku bertanya pada diri aku, mengapa para pemimpin yang aku lihat punya latarbelakang dan pendidikan yang hebat untuk pimpin organisasinya tidak dapat menghidu punca kegagalan organisasinya?
.

Fikir punya fikir, rupanya jawabannya senang sahaja. Pemimpin ini lupa untuk menarik diri mereka jauh dari organisasi mereka sebentar untuk meneliti apa yang terjadi kepada organisasi mereka. Mereka tenggelam dalam kekalutan dan kesibukan harian. Mudah bagi aku untuk melihat punca-punca kegagalan ini kerana kedudukan aku yang tidak tenggelam dalam operasi harian organisasi tersebut. Itu sahaja.

Disini aku perturunkan punca-punca gagalnya organisasi. Aku harap senarai ini boleh dijadikan senarai-semak (checklist) bagi kalian yang memimpin organisasi
.


Visi dan Misi Yang Samar.
Visi dan Misi organisasi yang tidak memberangsangkan.
Kurangnya penjajaran strategi dari peringkat atas hingga bawah.
Anggota kerja tidak jelas apa yang organisasi mahu capai.
.


Kekurangan Kemahiran Kepimpinan.
Pemimpin Takut kepada perubahan.
Pemimpin yang terlalu ’directive’ atau terlalu ’ hands-off’.
Pemimpin tidak punya semangat keusahawanan.
Pemimpin tidak memimpin tetapi setakat mengurus sahaja.
Pemimpin melaksanakan ’micro-manage’.
Program pembangunan kepimpinan yang lemah.
.


Budaya Organisasi Yang Tidak Memberi Galakan.
Tiada nilai bersama.
Kurangnya kepercayaan (trust) antara satu sama lain.
Budaya suka menyalah orang lain.
Terlalu fokus kepada masalah dan bukan peluang.
Anggota kerja tidak seronok bekerja.
Kepelbagaian (diversity) yang ada tidak digunakan.
Kegagalan tidak dilihat sebagai peluang untuk belajar.
Anggota kerja hilang keyakinan terhadap pemimpin dan sistem.
.


Birokrasi Yang Tinggi.
Terlalu banyak lapisan dalam struktur organisasi/pengurusan.
Membuat keputusan yang terlalu lembab.
Sempadan yang terlalu tinggi antara tiap lapisan pengurusan.
Pengawasan terhadap anggota kerja dan perkara lain yang terlalu ketat.
Terlalu banyak prosidur dan dokumentasi yang menyekat kreativiti.
Birokrasi diterima.
.


Kekurangan Inisiatif.
Galakan dan motivasi yang rendah.
Anggota kerja tidak merasakan sumbangan mereka dihargai.
Anggota kerja bekerja setakat memenuhi keperluan kerja sahaja.
Pengurusan gagal melibatkan anggota kerja terhadap inisiatif yang ada.
.


Komunikasi Yang Lemah.
Anggota kerja tidak jelas mengenai ’gambaran besar’ organisasi .
Anggota kerja merasakan sumbangan mereka tidak penting.
Terlalu banyak ketidakpastian.
Anggota kerja tidak tahu apa yang difikir dan dirancang oleh pihak atasan.
.


Kerjasama Yang Lemah Antara Unit-Unit Dalam Organisasi.
Budaya ’silo-mentality’ antara unit-unit dalam organisasi.
Kekurangan matlamat bersama antara unit-unit dalam organisasi.
Kekurangan semangat kerjasama antara unit-unit dalam organisasi.
Tiada wujud pengurusan proses yang meliputi keseluruhan organisasi.
Tiada wujud jawatankuasa pengurusan silang fungsi .
Kekurangan atau tiada langsung kuasa pada pasukan silang fungsi.
.


Kerja Berpasukan Yang Lemah.
Tiada komitmen dari pengurusan terhadap budaya kerja berpasukan.
Kekurangan matlamat berbaloi yang dikongsi bersama.
Kepimpinan pasukan yang lemah.
Ahli pasukan yang tidak mahu memainkan peranan diterima.
Bilangan ahli pasukan terlalu besar.
Kekurangan anugerah berpasukan.
.


Pengurusan Idea Dan Ilmu Yang Lemah.
Percambahan idea tidak difasilitasi.
Tiada wujud strategi dan sistem bagi pengurusan idea dan ilmu.
Tabiat ’semua tahu’ pada setiap lapisan organisasi.
Wujud Sindrom ’ilmu ini bukan direka disini’.



Jika kalian punya masalah di atas, PPB3K punya jalan penyelesaiannya. Jangan tak cuba ... mesti cuba PPB3K. PPB3K mengabungkan segala idea masakini dari barat mahupun timur. Tambah mudah ianya dalam Bahasa Malaysia dan menggunakan contoh-contoh dalam negara ini sendiri. Semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa yang mengaku dirinya rakyat negara ini mesti boleh faham PPB3K!!!
.

Namun pengalaman menunjukkan bahawa ’root cause’ sukses bersama PPB3K ialah para pemimpin dalam sesuatu organisasi itu perlu punya sifat rendah diri, sudi mendengar, sudi berubah dan punya stamina untuk turuti PPB3K hingga sampai ketemu matlamat yang dihajati. Kalau tidak payah ...
.
Bak kata seorang teman aku, pemimpin jangan jadi macam buluh tua ... tak boleh dilentur dan tak mahu dilentur ... Fikirkan ...