.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, July 24, 2009

Kenapa Aku Disini?

.
Aku lihat kehidupan aku di atas mukabumi ini sentiasa sibuk. Tapi apa yang aku sibukkan? Memang betul aku pernah mencapai impian aku. Namun sesudah terhasilnya impian itu, aku mulai dihantui dengan persoalan apa selanjutnya yang perlu aku lakukan? Hari demi hari, minggu demi minggu, tahun demi tahun aku terus hanyut dalam putaran hidup tanpa memahami maksud aku disini.


Aku mulai membuka mata kepada kejadian sekeliling aku. Kenapa ada yang sanggup membunuh diri? Adakah hidup ini terlalu ’stress’ hingga tergamak mencabut diri sendiri? Persoalan-persoalan ini aku rasakan makin lama makin menghimpit diri aku. Bila aku semak dengan beberapa orang sahabat dan kenalan aku, aku dapati persoalan yang aku tanyakan kepada diriku ini bukan satu perkara yang hanya unik untuk aku. Rupa-rupanya majoriti atau mungkin semua manusia dalam hidup ini pernah dilintasi dengan persoalan ini. Hanya ada yang serius untuk mengetahuinya dan ada yang ’malas’ mahu memikirkan persoalan ini kerana ’berat’ sekali hal-hal sebegini.


Namun pada aku, persoalan ini amat penting. Jika aku jelas mengenainya, pasti hidup ini penuh makna. Dan jika semua manusia jelas mengenai persoalan ini, pasti aman dunia ini. Tiada persengketaan, tiada peperangan, tiada perlanggaran hak manusia. Sudah lama aku mencari jawapan ini dan aku syukur banyak-banyak kepada Tuhan kerana memudahkan aku menemui jawabannya. Dalam hidup aku selama ini, aku rasa semacam ada magnet yang mendekatkan aku kepada individu dan sumber yang punya maklumat mengenainya.


Tahu satu hal. Bagaimana pula mahu laksana apa yang sudah diketahui? Bukankah tahu dan buat itu dua perkara yang amat berbeza? Banyak aku saksikan keadaan dimana ramai yang tahu tapi sudahnya tidak dibuat apa yang sudah diketahui. Adakah kerana mereka semata-mata malas atau mereka tidak nampak jalan bagaimana perlu laksanakan apa yang sudah diketahui? Fenomena ini selalu terlepas pandang dari fokus kita. Fikirkan ...



Sekali lagi, dari pemerhatian aku selama ini, cara bagaimana mahu laksanakan apa yang sudah diketahui itu sebenarnya bukan payah. Hanya ramai dikalangan kita telah mengkaburi fikiran kita sendiri. Sudahnya bila fikiran kabur, tindakan kita ikut kabur dan sudahnya hasil pun kabur.


Jadi, bila aku renung semula apa yang telah aku susun dalam PPB3K selama ini, inilah dia perkara asas yang perlu kita fahami dan laksana. Aku tahu kalau mereka diluar sana sudah faham apa sebenarnya yang terhidang dalam PPB3K ini dan ambil tindakan terhadapnya, barulah hidup ini terurus walau apa juga cabaran yang diharungi. Hidup ini akan mula sejahtera-bahagia-kaya. Inilah apa yang diperlukan oleh organisasi atau individu waktu ini ...