.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, July 4, 2009

Leadership Madness

.
Kata-kata seorang Trainer Barat yang aku dengar baru-baru ini bagai mengejutkan aku dari kesibukan aku. Kata beliau, “There is no poor worker but only poor leader” . Betul kah begitu?
.


Puas sudah aku berjalan dalam organisasi mendengar rintihan pelbagai lapisan dalam sesuatu organisasi. Macam-macam yang aku dengar. Namun jika aku hubungkan kata-kata pelbagai lapisan organisasi kepada kenyataan Trainer Barat ini, aku tidak dapat menyangkal lagi bahawa ’root cause’ maju mundur sesuatu organisasi itu dalam banyak hal terletak dibahu pemimpin itu sendiri. Memang bukan senang jadi pemimpin. Rasul pun banyak kali menegaskan hal ini.
.


Baru-baru ini, aku berkesempatan menyaksikan satu sandiwara dalam satu organisasi. Pemimpin ini seperti lagaknya seorang pendekar menceritakan ketidakpuasan hatinya mengenai ’performance’ pekerjanya. Pada satu ketika, dengan nada tinggi (sebab geram ker atau bongkak ker aku kurang pasti) menyatakan sesiapa yang tidak boleh bekerja dengan beliau boleh keluar dari organisasi beliau. Terpempan seketika aku dengan lagak beliau. Mungkin beliau merasakan beliau telah melakukan apa yang sepatutnya untuk pekerjanya namun hasilnya tidak kemana. Sudahnya dia tension sangat kot.
.


Apa pun inilah contohnya apa yang dikatakan pakar sebagai ’leadership madness’. Pemimpin jadi ’gila’ kerana orang yang dipimpin tidak mahu memberi terbaik atau terlibat sepenuh hati dalam perancangan beliau. Dimanakah silapnya?
.


Pada pendapat aku, jawabannya senang namun ramai yang tidak nampak mengenainya. Apa yang aku maksudkan disini ialah;

Pertama, pemimpin perlu punya ’gambaran besar’ mengenai organisasi beliau dan pastikan setiap lapisan pimpinannya memahami ’gambaran besar’ ini seperti mana beliau sendiri memahaminya.

Kedua, pemimpin perlu sedar beliau pimpin manusia dan bukam mesin. Atas sebab itu pemimpin itu samada dia suka atau tidak mesti ada ilmu bagaimana pimpin manusia dan seterusnya amal ilmu tersebut.

Ketiga, pemimpin perlu sentiasa muhassabah/semak kepimpinan beliau. Cara paling mudah untuk muhasabah/semak ialah dengan sentiasa PLAN-DO-CHECK-ACTION (PDCA) sebarang usaha yang dilaksanakan.
.

Dalam banyak hal, pemimpin amat kabur tentang ketiga-tiga hal ini. Inilah rahsia segala rahsia. Walaupun ada yang telah sedar dan telah pun melakukan usaha terhadap ketiga-tiga perkara ini, namun usaha-usaha ini tidak dilaksanakan dengan sistematik dan berterusan.
.
Dari pemerhatian, dapat aku lihat dengan jelas bagi mana-mana organisasi yang punya pemimpin yang memberati ketiga-tiga usaha ini, organisasi itu bukan hebat pada ketika-ketika tertentu malah kehebatan itu dapat dikekalkan pada satu jangkamasa yang panjang.


Jika para pemimpin mahu menyedari hakikat ini dan sudi untuk belajar, pasti mereka akan merasakan apa yang disampaikan dalam PPB3K itu masuk akal. PPB3K telah disediakan khusus untuk menangani ’root cause’ yang dihadapi oleh sebarang organisasi.


Harap kalian sekarang faham apa yang dimaksudkan sebagai ... “There is no poor worker but only poor leader”.