.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, July 28, 2009

Program Satu Hari Bersama Duta Technic

.
Satu malam, aku duduk berbual dengan sahabat aku, Anua di lobi Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam. Tiba-tiba dia bangkitkan salah satu cerita yang telah aku coretkan dalam laman ini bertajuk ‘Kegagalan Organisasi’. Beliau amat tertarik dengan isu yang dibangkitkan dalam artikel tersebut. Kami saling bertukar fikiran mengenai idea kegagalan organisasi. Langsung dia meminta aku menyampaikan satu program satu hari kepada anggota kerja syarikat beliau.
.

Aku sebenarnya sedikit berbelah bagi untuk menyampaikan seminar ini kerana bagi aku, alangkah lebih baik jika beliau laksanakan sahaja idea PPB3K ini dalam syarikat beliau. Tambah pula, pengalaman aku baru-baru ini bersama satu syarikat lain yang meminta aku menyampaikan satu seminar selama satu hari berakhir dangan satu ketidakpuasan dalam hati aku kerana tidak banyak dapat dicapai dalam seminar satu hari.


Namun setelah aku memikirkannya, aku menerima pelawaan Anua. Aku tahu ini satu cabaran baru bagi aku. Pertama, Anua kawan aku. Aku kenal sangat dia. Bukan senang untuk memenuhi kehendak dia. Aku mahu Anua bayar aku bukan sebab aku kawan tapi bayar sebab mahukan servis aku. Kedua, Anua pelanggan aku, jadi atas dasar ’customer always right’, aku turuti kehendakknya agar jika dia puas dengan servis aku, ianya akan membuka lebih banyak peluang bagi aku. Ketiga, ini peluang aku untuk memperbaiki seminar satu hari aku sebelum ini.


Tepat jam 9.30 pagi, pada hari Sabtu lepas (25 Julai 2009), aku mula menyampaikan seminar Kegagalan Organisasi. Pada mulanya aku agak gusar dengan penyampaian aku. Namun setelah aku ketemui ’rythm’ aku, aku tidak menoleh kebelakang lagi.
.

Aku puas. Amat puas sebenarnya kerana program ini benar-benar tamat pada tahap yang begitu mengujakan. Ini jelas kelihatan pada air muka para ’participants’. Lagu ’Gemuruh’ yang dinyanyikan oleh mereka dengan penuh ’gemuruh’ diakhir program masih terngiang-ngiang dalam telinga aku. Wish aku rakamkan saat itu ....
.

Sudahnya, apakah pelajaran yang aku perolehi dari ’excursion’ aku ini. Sedar tak sedar aku telah ketemukan satu formula baru untuk memperkembangkan PPB3K kepada masyarakat. Seperti kata sahabat aku, Kumar semasa kami makan mee ’Chinese Muslim’ selepas program tersebut, ”I think this one day program is a good introduction for PPB3K. It helps the companies to make decision whether to invest in the entire PPB3K program”. Namun pada pendapat aku, bukan itu sahaja boleh dicapai malah aku rasa para participants itu sendiri sebenarnya telah menerima banyak ‘gems’ dari program satu hari ini. Memang berbaloi!!! (Aku rasa mereka akan ingat sampai bila-bila apa itu T.E.D. Hahahaha …)

Diakhir program tersebut, kata Anua pada aku secara ‘one to one’, ’This program not bad at all … not bad at all … orang aku sukakan program ini’. Aku senyum puas.
.

p/s: Ajid & Kumar, Thank you for your support. It means a lot to me.