.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, August 28, 2009

Apa Erti Kemerdekaan?

.
Setiap tahun apabila sampai 31 Ogos, yang selalu berkisar dalam fikiran aku ialah gambar-gambar berikut:
.




Dan bagi tahun ini pula, aku rasa gambar-gambar baru yang akan aku tokok dalam kamus ’kemerdekaan’ aku ialah gambar-gambar berikut;
.

Sebenarnya gambar-gambar inilah (tanpa aku sedari) yang membentuk kefahaman aku mengenai 31hb Ogos. Benarkah begitu? Sudah pasti ianya benar kerana apa yang fikiran aku layan sudahnya itulah yang menjadi fahaman aku. Cerita pelik tapi benar. Sedar tak sedar, baru aku sedari begitu ceteknya fahaman aku tentang apa erti kemerdekaan!
.

Sudahnya apa yang aku mahu faham mengenai kemerdekaan? Adakah gambar-gambar berikut boleh dijadikan fahaman baru aku mengenai apa itu kemerdekaan…?
.
Aku berasa agak was-was mahu memahami kemerdekaan seperti gambar-gambar ini kerana sekali lagi tanpa aku sedari, jauh dalam hati, aku merasakan untuk mencapai ini semua hanyalah satu utopia (sesuatu yang tidak mungkin dapat diwujudkan).
.
Namun, secara peribadi, untuk merdeka, aku tidak harus meletakkan sebarang limitasi ke atas pemikiran aku dengan syarat aku tetap berpegang kepada Perintah Tuhan dengan cara yang ditunjuk oleh PesuruhNya. Tidak ada guna erti kebebasan jika kebebasan itu digunakan untuk langgar perintah Tuhan dan hak asasi manusia lain. Itulah takrif kemerdekaan yang aku mahu pegang. Kerana apa? Pertama, Tuhan maha sayang dengan manusia. Kedua, hidup di dunia ini sementara dan satu masa, kita pasti akan beredar dari mukabumi ini. Fikirkan …
.
Sudahnya, apa yang perlu aku buat untuk benar-benar menghargai erti kemerdekaan? Senang sahaja, tetapkan matlamat hidup aku dan berusaha sunguh-sungguh mencapainya. Bayangkan jika kita rakyat Malaysia berpegang kepada konsep ini, pasti bendera negara bertuah ini akan berkibar megah di persada dunia ...
.
Mungkin ada yang berkata, ‘Cakap mudahlah tapi nak buat cerita lain’. Aku senyum sendirian. Senyum kerana dalam kesibukan harian, aku mampu menyediakan satu resepi untuk menangani persoalan ini. Itulah dia PPB3K. Cerita PPB3K ialah cerita rahsia kehidupan yang amat asas tapi ramai yang tidak mengetahuinya. Cukup aku katakan, PPB3K merupakan resepi untuk memahami dan mengamal erti kemerdekaan. Aku harap sangat PPB3K menjadi penggerak ke arah hasrat ini. Aku juga harap agar ‘fellow Malaysian’ memberi peluang kepada PPB3K untuk menunjukkan jalannya.
.
Selamat Hari Jadi, Malaysia. Moga engkau masih ‘valid’ bagi generasi yang akan datang!
.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!