.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, August 25, 2009

Bagaimana menjadi Kaya?

.
Satu malam, aku dan Ajid telah pergi menziarahi bapa saudara aku (namun beliau merupakan abang ipar Ajid) yang baru saja ‘check-in’ di Subang Jaya Medical Center (SJMC) kerana perlu menghadapi satu pembedahan jantung. Dalam perjalanan itu, Ajid ada menyatakan sesuatu yang buat aku berfkir …
.

Kata Ajid, “You know Li, tadi I dengar something from this Mat Salleh yang buat I teringat pada ADB (Anda Dilahirkan Berjaya). The ‘Mat Salleh’ said, to find money is easy. Firstly, what you need is an idea. Secondly you must be passionate with the idea. And thirdly, you must learn to take calculated risk”. Short & Sweet.

Aku termenung seketika cuba memahami mengenai ‘statement’ yang disampaikan oleh Ajid itu …
.


Apa itu Idea.
Pada aku ramai orang punya idea. Tapi mereka tidak punya idea khusus yang benar-benar sesuai dengan latarbelakang mereka. Bagi aku, menetapkan satu idea khusus yang mahu diketengahkan amat penting. Idea yang mahu aku ketengahkan itu pula perlu punya permintaan (demand) dari orang ramai. Atau sekurang-kurangnya idea itu merupakan satu ‘niche’ (kelebihan) yang ada pada diri aku yang dikehendaki orang. Dalam kata lain, idea khusus aku ini merupakan matlamat aku.
.


Apa itu Passionate
Bila bercakap pasal ‘passionate’, ramai orang tidak berupaya membawa diri mereka agar benar-benar passionate terhadap idea yang mahu mereka ketengahkan. Apakah ukuran passionate? Aku mesti sanggup ‘beri’ apa saja sebelum ‘terima’ hasilnya. (Hukum Memberi & Menerima) Aku mesti sanggup kurangkan TED (Temberang-Ego-Drama) dalam hidup aku dalam merealisasikan idea ini.
.


Apa itu Calculated Risk
‘Calculated risk’ bercakap mengenai risiko yang telah benar-benar dikaji tuntutannya dan jelas apa hasilnya bila berupaya melepasi risiko tersebut. Dalam banyak hal, mengambil tindakan terhadap ‘calculated risk’ menentukan samada aku berjaya atau gagal capai idea ini.
.


Jika ketiga-tiga komponen Idea-Passionate-Risk (IPR) ini hadir dalam agenda aku, pasti aku dalam landasan yang betul untuk jadi kaya. Aku senyum sendirian kerana apa yang sedang aku usahakan sekarang ini (apa lagi kalau bukan PPB3K!) mengandungi unsur-unsur IPR ini. Sebenarnya, aku bukan saja akan jadi kaya malah aku dalam landasan betul untuk capai slogan PPB3K iaitu Sejahtera-Bahagia-Kaya!
.


Betul kata Ajid, IPR ini sebenarnya dibincang dengan panjang lebar dalam ADB. Oleh itu, jika tuan-puan mahu penjelasan lebih lanjut mengenai IPR ini, daftar diri dalam program Anda Dilahirkan Berjaya. (ADB)
.

Malam itu, sebelum Ajid dan aku ucapkan selamat malam pada malam tersebut, kami pekena ‘Quarter Pounder’ di McD, Seksyen 2, Shah Alam. Mmm … memang nikmat … nikmat betul ‘Quarter Pounder’ dan IPR ini.