.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, August 5, 2009

Bagaimana Menjadi Kreatif?

.
Apa makna kreatif?
.

Menjadi kreatif bermakna menjadi seorang pengembara, pengambil risiko dan selalu ingin tahu. Kita mesti menjadi seorang yang ghairah dengan perkara disekeliling kita, idealistik dan menjadi seperti seorang kanak-kanak.
.
Apa pun kita mesti menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi. Berkeyakinan tinggi amat penting untuk menjadi kreatif. Kita mesti berkeyakinan melaksanakan apa yang hendak kita lakukan. Kita mesti berani menjadi lain dari yang lain, membuat perubahan, mencabar tradisi dan lari dari kebiasaan.
.

Elakkan dari mencari satu jawapan yang benar sahaja. Tumpukan kepada pelbagai kemungkinan jawapannya. Kita mesti berfikiran mencapah dan lateral. Gunakan otak kanan anda – kata pakar. Otak kanan ialah bahagian otak nada yang berfikir secara kreatif dan intuitif. Cuba selesaikan sebanyak mungkin teka teki, persoalan yang sukar dan silangkata. Kanak-kanak amat menyukainya. Kita pun patut menyukainya. Kesemua perkara ini membantu mengendur dan meregang fikiran.


Elakan menerima sesuatu perkara seadanya. Timbulkan sikap suka bertanya. Bolehkah ianya menjadi lebih baik? Adakah mesti ianya dilaksanakan sedemikian? Wujud kaedah lain?
Jika perlu, soal soalan bodoh bila kita tidak memahami sesuatu. Kenapa langit berwarna biru?


Regangkan daya imaginasi kita sepanjang mungkin dengan ... mendengar muzik kegemaran kita, bayangkan bau kegemaran kita, fikirkan masakan kegemaran kita dan rasakan keindahan disekeliling kita.


Berfikirlah dalam bentuk gambar, bukan setakat dalam hitam putih tetapi dalam warna. Sentiasa bayangkan kejayaan anda walaupun anda belum mencapainya.


“Sentiasa Cabar Apa Yang Ketara”



Ketahui asas kreativiti dalam Modul ’Kreativiti Untuk Berjaya'!