.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, August 12, 2009

Program Organisasi Cemerlang (POB) - 1 Hari

.
Dalam usaha untuk memudahkan tuan puan memahami apa itu PPB3K, sukacita di sini SSSA BASIC ingin mengutarakan satu program 1 hari. Memperkenalkan ...
.

.
Program Organisasi Berjaya (POB)

.

Situasi Masakini

Organisasi ditubuhkan bagi mewujudkan satu suasana atau prasana yang sistematik dan berterusan bagi sekumpulan manusia melaksana sebarang matlamat yang mahu dicapai. Organisasi yang berunsur komersial maupun bukan komersial berperanan penting bagi pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

Kebolehan sesuatu organisasi itu untuk berfungsi secara efektif dan efisien bagi memenuhi kehendak pelanggan masing-masing amat kritikal di masakini bagi mengharungi segala perubahan yang mendatang. Namun satu persoalan yang sering menjadi tandatanya para pemimpin organisasi ialah bagaimana mahu mempengaruhi anggota kerja organisasi mereka agar dapat menyumbang kepada kemajuan organisasi.

.

.
Cadangan

Dari kajian dan pemerhatian kami, persoalan dan bagaimana membawa organisasi menjadi cemerlang sebenarnya mudah. Mengapa ramai pemimpin tidak berupaya menangani permasalahan ini kerana tanpa disedari, mereka tenggelam dalam kekalutan dan kesibukan operasi harian.

Bertolak dari senario di atas, kami ingin memperkenalkan satu program satu hari yang bertajuk Program Organisasi Berjaya bagi memberi satu perspektif yang bersifat lateral (lateral perception) terhadap cabaran di atas.

Program Organisasi Berjaya akan membincangkan soal-soal berikut;

1) Soal-selidik kegagalan organisasi – kajiselidik dikalangan peserta.

2) Memahami punca dasar penentu kejayaan/kegagalan organisasi iaitu anggota kerja. - Penerangan mengenai diri manusia dan bagaimana manusia beroperasi.

3) Tiga perkara asas bagi membina Organisasi Berjaya.

3i) Soal Kesedaran Diri – Penetapan & Implementasi Matlamat Peribadi di tempat kerja yang sejajar dengan matlamat organisasi. Penekanan yang tinggi akan diberi kepada pembinaan komitmen terhadap tugas.

3ii) Soal Kerja Berpasukan – Pembinaan semangat kekitaan (self belonging) dan pengamalan perbincangan berdasarkan konsep ‘octagon discussion’.

3iii) Soal Kepimpinan – Pembinaan kepimpinan secara holistik. Pemimpin perlu memimpin manusia sebagai manusia dan bukan sebagai ‘mesin’ akan diberi penekanan

4) Tindakan lanjutan – Penerangan mengenai konsep ‘Program Produktiviti Bersepadu 3K' (Kesedaran Diri-Kerja Berpasukan-Kepimpinan) bagi membantu organisasi melaksana satu sistem transformasi ke atas anggota kerja organisasi secara sistematik dan berterusan agar mencapai kejayaan yang diimpikan.

.

Kandungan Program Organisasi Berjaya (POB) - 1 hari

1) Soal-Selidik Kejayaan/Kegagalan Organisasi – Kajiselidik Di Kalangan Peserta.

2) Memahami Punca Utama Penentu Kejayaan/Kegagalan Organisasi

2a) Penerangan Konsep ’Stick Person’

3) Tiga Asas Utama Membina Organisasi Berjaya.

3a) Pengaruh Matlamat Di Tempat Kerja.
3ai) 5 Langkah Penetapan Matlamat.
3aii) 4 Langkah Penjajaran & Memastikan Perlaksanaan Matlamat.
3aiii) Pembinaan Komitmen

3b) Kerja Berpasukan Di Tempat Kerja.
3bi) Pembinaan Semangat Kekitaan (Self Belonging)
3bii) Perlaksanaan ’Octagon Discussion’

3c) Kesan Kepimpinan Di Tempat Kerja.
3ci) Perlaksanaan ’Leadership Octagon Principle’

4) Penerangan Konsep ‘Program Produktiviti Bersepadu 3K' (Kesedaran Diri-Kerja Berpasukan-Kepimpinan)PPB3K

.


Kesimpulan

Program Organisasi Berjaya ini menekankan kefahaman soal asas dan tindakan susulan yang perlu di lalui oleh peserta program untuk membawa organisasi mereka berjaya. Program ini mudah difahami, praktikal, ’street-wise’ dan ‘no-nonsense’. Diyakini organisasi yang benar-benar mengamal soal asas ini dengan penuh dedikasi akan mencapai kejayaan yang diimpikan. .

Saya harap tuan puan sudi mencuba program ini. Program ini saya jalankan hanya secara in-house sahaja. Sia hubungi saya untuk keterangan lanjut. Terima kasih.