.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Saturday, August 1, 2009

Jata

.
Juga dikenali sebagai logo (emblem) .

Sejak zaman berzaman, aku lihat manusia telah menggunakan jata untuk melambangkan diri atau kumpulan mereka. Aku cuba mengetahui bila mulanya idea jata ini mula digunapakai. Aku tidak tahu jawapan sebenarnya tapi yang pasti, jata mula digunakan semenjak wujud peradaban manusia.
.

Bila aku membaca buku atau menonton filem, sedar tak sedar ramai yang menggunakan jata. Baik zaman dahulu maupun zaman sekarang. Daripada manusia di Zaman Batu, manusia zaman Mesir Purba, manusia Zaman Yunani, manusia Zaman Rom, manusia Zaman Kegemilangan Islam, Cina, India, Mongol hingga ke Zaman Abad 21 ini rata-rata mempunyai jata tersendiri.

Aku bertanya pada diri aku mengapa mereka menggunakan jata? Apa kesan menggunakan jata ini? Kenapa ada manusia-manusia yang begitu taksub dengan jata mereka hingga ada yang menyembahnya!


Aku tidak mempunyai jawapan yang spesifik untuk soalan-soalan ini. Tapi aku tertarik untuk punya jata yang benar-benar melambangkan siapa aku, apa matlamat aku dan apa nilai-nilai yang hampir dengan diri aku.

Aku ambil masa yang agak lama untuk mengarang jata ini. Bukan apa, aku mahu jata ini nanti benar-benar ‘personal’ untuk diri aku. Setelah hampir setahun, baru aku ketemukan satu jata yang benar-benar selesa dan yang benar-benar boleh mewakilli aku. Sudahnya aku bertanya adakah berbaloi aku menghabiskan masa terlalu lama untuk tujuan ini?.


Memang berbaloi sangat! Tanpa aku sedari, proses pembinaan jata ini menimbulkan rasa yang amat intim dengan hidup aku sendiri. Aku rasa ’fun’. Aku rasa lebih jelas dengan maksud tujuan hidup aku. Hasil terbinanya jata ini pula membuatkan aku lebih peka dengan harga diri aku. Aku terasa seperti seorang ’Knight In Shining Armour’.

Untuk menambahkan kemantapan jata diri aku ini, aku telah meminta seorang sahabat aku yang merupakan seorang grafik artis untuk ’make-up’ jata ini agarnya ianya nampak lebih gah.. Hasilnya, jata diri aku dan penerangan jata tersebut ialah seperti dibawah;
.


Perisai
Melambangkan keberanian menempuh segala macam perubahan kehidupan.

Cahaya Perisai
Melambangkan hidup yang memberi faedah kepada seluruh alam kejadian.

Kreatif-Fokus-Gigih-Prihatin
Melambangkan nilai-nilai yang dipegang dalam hidup ini

Stick Person
Melambangkan pembangunan manusia secara menyeluruh (holistic)

SSSA BASIC

SSSA - Nama-nama anak aku – Safia, Soraya, Sabrina dan Adam.
BASIC - Penekanan kepada perkara asas dalam hidup untuk capai keseimbangan hidup.

Sudahnya SSSA BASIC
Melambangkan matlamat hidup aku untuk memberi pendedahan soal asas kehidupan kepada semua manusia terutama generasi muda agar mencapai kehidupan yang seimbang.

Sepasang Obor
Melambangkan ilmu yang aku ingin sampaikan ini akan menerangi hidup segala manusia dan mampu mencapai hidup yang seimbang.

Warna Biru
Melambangkan maksud hidup untuk Sejahtera - Bahagia – Kaya di dunia ini dan di akhirat.


Semenjak terciptanya jata ini, aku telah ’print’, ’frame’ dan gantungnya di merata-merata tempat yang senang aku lihat. Dalam bilik di pejabat aku, dalam bilik study di rumah aku dan ianya juga menjadi wallpaper handphone aku. Kesannya? Aku jadi fokus dan bersemangat. Bila aku terasa terumbang ambing, aku pandang jata ini lalu timbul rasa tenteram. Macam magic. Tak percaya cubalah ...