.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, September 22, 2009

Kami Berjaya Part 1

.
Belum pernah lagi di dalam sejarah, konsep kerja berpasukan ditempat kerja dianggap begitu penting bagi menjamin kejayaan sesebuah organisasi. Dengan perubahan sosial, teknologi dan informasi yang bergerak pantas sekarang ini, anggota kerja berhadapan dengan tekanan yang amat hebat untuk memenuhi tuntutan-tuntutan kerja mereka.
.

Organisasi kita adalah lebih kompleks dan kompetitif. Kita tidak boleh lagi bergantung kepada hanya sebilangan kecil anggota kerja yang berkebolehan untuk tampil ke hadapan bagi melaksanakan tugas. Jika kita tidak mahu ketingggalan, kita perlu lebih kreatif dan dapat menggembeling potensi semua anggota kerja di setiap peringkat.
.


Pemimpin pada masa kini mestilah menjadi pemangkin dan fasilitator sesuatu pasukan. Bukan hanya menjadi pemimpin pasukan yang efektif tetapi juga menjadi ahli pasukan yang efektif.
.


Kita perlukan pemimpin yang berupaya …

menyatu-padukan pasukan.
menjadi fasilitator terhadap masalah yang timbul
menumpu keprihatinan dan kesungguhan pasukan ke arah peningkatan yang berterusan.
membimbing pasukan ke arah pencapaian matlamat.

Di dunia sekarang ini, produktiviti satu-satu pasukan adalah lebih penting dari pencapaian individu. Amat perlu kita mengetahui apa itu sebenarnya pasukan dan bagaimana pasukan beroperasi.
.

Sebagai satu renungan, setiap pasukan perlu berusaha untuk mencapai ciri-ciri pasukan berdaya tinggi - PERFORM.
.
Purpose and Values (Tujuan dan Nilai)
Empowerment (Memberi Kuasa)
Relationships and Communication (Hubungan dan Komunikasi)
Flexibility (Fleksibiliti)
Optimal Performance (Prestasi yang Optima)
Recognition and Appreciation (Penghargaan dan Pengiktirafan)
Morale (Semangat)



Jika tuan puan merasakan perlu kepada cerita lanjut apa yang dibentangkan di atas, daftar diri dalam Kami Berjaya Part 1 (KB1) , salah satu modul dalam PPB3K.