.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, September 11, 2009

Kebimbangan

.
Aku pernah berbual dengan seorang mentor aku yang dengan tegas menyatakan bahawa beliau enggan berada di dalam kebimbangan. Dia tidak mahu bimbang kerana beliau yakin kebimbangan akan merampas kekayaan seseorang, dan bagi dirinya, kekayaan yang paling berharga ialah dirinya.
.

Dia bercerita, "Pada waktu saya pertama kali mahu menerjunkan diri dalam dunia perniagaan ... saya sedih dan takut. Saya baharu sahaja datang dari kampung dan saya tidak mempunyai seorang kenalan pun di KL ini. Saya cuba mencari pekerjaan di KL ini. Saya menemui beberapa syarikat, namun tidak ada sebuah syarikat pun yang mahu mengambil saya bekerja. Padahal wang saya mulai berkurang. Selama dua minggu cuma makan roti kering dengan air. Kini saya bukan sahaja bimbang, tetapi juga kelaparan. Saya berkata kepada diri saya sendiri - Barangkali kau ni bodoh - Mungkin engkau tidak akan dapat terjun dalam dunia perniagaan sebab kau sama sekali tidak mempunyai pengalaman. Kau belum pernah berniaga sama sekali. Lantas, apalagi yang dapat kau tawarkan?".
.

"Kemudian saya bercermin. Ketika saya melihat wajah saya di cermin, saya menyaksikan suatu kesan di atas wajah saya. Akibat kebimbangan hati, wajah saya menjadi berubah! Saya lihat alur-alur kerutan di wajah saya. Saya menyaksikan gambaran wajah yang bimbang. Oleh kerana itu saya selalu berkata - Kau harus menghentikan ini sekarang juga! Kau tidak boleh bertahan dengan bimbang terus menerus. Satu-satunya benda yang dapat engkau tawarkan hanyalah wajahmu. Dan wajahmu akan rosak kalau kau terus bersedih.
.

Komen: Kisah ini menunjukkan betapa bahayanya kebimbangan yang boleh merosakkan sesuatu yang amat berharga (wajah) kepada wanita dan lelaki. Apabila bimbang bersarang di minda, anda akan mula mengerutkan wajah dan ini akan merosakkan kulit muka yang halus, licin dan tegang. Anda akan cepat kelihatan tua, layu dan tidak bermaya... muka tidak segar. Apabila anda bimbang atau gusar, anda akan mengerutkan dahi atau kulit muka, mengetap bibir dan/atau rahang dan kesannya ialah wajah akan menjadi beralur-alur, berkerut-kerut dan kelihatan tidak ceria. Banyak lagi kesan kebimbangan ke atas diri anda iaitu cepat beruban dan rambut gugur. Orang yang bimbang, emosinya tidak menentu kesan dari perubahan hormon badan dan menyebabkannya tidak seimbang. Kesan dari perubahan hormon, jerawat mula membiak di atas muka yang licin dan cantik, kudis dan ruam juga mula bertandang di bahagian-bahagian badan yang selama ini anda banggakan.
.
Oleh itu, jauhilah kebimbangan kerana ianya boleh merampas dan membawa pergi kebahagiaan dan kecantikan diri anda. Kebimbangan akan merugikan diri dan akan merosakkan kecantikan wajah dan diri. Bergembiralah! Kecapi kebahagiaan hidup dan keindahan dunia ciptaan Tuhan.
.

Anda Dilahirkan Berjaya serta ‘saudara-saudara’nya yang lain dalam PPB3K bantu menghilangkan kebimbangan dalam hidup ini! Think Good-Feel Good.