.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Thursday, September 17, 2009

Penambahbaikan PPB3K

.
Sepanjang Ramadhan yang mulia ini, saya telah mengambil kesempatan untuk menambahbaik setiap modul yang ada dalam PPB3K. Penambahbaikan yang dimaksudkan ialah dengan memasukkan persembahan video pada topik-topik yang berkenaan. Syukur pada Tuhan, hajat ini telah berjaya dilaksanakan. Selepas ini, PPB3K akan menjanjikan satu bentuk persembahan yang lebih utuh dan berkesan. Saya yakin tuan puan tidak akan rugi melabur dalam PPB3K.

Saya juga ada mendengar pandangan-pandangan dari beberapa pihak yang menyatakan saya perlu menyediakan program-program pendek bagi memberi gambaran awal apa yang bakal diperolehi bila melabur dalam PPB3K. Syukur sekali lagi kepada Tuhan kerana pada bulan yang penuh berkat ini telah lahir tiga modul sokongan kepada modul-modul PPB3K. Modul-modul tersebut ialah seperti berikut;

Rahsia Berjaya – Modul ½ hari yang akan mendedahkan rahsia untuk mencapai hidup yang sejahtera-bahagia-kaya di dunia ini dan di dunia sebelah sana. Ianya juga akan dapat membina satu cara pandang baru terhadap kehidupan itu sendiri.
.


Masa Untuk Berjaya – Modul 1 hari yang merupakan satu modul pengurusan masa yang unik dan memberi impak maksima kepada cara pandang terhadap masa dan bagaimana menggunakan masa.
.

Program Organisasi Berjaya – Modul 1 hari yang merupakan sinopsis kepada keseluruhan PPB3K. Walaupun ianya dikatakan sebagai suatu sinopsis, namun diakhir modul ini nanti, para peserta akan dapat membina satu cara pandang baru terhadap membangunkan organisasi.
.

Saya amat berharap dengan segala penambahbaikan yang telah siap dilaksanakan ini, tuan puan sudi melabur dalam PPB3K kerana inilah program transformasi diri maupun organisasi yang amat relevan dalam hidup kita. Moga tuan puan mendapat banyak faedah dan berkat bila melaksanakan PPB3K dalam hidup tuan puan.
.

‘Your life needs a breath of fresh air – why hesitate, implement PPB3K in your life!’

Maaf Zahir Batin