.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, October 30, 2009

Anda Dilahirkan Berjaya?

.
Semua kita mahu berjaya dalam hidup ini. Orang yang berjaya dalam setiap cabang hidupnya barulah dikatakan sebagai yang benar-benar berjaya. Tak guna kita kaya tetapi keluarga kita porak peranda. Tak guna kita kaya jika kita berpenyakit kronik. Tak guna kita sihat tetapi keluarga kita porak peranda. Tak guna kita sihat tetapi hubungan kita dengan Tuhan porak peranda. Hidup kita perlu Sejahtera-Bahagia-Kaya.
.

Tapi adakah kita tahu bagaimana mahu menjadi orang berjaya?

Orang bijak pandai menyatakan jika kita mahu berjaya, kita perlu mulakan dengan memahami dan ambil tindakan terhadap empat soalan asas. Sebenarnya, keempat-empat soalan ini saling berkait. Soalan-soalan tersebut ialah seperti berikut;
.

1) Siapakah Diri Saya ini?

2) Dimanakah Saya dalam hidup ini?

3) Kemanakah hala tuju hidup saya ini?

4) Bagaimanakah mencapai tujuan saya ini?
.

Sekiranya kita mampu mengambil tindakan terhadap empat soalan ini, pasti kita boleh pergi jauh dalam hidup ini.

Sekiranya setiap pekerja dalam sesuatu organisasi itu mampu mengambil tindakan terhadap empat soalan ini, sudah pasti produktiviti dalam sesuatu organisasi itu dapat ditingkatkan.
.

Keempat-empat soalan ini sebenarnya telah diperjelaskan dengan menyeluruh dan terperinci dalam Program ’Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB). ADB bukan sekadar motivasi tetapi merupakan satu resepi untuk bantu capai matlamat anda. ADB merupakan satu program pembangunan diri di dalam Bahasa Malaysia yang menjanjikan satu pendekatan yang mudah dan berkesan.
.

Melalui ADB, anda akan memulakan satu pengembaraan yang paling menyeronokkan di dalam hidup anda. Pengembaraan untuk menjadikan hidup anda berjaya!
.

ADB boleh dijadikan sebagai teman baik untuk menemani hidup anda yang perlu menempuh segala macam perubahan.
.

Apa lagi, laburkan ADB kepada diri dan anggota kerja organisasi anda!

Tuesday, October 27, 2009

Honesty Is Still The Best Policy

.
Once, a general manager wanted to test his people who had come from all over the country, about their values of life.
.

He announced that in their seminar folder, there is PVC pouch and in it there is a seed. When they return, they must put it in a good soil in a pot and look after it very well.
.

He would hold a competition in the next year's seminar and that the best plants would be awarded suitably.

Everyone did what was told to him. A year passed quickly. And next year in a big hall, there were hundreds of pots and a great variety of plants - a great scene.
.
Except one pot in which the soil was there and no plant! The owner was standing quietly and seemingly ashamed of himself!

The general manager called him on the stage. He asked him what happened and he told him the truth. He planted the seed which he was given – and did that was to be done- but nothing happened!
.
The general manager declared him the winner! Everyone was shocked. It was announced, "Gentlemen! The seeds I gave you were ‘boiled seeds’ (benih yang telah direbus). You planted them and nothing happened! You acted smartly and used some other seeds.
.
This man was honest to his work and, therefore he did not cheat me or himself!"

To Ponder: PPB3K supports Honesty!

Friday, October 23, 2009

Helang - Mascot PPB3K

.
Saya amat tertarik dengan kisah kehidupan helang. Disini saya nukilkan kisahnya burung yang digelar sebagai ’Raja Langit’ ini.
.
Helang mempunyai jangka hayat yang paling panjang berbanding dengan spesisnya yang lain. Beliau boleh hidup menjangkau usia 70 tahun. Namun untuk sampai ke usia ini, beliau terpaksa membuat satu keputusan berat dalam hidupnya.

Bila menjangkau usia 40 tahun, kukunya yang panjang dan fleksibel itu tidak lagi berupaya menyambar mangsa untuk dijadikan santapannya. Paruhnya yang panjang dan tajam sudah mula membengkok. Bukan itu sahaja, sayapnya yang semakin berat disebabkan bulunya yang semakin tebal telah mula terlekat ke dadanya. Ini menimbulkan kesulitan kepada beliau untuk terbang.
.
Pada ketika ini, beliau hanya punya dua pilihan: mati atau mesti melalui satu proses perubahan yang amat menyakitkan dalam tempoh 150 hari.

Proses perubahan bermula dengan mana beliau perlu terbang tinggi dan menetap di dalam sarangnya dipuncak gunung.

Di dalam sarang ini, beliau terpaksa mengetuk paruhnya ke batu hingga paruhnya tertanggal dari dirinya. Selepas mencabut paruhnya, beliau perlu menunggu sehingga paruhnya yang baru tumbuh.
.
Kemudian, beliau akan mencabut kukunya dan menunggu dalam satu jangkamasa lagi hingga kuku yang baru tumbuh.

Selepas itu, beliau akan berusaha pula untuk mencabut bulu-bulunya yang lama dengan menggunakan kuku-kuku barunya. Sekali lagi, beliau perlu menunggu dalam satu jangkamasa hingga bulu-bulu barunya tumbuh.

Selepas melalui proses-proses yang memakan masa sekitar 150 hari ini, kini beliau sudah sedia untuk menjadi ‘helang baru’ dan akan boleh hidup dalam tempoh 30 tahun lagi.
.
Kenapa perubahan diperlukan?

Dalam banyak keadaan, untuk terus hidup, kita perlu memulakan perubahan dalam hidup ini. Kekadang, kita perlu meninggalkan memori, tabiat dan tradisi lama. Selepas bebas dari beban lama ini, barulah mudah kita mengambil peluang yang hadir pada ketika ini. Jika tidak, kita akan terus hanyut dalam ’kitaran kejam’ (vicious cycle) kehidupan. Fikirkan ...

Sempena pembelajaran dari kisah helang ini, saya dengan penuh sukacitanya menjadikan helang sebagai ’mascot’ PPB3K. (Nama Saintifik: Haliaeetus Leucocepphalus)
.
Hidup Helang! Hidup PPB3K!

Wednesday, October 21, 2009

Humour is Creativity

.
Creativity is all about seeing things from different angle. These are really good!!! Enjoy …
.

TEACHER : Why are you late?
BOY : Because of the sign.
TEACHER : What sign?
BOY : The one that says, "School Ahead, Go Slow."


TEACHER : BOY, why are you doing your math sums on the floor?
BOY : You told me to do it without using tables!


TEACHER : BOY, how do you spell "crocodile"?
BOY : "K-R-O-K-O-D-A-I-L"
TEACHER : No, that's wrong.
BOY : Maybe it's wrong, but you asked me how I spell it!
.


TEACHER : What is the chemical formula for water?
BOY : "HIJKLMNO"!!
TEACHER : What are you talking about?
BOY : Yesterday you said it's H to O!


TEACHER : BOY, go to the map and find North America.
BOY : Here it is!
TEACHER : Correct. Now, class, who discovered America?
CLASS : BOY!


TEACHER : BOY, name one important thing we have today that we didn't haveten years ago.
BOY : Me!


TEACHER : BOY, why do you always get so dirty?
BOY : Well, I'm a lot closer to the ground than you are.
.


BOY : Dad, can you write in the dark?
FATHER : I think so. What do you want me to write?
BOY : Your name on this report card.


TEACHER : How can you prevent diseases caused by biting insects?
BOY : Don't bite any.


TEACHER : BOY, give me a sentence starting with "I".
BOY : I is...
TEACHER : No, BOY. Always say, "I am."
BOY : All right... "I am the ninth letter of the alphabet."


TEACHER : "Can anybody give an example of COINCIDENCE?"
BOY : "Sir, my Mother and Father got married on the same day, same time."
.


TEACHER : What a pair of strange socks you are wearing, one is green and one is blue with red spots!
BOY : Yes it's really strange. I've got another pair just like that at home.


TEACHER : Now, children, if I saw a man beating a donkey and stopped him, what virtue would I be showing?
BOY : Brotherly love?


TEACHER : Now, BOY, tell me frankly do you say prayers before eating?
BOY : No sir, I don't have to, my mom is a good cook.


TEACHER : BOY, your composition on "My Dog" is exactly the same as your brother's. Did you copy his?
BOY : No, teacher, it's the same dog!
.


TEACHER : What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
BOY : A teacher.


To learn about basic of creativity, attend ‘Kreativiti Untuk Berjaya’

Sunday, October 18, 2009

Pilihan Di Tangan Kita

.
Ramai manusia bertanya kenapa disana-sini terdapat banyak kehancuran? Adakah Tuhan tidak sayang kepada manusia? Kehancuran demi kehancuran berlaku hari demi hari. Seolah-olah kehancuran dunia ini tidak dapat dielakkan lagi.

Sebenarnya, untuk menjawab persoalan di atas kita mesti lihat dari satu senario yang cukup luas. Ianya perlu bermula dengan hakikat kejadian manusia itu sendiri. Tuhan sangat sayang pada manusia. Demi mengangkat martabat manusia itu sebagai kejadianNya yang paling utama, tanpa disedari oleh ramai manusia itu sendiri sebenarnya telah dianugerahkan dengan satu keupayaan yang cukup hebat ... yang tidak ada pada kejadianNya yang lain. Apakah anugerah itu?
.


Itulah keupayaan membuat pilihan. Membuat pilihan dalam apa juga sudut kehidupan. Keupayaan untuk pilih mahu makan apa. Keupayaan untuk pilih mahu pasangan yang bagaimana. Keupayaan untuk memilih bagaimana untuk jalani hidup ini. Keupayaan untuk memilih samada mahu memelihara atau menghancur dunia ini dan sebagainya. Tapi ada antara ramai manusia yang tidak sedar hakikat ini. Maka mereka berkata bahawa mereka tiada pilihan. Namun hakikatnya mereka telah membuat pilihan bahawa mereka tiada pilihan! Fikirkan ...

Sudah menjadi lumrah alam, bagi setiap anugerah itu, ianya pasti dituruti dengan tanggungjawab (responsiblity) dan pertanggungjawaban (accountablity). Manusia tidak boleh lari dari tanggungjawab dan pertanggungjawaban ini. Namun ramai manusia yang tidak sedar dan langgar hakikat ini.
.
Itulah sudahnya, kita lihat bagi setiap kejadian Tuhan yang dijadikan di mukabumi ini, siapakah sebenarnya yang menghancurnya? Tuhan atau manusia? Tuhan menyediakan hutan yang cukup subur, manusia memperokperandakan hutan. Tuhan menyediakan aturan perhubungan manusia yang membahagiakan, manusia langgar aturan hubungan tersebut. Tuhan menyediakan lapisan ozon yang menjaga kesejahteraan bumi, manusia mencemari lapisan tersebut. Tuhan menyediakan kitaran kehidupan makhluk, manusia terus mencabar kitaran tersebut.

Sudahnya berbalik kepada soalan di atas ...

Adakah Tuhan tidak sayang kepada kita?.

Mampukah kita menjawab soalan ini dengan penuh ikhlas?
.
Apa yang patut kita lakukan?
.
Kita selalu melihat perbezaan yang ada antara kita sebagai sebab mengapa kita berpandangan serong antara sesama kita. Bukankah Tuhan mengadakan perbezaan ini agar kita saling lebih mengenali antara kita?
.


Kerana warna kulit berbeza, kita bersengketa. Kerana bahasa berbeza, kita bersengketa. Kerana agama atau mazhab berbeza, kita bersengketa. Kerana fahaman politik berbeza, kita bersengketa. Hatta, kerana makanan berbeza pun kita bersengketa. Perkara pelik tapi benar! Fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Sudahnya kita mudah di ’pecah dan perintah’ (devide and rule) oleh pihak yang berkepentingan jahat.

Seharusnya kita perlu lebih fokus kepada persamaan yang ada antara kita. Bukankah sebagai manusia, kita punya banyak persamaan? Semua kita ada perasaan kasih kepada ibu-bapa. Semua kita amat prihatin dengan anak-anak kita. Semua kita punya saat gembira dan sedih. Semua kita punya masalah yang perlu kita selesaikan. Semua kita punya perasaan mahu dikasihi dan mengasihani. Semua kita mempunyai suara hati agar dunia ini aman. Bukankah itu persamaan? Apa kata, mulai saat ini, kita mulakan melihat keadaan sekeliling kita dengan menggunakan lensa baru ini? Semuanya pilihan kita!
.
Moga kita semua terutama diri yang menulis ini mampu memahami hakikat-hakikat di atas dan mengambil tindakan yang sewajarnya agar hidup kita dimukabumi ini terus sejahtera-bahagia-kaya.



Maka atas kesedaran ini, PPB3K telah diusahakan agar mudah bagi semua manusia mencapai maksud di atas. PPB3K relevan dalam semua sudut kehidupan manusia. Tuan-Puan, cubalah PPB3K ....!

Thursday, October 15, 2009

Sarcastic yet Tactful.

.
A corporation advertised all kinds of positions to fill for their new office in a big city, the candidates were selected based on their resume and tested for their aptitude for the positions.
.


The corporation put around one hundred ping-pong balls in some particular order in a closed room with the room window open. Then they send a group of two to three candidates of particular discipline into the room and locked it from outside. They left them alone and came back after six hours, to analyzed the situation:

1)If they were counting and recounting the number of balls - They were hired for the ACCOUNTS DEPARTMENT

2) If they had messed up the whole place with the balls - They were hired for the ENGINEERING
.


3) If they were arranging the balls in some other order - They were hired for the PLANNING

4) If they were throwing the balls at each other - They were hired for the OPERATIONS

5) If they were sleeping - They were hired for the SECURITY
.


6) If they had squashed the balls into pieces - They were hired for the INFORMATION TECHNOLOGY

7) If they were staring out of the window - They were hired for the EXPORT

8) If they were sitting idle - They were hired for the HUMAN RESOURCE DEPT
.


9) If they had thrown the balls out of the window - They were hired for the MATERIALS DEPT

10) If they were clinging onto the balls - They were hired for the TREASURY

11) If they said they had tried different combinations, yet not a ball had moved - They were hired for the SALES
.

12) If they had already left for the day - They were hired for the MARKETING

13) If they were talking to each other and not a ball had moved - They were hired for the TOP MANAGEMENT
.

Moral of the story: Attend PPB3K to set new positive paradigm towards people and organization. Positive Paradigm leads to Positive Action. Positive Action influences Positive Result.

Sunday, October 11, 2009

Video - Satu Satunya Anda

.
Anda sudah sedia hebat. Tuhan menjadikan setiap kita bernama manusia sebagai ciptaanNya yang terhebat. Saksikan video di bawah dan tanyakan pada diri, apakah cara terbaik untuk mengguna kehebatan anugerah Tuhan. Pilihan Di Tangan Anda!
.

video


Jika masih kabur, alami pengalaman dalam 'Anda Dilahirkan Berjaya' (ADB). Modul pintu masuk Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K)

Friday, October 9, 2009

Semak Diri

.
Kita adalah kejadian yang sempurna.
Apa yang kita lakukan selalunya tidak sempurna.
.
Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta.
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda.
.
Hidup tanpa cita-cita adalah mati.
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi.
.

Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki.
.
Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan,
Kerana dalam kepahitan terkandung kemanisan.
.

Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit,
Namun dapat menjadi petunjuk,
Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya,
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya.
.
.
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan,
Yang datang dari akal adalah kewarasan,
Bersatulah hati dan akal,
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan.
.

Harta yang paling indah adalah sabar,
Teman yang paling akrab adalah amal,
Pengawal yang paling waspada adalah diam,
Bahasa yang paling manis adalah senyum,
Dan ibadah yang paling indah adalah kusyuk.
.

"People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel..."
.

Belajar Semak Diri melalui Program ‘Anda Dilahirkan Berjaya’

Monday, October 5, 2009

Dilema Latihan Anggota Kerja

.
Payah untuk saya melelapkan mata malam tadi. Mungkin kopi yang saya minum malam itu membuatkan sukar melelapkan mata. Namun, apa yang berlaku sebenarnya ialah fikiran ini ligat memikirkan satu perbualan pendek dengan seorang sahabat malam itu mengenai soal latihan anggot kerja. Saya mahu keluarkan apa yang terbuku dihati …
.


Satu perkara asas yang selalu terlepas pandang dari sebahagian besar peneraju organisasi dalam memajukan organisasi masing-masing ialah soal latihan anggota kerja. Ianya wujud baik untuk organisasi besar maupun yang kecil. Soal latihan anggota kerja selalu menjadi soal kedua di belakang soal-soal lain seperti pemasaran, kewangan, peningkatan produk dan perkhidmatan. Bukanlah peneraju tidak memahami bahawa ianya tidak penting namun dalam banyak situasi ianya tidak terdesak. Important but not urgent! Saya kekadang merasa agak pelik melihat fenomena ini.
.


Jika saya mengarah pandangan ke organisasi-organisasi besar di Barat, rata-rata menyatakan mereka membelanjakan secara purata 10% dari pendapatan kasar mereka ke atas latihan anggota kerja. Bukan itu sahaja, mereka juga melakukan penyelidikan ke atas soal latihan anggota kerja agar anggota kerja mereka didedahkan kepada corak latihan terkini dan berkesan. Maka tidaklah pelik mengapa ketika ini kita lihat banyak latihan yang cukup bernilai berasal dari sana.
.


Apakah perkara pokok yang membezakan cara tindak kita berbanding mereka bila kita bercakap soal latihan anggota kerja? Soal pokoknya terletak kepada cara pandang kita kepada apa makna latihan anggota kerja itu sendiri. Berikut disenaraikan cara pandang mereka terhadap latihan anggota kerja;

1) Mereka benar-benar faham untuk mendahului industri yang diceburi, tidak ada jalan singkat. Dalam kata lain, anggota kerja mereka perlu dibekalkan dengan ilmu dan skil yang mencukupi. Mereka berpegang kepada konsep “Quality of a company’s performance can’t exceed the quality of the performers in the company”.

2) Mereka berpandangan jauh dalam perniagaan mereka. Tujuan akhir mereka bukan semata-mata untuk membuat keuntungan dalam masa yang singkat. Mereka mahu wujud untuk jangkamasa yang lama. Atas itu, mereka menyedari soal paling pokok ialah memastikan penggerak organisasi (semua anggota kerja) sentiasa mempunyai daya saing yang mantap. Untuk membina daya saing yang mantap ianya perlu dimulakan dengan siri latihan yang bersistematik dan berterusan.

3) Mereka melihat soal latihan anggota kerja memerlukan satu perancangan, tindakan dan muhasabah yang bersifat holistik dan berjangkamasa panjang. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. (Sounds familiar?) Wujud PDCA (Plan-Do-Check-Action) bila laksana latihan anggota kerja.
.


Itu antara lain paradigma mereka terhadap latihan anggota kerja. Sebagaimana seorang sahabat dari Barat menyatakan pada saya, ”Training of our staff is like breathing. How to live without breathing?” Termenung seketika saya mendengar kata-kata beliau. Begitu ‘passionate’nya mereka terhadap soal latihan anggota kerja. Maka tidak hairanlah mengapa dalam banyak hal mereka mendahului kita.
.

Mungkin juga apa yang disenaraikan di atas boleh dijadikan sebagai senarai semak di mana kita meletakkan taraf lathan anggota kerja dalam organisasi kita. Jika anda berpandangan begitu, saya yakin anda dalam landasan betul. Fikirkan.
.


Dari kajian peribadi, jika kita serius untuk melakukan perubahan dalam organisasi, soal pokok yang perlu kita beri penekanan sebelum kita bercakap mengenai kompetensi-kompetensi yang lain (core & support competencies) ialah soal Kesedaran Diri, Kerja Berpasukan dan Kepimpinan dikalangan anggota kerja kita. Jika kita pergi kemana-mana organisasi besar di dunia ini, tanpa disedari ketiga-tiga soal ini memang sudah wujud dalam organisasi mereka. Hanyanya disini, saya mengambil kesempatan untuk mengabungkan ketiga-tiga soal ini menjadi satu siri latihan yang bersifat sistematik dan berterusan.
.


Maka lahirlah PPB3K. PPB3K telah disusun setelah mengambil kira keperluan individu dan organsasi. Ianya amat relevan dan mudah diamal dalam suasana negara kita. PPB3K membantu organisasi mencapai sejahtera-bahagia-kaya.
.


Namun dari pengalaman dan pemerhatian saya, ramai yang ‘tidak sabar’ untuk menunggu hasil dari latihan-latihan yang diadakan. Ramai yang mahukan ‘quick fix’. Mana mungkin itu semua dicapai dalam masa yang singkat. Sudahnya ramai yang memandang sepi soal latihan anggota kerja.
.

Ada yang datang kepada saya menyatakan PPB3K terlalu lama. Ramai yang menyatakan tidak punya ‘masa’ untuk ini semua. Tetapi mereka lupa, jika mereka tidak melaksanakan apa yang disyorkan oleh PPB3K, mereka sebenarnya akan lebih membuang ‘masa’. Melalui PPB3K, pada mulanya sahaja kelihatan memakan ‘masa’, tetapi apabila PPB3K ini telah diterapkan dalam organisasi, organisasi itu mampu berfungsi dengan sewajarnya. Sudahnya banyak ‘masa’ boleh diselamatkan.
.

Bila saya membuat kenyataan di atas, bukanlah bermakna saya tidak peka dengan kehendak ‘customer’ saya, tetapi kekadang masyarakat kita perlu dididik untuk mempunyai cara pandang yang sewajarnya dalam soal latihan anggota kerja agar hasil akhir sesuatu organisasi itu dapat dicapai dalam masa, kos dan kualtiti yang dikehendaki.
.


Kita sebagai peneraju organisasi perlu bina cara pandang baru terhadap latihan anggota kerja. Satu cara pandang yang menuntut pandangan yang menyeluruh dan jauh. Apa kata tuan puan melabur dalam PPB3K? Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

If you are not pushing things (training) in a meaningful direction, people tend to put it on the back burner. Think!
.

Baru saya puas. Puas memperjelaskan isu ini pada diri. Dapat saya rasakan apa yang saya usahakan dalam PPB3K ini merupakan satu misi yang bukan mudah tapi saya yakin ianya amat berbaloi. Lepas cetusan fikiran ini, baru terasa mudah melelapkan mata malam itu … Terima Kasih Malam.