.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, October 30, 2009

Anda Dilahirkan Berjaya?

.
Semua kita mahu berjaya dalam hidup ini. Orang yang berjaya dalam setiap cabang hidupnya barulah dikatakan sebagai yang benar-benar berjaya. Tak guna kita kaya tetapi keluarga kita porak peranda. Tak guna kita kaya jika kita berpenyakit kronik. Tak guna kita sihat tetapi keluarga kita porak peranda. Tak guna kita sihat tetapi hubungan kita dengan Tuhan porak peranda. Hidup kita perlu Sejahtera-Bahagia-Kaya.
.

Tapi adakah kita tahu bagaimana mahu menjadi orang berjaya?

Orang bijak pandai menyatakan jika kita mahu berjaya, kita perlu mulakan dengan memahami dan ambil tindakan terhadap empat soalan asas. Sebenarnya, keempat-empat soalan ini saling berkait. Soalan-soalan tersebut ialah seperti berikut;
.

1) Siapakah Diri Saya ini?

2) Dimanakah Saya dalam hidup ini?

3) Kemanakah hala tuju hidup saya ini?

4) Bagaimanakah mencapai tujuan saya ini?
.

Sekiranya kita mampu mengambil tindakan terhadap empat soalan ini, pasti kita boleh pergi jauh dalam hidup ini.

Sekiranya setiap pekerja dalam sesuatu organisasi itu mampu mengambil tindakan terhadap empat soalan ini, sudah pasti produktiviti dalam sesuatu organisasi itu dapat ditingkatkan.
.

Keempat-empat soalan ini sebenarnya telah diperjelaskan dengan menyeluruh dan terperinci dalam Program ’Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB). ADB bukan sekadar motivasi tetapi merupakan satu resepi untuk bantu capai matlamat anda. ADB merupakan satu program pembangunan diri di dalam Bahasa Malaysia yang menjanjikan satu pendekatan yang mudah dan berkesan.
.

Melalui ADB, anda akan memulakan satu pengembaraan yang paling menyeronokkan di dalam hidup anda. Pengembaraan untuk menjadikan hidup anda berjaya!
.

ADB boleh dijadikan sebagai teman baik untuk menemani hidup anda yang perlu menempuh segala macam perubahan.
.

Apa lagi, laburkan ADB kepada diri dan anggota kerja organisasi anda!

1 comment:

  1. I, of course, a newcomer to this blog, but the author does not agree

    ReplyDelete