.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, October 18, 2009

Pilihan Di Tangan Kita

.
Ramai manusia bertanya kenapa disana-sini terdapat banyak kehancuran? Adakah Tuhan tidak sayang kepada manusia? Kehancuran demi kehancuran berlaku hari demi hari. Seolah-olah kehancuran dunia ini tidak dapat dielakkan lagi.

Sebenarnya, untuk menjawab persoalan di atas kita mesti lihat dari satu senario yang cukup luas. Ianya perlu bermula dengan hakikat kejadian manusia itu sendiri. Tuhan sangat sayang pada manusia. Demi mengangkat martabat manusia itu sebagai kejadianNya yang paling utama, tanpa disedari oleh ramai manusia itu sendiri sebenarnya telah dianugerahkan dengan satu keupayaan yang cukup hebat ... yang tidak ada pada kejadianNya yang lain. Apakah anugerah itu?
.


Itulah keupayaan membuat pilihan. Membuat pilihan dalam apa juga sudut kehidupan. Keupayaan untuk pilih mahu makan apa. Keupayaan untuk pilih mahu pasangan yang bagaimana. Keupayaan untuk memilih bagaimana untuk jalani hidup ini. Keupayaan untuk memilih samada mahu memelihara atau menghancur dunia ini dan sebagainya. Tapi ada antara ramai manusia yang tidak sedar hakikat ini. Maka mereka berkata bahawa mereka tiada pilihan. Namun hakikatnya mereka telah membuat pilihan bahawa mereka tiada pilihan! Fikirkan ...

Sudah menjadi lumrah alam, bagi setiap anugerah itu, ianya pasti dituruti dengan tanggungjawab (responsiblity) dan pertanggungjawaban (accountablity). Manusia tidak boleh lari dari tanggungjawab dan pertanggungjawaban ini. Namun ramai manusia yang tidak sedar dan langgar hakikat ini.
.
Itulah sudahnya, kita lihat bagi setiap kejadian Tuhan yang dijadikan di mukabumi ini, siapakah sebenarnya yang menghancurnya? Tuhan atau manusia? Tuhan menyediakan hutan yang cukup subur, manusia memperokperandakan hutan. Tuhan menyediakan aturan perhubungan manusia yang membahagiakan, manusia langgar aturan hubungan tersebut. Tuhan menyediakan lapisan ozon yang menjaga kesejahteraan bumi, manusia mencemari lapisan tersebut. Tuhan menyediakan kitaran kehidupan makhluk, manusia terus mencabar kitaran tersebut.

Sudahnya berbalik kepada soalan di atas ...

Adakah Tuhan tidak sayang kepada kita?.

Mampukah kita menjawab soalan ini dengan penuh ikhlas?
.
Apa yang patut kita lakukan?
.
Kita selalu melihat perbezaan yang ada antara kita sebagai sebab mengapa kita berpandangan serong antara sesama kita. Bukankah Tuhan mengadakan perbezaan ini agar kita saling lebih mengenali antara kita?
.


Kerana warna kulit berbeza, kita bersengketa. Kerana bahasa berbeza, kita bersengketa. Kerana agama atau mazhab berbeza, kita bersengketa. Kerana fahaman politik berbeza, kita bersengketa. Hatta, kerana makanan berbeza pun kita bersengketa. Perkara pelik tapi benar! Fenomena ini berlaku di seluruh dunia. Sudahnya kita mudah di ’pecah dan perintah’ (devide and rule) oleh pihak yang berkepentingan jahat.

Seharusnya kita perlu lebih fokus kepada persamaan yang ada antara kita. Bukankah sebagai manusia, kita punya banyak persamaan? Semua kita ada perasaan kasih kepada ibu-bapa. Semua kita amat prihatin dengan anak-anak kita. Semua kita punya saat gembira dan sedih. Semua kita punya masalah yang perlu kita selesaikan. Semua kita punya perasaan mahu dikasihi dan mengasihani. Semua kita mempunyai suara hati agar dunia ini aman. Bukankah itu persamaan? Apa kata, mulai saat ini, kita mulakan melihat keadaan sekeliling kita dengan menggunakan lensa baru ini? Semuanya pilihan kita!
.
Moga kita semua terutama diri yang menulis ini mampu memahami hakikat-hakikat di atas dan mengambil tindakan yang sewajarnya agar hidup kita dimukabumi ini terus sejahtera-bahagia-kaya.



Maka atas kesedaran ini, PPB3K telah diusahakan agar mudah bagi semua manusia mencapai maksud di atas. PPB3K relevan dalam semua sudut kehidupan manusia. Tuan-Puan, cubalah PPB3K ....!

2 comments:

  1. Salam Mior,

    Kupasan yang baik sekali, namun tahukah Mior bahawa kehancuran dunia ini sebenarnya dilakukan oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Apa-apa pun kita perlu berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Oh yes. Memang benar. Namun jika puan benar-benar menghayati kata kata dalam artikel ini, tersurat dan tersirat your concern itu.

    Salam

    ReplyDelete