.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, November 11, 2009

ADB di Sudara Beach Resort, Kelantan

.
Minggu lepas, aku berkesempatan mengendalikan program Anda Dilahirkan Berjaya (ADB) untuk sekumpulan anggota kerja Pejabat Senggaraan Aset Kota Bharu, Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad.
.

Mereka menjemput aku kerana mereka berhasrat menjadi pejabat terbaik dalam Pengurusan Aset bagi Bahagian Penghantaran. Sepanjang perjalanan aku dalam penerbangan kesana, aku asyik memikirkan bagaimanakah caranya pendekatan aku agar ADB ini boleh dikaitkan dengan hasrat mereka.
.

Fikir punya fikir, aku dapat satu idea. Apa kata aku jadikan maksud utama program ini nanti ialah untuk mencapai kecemerlangan, setiap dari mereka perlu mengenalpasti matlamat yang mereka sendiri mahu capai di tempat kerja namun matlamat tersebut perlu sejajar dengan kehendak organisasi dimana mereka bekerja. Bila sudah jelas matlamat, baru mudah capai kecemerlangan. Mmmm .. not a bad ideakan.
.

Bila sampai saja di Sudara Resort, Bachok, Kelantan, tempat berlangsungnya program ADB ini, aku bingkas memperkemaskan ADB agar ianya sejajar dengan mengapa mereka berkumpul disini.
.

Sepanjang program ini berjalan, aku dapat rasakan perubahan perasaan di kalangan mereka terutamanya bila aku menceritakan apa itu ’intipati masa’. Semasa ’break’ , aku menjadi sedikit sebak bila ada seorang di kalangan mereka menyatakan beliau sebatang kara di dunia ini. Dia mengalirkan air mata kerana cerita intipati masa ini amat mengesankan dirinya.
.

Kemudian bilamana aku menceritakan konsep ’stick person’ itu pula, aku lihat beberapa ’hardcore’ di kalangan mereka mula membuka mata. Aku katakan bahawa jika kita tidak punya gambaran diri kita, bagaimana kita boleh mengoptima penggunaan diri kita ini. Ada di kalangan mereka yang aku lihat macam tidak senang duduk bila berdepan dengan kenyataan ini. Mereka seakan mahu menyangkal kenyataan ini namun tidak berupaya kerana apa yang diutarakan ini memang masuk akal!
.

Selepas itu, aku ’bombart’ mereka dengan kenyataan untuk mencapai kecemerlangan, setiap dari mereka perlu mengenalpasti matlamat yang mereka sendiri mahu capai di tempat kerja namun matlamat tersebut perlu sejajar dengan kehendak organisasi dimana mereka bekerja. Aku ulangi kenyataan ini lagi dan lagi. Baik dalam bicara aku, dalam lagu yang aku mainkan maupun dalam latihan yang aku adakan agar terkesan kepada fikiran, perasaan, suara hati dan tindakan mereka.

Apa kata mereka mengenai ADB?

ADB dapat tingkatkan produktiviti saya kerana telah memberi gambaran yang jelas mengenai apa itu matlamat.
.

ADB perlu diberi kepada semua pekerja terutama yang menghadapi masalah dalam pekerjaan.

ADB menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami dan mempunyai kandungan yang cukup menarik.
.

ADB telah memberi kesedaran yang mungkin kita tidak nampak sebelum ini.

Saya lebih berkeyakinan dan mempunyai matlamat dalam tugas seharian dan kehidupan saya.
.

ADB perlu diketahui oleh orang lain kerana ia amat sesuai untuk semua golongan masyarakat dalam usaha untuk berjaya.


Dalam perjalanan pulang menuju ke ’airport’, aku sempat membaca maklumbalas mereka berdasarkan kepada borang soal selidik yang aku minta mereka isikan sebelum tamat ADB ini. Aku senyum sendirian. Tujuan aku tercapai! Sebahagian besar dari mereka menyatakan mereka mendapat pandangan baru apa ertinya matlamat.
.

Kemudiannya, aku termenung sejenak. Aku sedar, apa yang mereka perolehi dari ADB ini tidak kemana jika mereka tidak amal apa yang mereka sudah ketahui. Aku terkenang seketika bagaimana dalam program ini, aku telah ’drill’ mereka hingga hampir serak suara mereka sepanjang program ADB ini agar melaungkan secara berulang kali slogan ... ”Pilihan Di Tangan Saya!”.
.

Semasa kapal terbang mula meluncur laju terbang meninggalkan Kota Bharu malam itu, sempat aku memandang ke luar tingkap memerhatikan Kota Bharu yang mula berhadapan dengan musim tengkujuh itu. Hati kecilku mendoakan agar mereka semua mencapai hasrat yang diingini itu. Terima kasih Pejabat Senggaraan Aset Kota Bharu, bagi pengalaman ini.

4 comments:

  1. Salam Mior,

    Tahniah untuk Mior. Semoga terus succes..InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Mina. Moga Tuhan bless kita semua. Salam

    ReplyDelete
  3. Syabas En. Mior...moga terus sukses bersama2 mereka yg memerlukan..chaiyok2!!!

    ReplyDelete
  4. Thank You Suraiza, Chaiyok!!!!!! :)

    ReplyDelete