.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, November 22, 2009

Komentar PPB3K

.
Saya tertarik dengan komentar beberapa sahabat yang menyatakan bahawa;
.
1) Program saya membicarakan soal yang biasa iaitu Kesedaran Diri, Kerja Berpasukan dan Kepimpinan tetapi mengapa ianya dipersembahkan dalam bentuk yang merumitkan seperti mewujudkan konsep PPB3K?

2) Masyarakat tidak suka kepada perkara yang berat-berat kerana masyarakat tidak gemar berfikir.

3) Bolehkah ianya diperkenalkan dalam bahasa yang lebih mudah?
.
Apapun, terlebih dahulu saya perlu berterimakasih kepada mereka kerana hasil pandangan mereka itu memberi kesempatan untuk merenung semula apa yang mahu saya bawa dalam PPB3K ini. Disini saya mahu ambil kesempatan memperjelaskan persoalan ini.
.
(Soalan 1) Bila bercakap mengenai soal Kesedaran Diri, Kerja Berpasukan dan Kepimpinan (3K), kebiasaannya kita bercakap mengenai soal ini secara berasingan. Contohnya, bila orang bercakap pasal Kesedaran Diri, kita jarang memperkaitkan soal Kerja Berpasukan dan Kepimpinan dengan Kesedaran Diri.

Namun, falsafah utama PPB3K menganjurkan agar untuk seseorang individu atau organisasi itu berjaya, ketiga-tiga K ini perlu diambil tindakan secara bersepadu. Itu uniknya mengenai pendekatan PPB3K ini sebab ramai yang tidak menyedari hakikat ini. Bagi mempromosi falsafah ini, saya terpaksa mewujudkan satu istilah baru. Maka lahirlah istilah PPB3K.

Harapan saya, bila seseorang itu terserempak dengan istilah PPB3K, akan wujud tanda tanya dalam dirinya untuk mengetahui tentang apa itu PPB3K. Maka ini sudah pasti memberi ruang pada saya memperjelaskan falsafah PPB3K itu sendiri.
.
(Soalan 2) Mengenai tanggapan bahawa masyarakat tidak suka berfikir, saya suka membangkitkan kata seorang pakar; ‘Jika ingin melihat kemajuan sebuah negara, lihatlah bagaimana cara berfikir warganya’. Apakah pula takrif berfikir?. Berfikir dalam bahasa paling mudah ialah sejauh mana kita menggunakan fikiran kita untuk meningkatkan kehidupan kita.

Dari idea-idea di atas jelas sangat kepada kita bahawa untuk memajukan diri dan organisasi, ianya perlu bermula dengan berfikir. Tanpa berfikir, tunggukan saat kehancuran masing-masing. Ini merupakan cabaran kepada kita semua. Namun melalui PPB3K telah disediakan satu pelan tindak bagi menangani isu-isu yang disebutkan di atas. PPB3K merupakan satu resepi hasil penyelidikan dan kajian lebih kurang 20 tahun lamanya. Satu tempoh yang saya jangka cukup untuk membuktikan keunggulan falsafah PPB3K itu sendiri.
.
(Soalan 3) Mengenai gaya bahasa yang digunakan bagi memperkenalkan PPB3K, saya merasakan idea-idea dalam PPB3K ini sebenarnya mudah. Ini diakui sendiri oleh mereka yang pernah menghadiri PPB3K. Saya syorkan agar mereka yang merasakan menusahkan agar hadir salah satu modul dalam PPB3K dan saksikan sendiri samada PPB3K itu payah atau sebaliknya.

PPB3K dituju khas kepada mereka yang mahu berfikir dan mahu melakukan perubahan. Tak guna bercakap pasal perubahan jika kita mahu melupakan soal berfikir. Memang PPB3K sesuai untuk semua tetapi ianya lebih bermakna kepada mereka yang sanggup ’challenge’ diri dalam mencapai hajat masing-masing. Fikirkan ...
.
Akhir kata, PPB3K sebenarnya mudah. Namun kita perlukan masa dan kesabaran dalam memahami dan mengamal konsep PPB3K. Bukankah faktor masa dan kesabaran diperlukan dalam hidup ini dalam apa juga yang kita lakukan? Pengalaman menunjukkan bilamana kita sentiasa terburu-buru dan tidak sabar, tak mungkin kita memperolehi kejayaan yang seimbang dan berpanjangan. Apa kata tuan puan melabur dalam PPB3K? Tak kenal maka tak cinta. Bila tiada cinta, hidup akan hilang ummmmp!

Namun, saya mahu mendengar pandangan tuan puan. Silakan ...

No comments:

Post a Comment