.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, November 25, 2009

Nilai Diri

.
Sedang aku, menanti penerbangan ke JB dari KLIA beberapa hari yang lepas, aku teringat pada beberapa hari sebelum itu, akan perbincangan melalui ‘skype’ dengan seorang rakan baik aku yang kini sedang bertugas di Aidelaide, Australia. Seronok aku bertukar fikiran dan idea dengan beliau.
.

Perbincangan kami pada petang itu berkisar mengenai bagaimana mahu mewujudkan ‘excellence’ di tempat kerja. Beliau menegaskan bahawa jika dibandingkan antara syarikat di Australia dan Malaysia, syarikat di Malaysia ini tidak ada kurangnya berbanding dengan syarikat di Australia. Apa yang mereka ada, kita pun ada. Namun rakan baik aku ini telah menggariskan beberapa nilai yang diamalkan oleh syarikat di Australia yang jarang ada dalam syarikat di Malaysia. Bagi beliau inilah perbezaan ketara antara mereka dan kita yang menyebabkan mereka capai ‘excellence’ dan tidak kita.

Perbezaan yang dimaksudkan oleh beliau itu terkandung dalam amalan 5 nilai utama yang diamal oleh mereka di sana.
.

1. Dailog dua hala bagi membincang sebarang masalah dan cabaran.

2. Saksama dalam pembahagian kerja. Penekanan juga dibuat terhadap meningkatkan kompetensi anggota kerja tanpa pengecualian. (Latihan yang tepat pada keperluan dan masa). Hasilnya, setiap anggota kerja menjadi mahir dan tidak wujud ‘deadwood’.

3. Kepercayaan (Trust). Antara cara mereka untuk menghapuskan ketidakpercayaan (distrust) di sana ialah dengan tidak melaksanakan system ‘punch card’. Mengapa ‘punch card’ diwujudkan?. Punch card diwujudkan (kalau kita benar-benar ikhlas) adalah berlandaskan ketidakpercayaan! Fikirkan …

4. Bertanggungjawab dan menyelesaikan kerja tanpa dipaksa.

5. Disiplin diri.

Jika direnung ke lima-lima nilai ini, aku merasakan jika syarikat benar-benar mengamalkan tiga nilai yang pertama, dengan sendirinya nilai 4 dan 5 akan wujud tanpa dipaksa.
.

Itulah perbezaan mereka dan kita. Kita tahu semua nilai ini bagus tapi kita tak amal. Mereka tahu nilai-nilai ini bagus tapi mereka amal. Bunyi bezanya kecil tapi hasil antara dua pandangan ini amat jauh bezanya! Fikirkan ...

Maka tak hairanlah mengapa satu masa dulu ada seorang pemimpin tertinggi negara ini mengatakan kita punya infrastruktur negara maju tapi mengamalkan mentaliti negara dunia ketiga.
.

Bila aku kaji semula fenomena di atas, aku terfikir patutlah negara maju macam selalu pandang serong terhadap kita dan bukanlah semata-mata mereka punya niat serong terhadap kita.

Apa pun, sudahnya pilihan di tangan kita. Kalau kita rasa susah untuk berubah, maka susahlah jadinya. Tapi jika kita rasa serius dan perlu berubah, maka berubahlah kita.
.

Apa pun, rakan aku itu sempat menyatakan bahawa, “Mior, your idea in PPB3K has been practiced by people over here. I found it so easy and the result is simply excellence!”. Terkedu aku sebentar, benarlah sangkaan aku selama ini, PPB3K itu mudah dan praktikal. Terima kasih Razib.

2 comments:

  1. Sdr Meor, very well written summary. I didn't realize I have said all that but you captured them well. We just have to optimize what material and super infrastructure we have around us. Just do it diligently. Have a bit of imagination on where our success will be. Try that ! Salam Razib

    ReplyDelete
  2. Salam Sdr Razib, Yeah you right. Diligent is the password. Thanks for the input. Salam

    ReplyDelete