.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, November 29, 2009

Sessi Pembinaan Pelan Bisnes & Operasi

.
Selasa lepas, aku sempat memfasilitatorkan satu sessi pembentukan Pelan Bisnes dan Operasi untuk Pejabat Senggaraan Aset, Johor Bharu, salah satu Unit Bisnes dalam Bahagian Penghantaran, Tenaga Nasional Berhad. Unit Bisnes ini bertanggungjawab untuk mempastikan bekalan elektrik pada peringkat 132kV dan ke atas dapat dibekalkan secara selamat, terjamin dan berdayaharap kepada seluruh negeri Johor.
.

Selama ini, aku lihat, bila sebut sahaja pasal pembinaan Pelan Bisnes dan Operasi, pasti ramai merasa subjek ini membosankan. Benarkah begitu? Jadi itulah sebenarnya cabaran aku. Aku mahu jadikan sessi sebegini satu sessi yang 'fun' dan bermakna bagi mereka yang terlibat.


Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang wujud dalam program Pimpinan Berjaya Part 2, aku sebenarnya mula merangka bagaimanakah ‘approach’ aku agar subjek ini boleh mewujudkan penerimaan yang positif dan sudahnya mereka semua mahu terlibat secara aktif dalam pembinaan Pelan Bisnes dan Operasi dan seterusnya menyokong perlaksanaannya.


Dalam ‘approach’ aku ini, aku telah menetapkan untuk menggunakan Rangka Kerja Malcolm Baldridge yang telah aku lakukan sedikit ubah suai sebagai model pembentukan Pelan Bisnes dan Operasi mereka. Aku katakan kepada mereka bahawa Rangka Kerja Malcolm Baldridge ini perlu dijadikan sebagai strategi mereka mentadbir Unit Bisnes mereka. Aku nampak mereka seolah-olah macam orang buta baru celik bila aku menghuraikan konsep ini. Aku ‘provoke’ mereka dengan menyoal mereka samada mereka mahu mempunyai kompetensi mentadibir ini. ‘Of course’ mereka mahu!


Bermula dari situ, aku nampak sangat penerimaan mereka. Aku puas. Jadi bila aku hubungkan Rangka Kerja Malcolm Baldridge ini dengan konsep Strategy Map dan Balanced Scorecard (BSC) sebagai kaedah untuk melaksana strategi mereka, kerja aku sudah jadi mudah. (Gabungan Strategy Map dan BSC membentuk Pelan Bisnes). Mereka dengan cepat boleh memahami. Kerana apa? Sebab mereka sudah cukup memahami teori asas. Jadi bila asasnya sudah jelas, mereka mudah menangani sebarang persoalan dihadapan mereka.


Selepas membentuk Pelan Bisnes, aku meminta mereka agar memindahkan semua inisiaitf dalam BSC yang mampu mereka laksana pada tahun kewangan ini ke dalam Initiative Tracker agar setiap inisiatif ini dapat dipantau dengan terperinci. (Initiative Tracker membentuk Pelan Operasi).


Manakala setiap perlaksanaan setiap inisiatif di dalam Initiative Tracker ini pula perlu diagihkan kepada setiap anggota kerja mereka. Agihan kerja ini membentuk Key Performance Indicators (KPI) masing-masing.


Bagi membantu setiap anggota kerja meningkatkan kompetensi melaksanakan KPI masing-masing pula, latihan yang sesuai dan sejajar dengan kompetensi itu perlu diberi. Sudahnya, latihan-latihan yang dikenalpasti itu perlu diikuti oleh anggota kerja itu pada tahun kewangan tersebut.

Bunyinya senangkan? Memang senang! Ini diakui oleh mereka yang menghadiri sessi ini.

Mereka kata …

“Tak sangka yer …. mudah jer rupanya, ingatkan payah.. Jika En Mior tak jelaskan macam mana membina kedua-dua Pelan ini, kami pasti kami masih lagi samar-samar”.

Aku terima sms ini dari En Zulkifli Yusuf, Pengurus Wilayah, Pejabat Senggaraan Aset, Johor Bharu ...

TQ Mior. A very open and effective session with the engineers and executives. The attendees all agree that the two day Business Plan and Annual Operating Plan retreat is very relevant and recommended for all other regions/branches.

Puas hati aku.


Akhir kata, selepas ini, aku yakin pasukan pengurusan unit bisnes ini sudah mampu melaksanakan ‘review’ ke atas pelan-pelan mereka ini secara mudah, fokus dan praktikal. Bila ini dilakukan secara sistematik dan berterusan, pasti ianya membawa mereka hampir kepada matlamat yang mahu mereka capai. Balik dari sessi itu, aku belanja diri aku buffet di Hotel Puteri Pan Pac. Malam tu, aku tidur like a baby.

No comments:

Post a Comment