.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Sunday, November 29, 2009

Video - Jadilah Dirimu Sendiri Yang Terbaik.

.
Hari ini genap usia aku 46 tahun. Aku hadiahkan video ini untuk diriku dan anda yang mahu mengambil iktibar darinya ...


.

Usia 46 tahun bukan satu usia yang singkat. Telah banyak pengalaman manis dan pahit aku lalui. Ada ketikanya aku merasakan aku terperangkap dalam satu jasad yang semakin dimamah usia. Bukan bermakna aku mahu berlagak muda, tetapi itulah yang aku rasakan sebenarnya. Namun, apa pun, aku tetap rasa syukur kepada Tuhanku ke atas segala nikmat yang aku terima selama ini.

Aku makin merasakan masa-masa yang masih ada pada aku ini makin bernilai harganya. Atas itu ...

Ya Tuhanku, mohon berkati masa-masa yang aku masih ada ini agar aku dapat capai segala misi dan visi aku yang masih belum aku capai ini.

Ya Tuhanku, mohon kurniakan kepada diriku, keluargaku, sahabatku dan semua manusia di atas muka bumi ini sejahtera-bahgia-kaya.

5 comments:

  1. Salam,
    Satu info yang sangat menarik. Selamat harilahir ke 46 tahun. Semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin

    ReplyDelete
  2. Salam. Tq for all the greetings. Untuk Ayah Zain & Anonymous, mohon kita dapat bernetworking untuk faedah bersama.

    Menarik blog Ayah Zain. Tahniah!

    Salam

    ReplyDelete
  3. HAPPY BIRTHDAY!!

    Insyaallah apa yang anda usahakan selam ini akan mendapat keberkatan dariNYA...
    Amin.

    ReplyDelete
  4. Amin. Tq for the wish. Salam

    ReplyDelete