.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, December 29, 2009

ADB Untuk Pelajar UNITEN Tajaan YTN

.
Aku sebenarnya teringin sangat untuk mengetengahkan modul ‘Anda Dilahirkan Berjaya’ (ADB) kepada pelajar-pelajar di universiti dan kolej tempatan. Aku yakin, ADB dapat memberi impak yang cukup besar kepada pelajar-pelajar terutamanya dalam membantu merangka hidup mereka. Dari kajian yang aku lakukan sebelum ini, memang apa yang telah sedia ada dalam ADB ini amat diperlukan mereka. Namun, peluang saja yang belum terbuka.
.

Itulah bila Yayasan Tenaga Nasional (YTN) meminta aku berkongsi idea ADB ini dengan sekumpulan pelajar UNITEN yang ditaja oleh mereka, aku cepat-cepat menerimanya. Masa yang diberi kepada aku hanya 2 hari 1 malam sahaja. Walaupun masa ini agak singkat berbanding dengan masa yang aku perlukan (3 hari), namun aku akan cuba beri yang terbaik.
.

Nak jadi cerita, sehari sebelum ADB dilangsungkan, aku demam. Suara aku hilang dan aku rasa badan aku menggeletar. Malam sebelum program ini aku ’hardly’ tidur. Namun, semasa perjalanan menuju ke ILSAS (tempat berlangsungnya ADB), aku terus katakan pada diri aku yang aku mahu ’have fun’.
.

Aku ulang sekali lagi kenyataan ini kepada Azman (Pengarah YTN), kawan baik aku itu bahawa aku mahu ’have fun’. Bila Azman menyatakan dalam ucapan pembukaannya bahawa dia yakin ADB ’is the program’ untuk bantu para pelajar tersebut, aku hanya tersenyum sahaja. Dalam diam-diam, aku terus ingatkan diri aku bahawa aku disini ialah untuk ’have fun’!
.

Bila saja aku memulakan program ADB, aku tak toleh kebelakang lagi. Aku rasa sungguh seronok. Sakit aku perlahan-lahan berkurangan. Many thanks to God! Betullah kata Ajid (Pengurus Kanan YTN), kawan baik aku yang seorang lagi tu ... Li is so passionate of his PPB3K. Nothing can beat him when he is delivering the program! Memang aku passionate dengan PPB3K!
.

Sudahnya, apa kata pelajar-pelajar UNITEN tersebut mengenai ADB? Berikut ialah antara ‘feedback’ yang aku terima …
.

ADB membantu mengenal bagaimana manusia berfungsi dan bertindak!
.

Penyampaian oleh En Mior jelas, menarik dan mudah difahami.
.

Informasi dalam ADB sangat menarik dan perlu didedahkan dan dikongsi kepada semua.
.

Saya berasa sangat bertuah kerana dapat menghadirkan diri ke program ADB ini. Saya berharap En Mior dapat meneruskan lagi program ini untuk membantu lagi pelajar-pelajar yang tidak berkesempatan untuk kali ini.
.

ADB is straight to the point!
.

I learn to know ‘who am I’.
.

Great and awesome program!
.

Saya dapat tahu cara baru untuk meningkatkan kualiti hidup kea rah yang lebih baik.
.

Program ADB perlu didedahkan kepada semua orang sebenarnya kerana ramai yang tak tahu lagi pasal program ini.
.

ADB amat bagus!
.

Bila dah kenal diri, semua boleh buat!
.

Ucapan tahniah kerana telah berjaya membantu saya membuat pilihan apa yang saya mahu serta matlamat yang lebih jelas.
.

Program ADB perlu diketahui oleh orang lain kerana ia berbeza.
.

Idea-idea yang sangat menarik. Perlu diketahui oleh semua untuk mencapai matlamat dengan lebih efektif.
.

Minda saya lebih terbuka luas setelah memahami kaedah ’stick person’!
.

Perlu melibatkan semua pelajar tajaan YTN dan pelajar-pelajar lain.
.

Ringkas dan disertakan dengan contoh-contoh yang menarik!
.

ADB menyedarkan keupayaan sebenar diri saya.
.

ADB membimbing saya membina matlamat saya dengan langkah-langkah yang bersistematik!
.

Penerangan ADB sistematik dan praktikal untuk kehidupan.
.

Setiap topik yang dibincangkan dikaitkan dengan perkara yang boleh diterima oleh remaja.
.

Sepatutnya ADB dijadikan sebagai salah satu subjek dalam pengajian kami di UNITEN!
.


Aku puas? Puas sangat walau di akhir program ADB ini aku terasa mahu tumbang kerana demam. Sudahnya hajat aku untuk ’having fun’ semasa melaksana program ADB ini tercapai. Syukur sangat kepada Tuhan. Jauh disudut hati, aku sudah bersedia untuk pasarkan ADB kepada pelajar-pelajar di universiti dan kolej tempatan. Aku sudah bertemu dengan formulanya.
.

Terima kasih kepada YTN dan pelajar-pelajar UNITEN tersebut. Aku harap YTN akan terus sudi memberi aku peluang untuk berkongsi idea ADB ini dengan pelajar tajaan mereka.
.

Kepada pihak kolej dan universiti yang terbaca mengenai artikel ini, saya harap tuan puan sudi mencuba ADB untuk pelajar-pelajar tuan puan. Harganya kita boleh runding. Saya ’more than happy to serve’ tuan puan semua!!!
.


Kepada para pelajar UNITEN yang menghadiri ADB tempohari, saya amat berharap anda semua sudah bermula dengan susulan ADB seperti yang saya terangkan dalam seminar tempohari. Hubungi saya jika wujud sebarang persoalan.
.


Mari kita sama-sama jadikan semua pelajar dalam kelas ’YTN-ADB-2009’ ini sebagai kumpulan yang mampu mencapai kecemerlangan.
.

Be Passionate!!!

No comments:

Post a Comment