.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Friday, December 25, 2009

Kuasa 'Minta'

.
Sejak beberapa hari ini, semenjak aku sebok kemaskini satu topik dalam ‘Kreativiti Untuk Berjaya’ mengenai apa itu kuasa bertanya, terjadi beberapa insiden yang menyentuh mengenai isu ‘minta’. Aku tak tahu mengapa ini berlaku tapi aku rasa ini ada hubungan dengan perlaksanaan Hukum Getaran dan Tarikan (Law of Vibration & Attraction).
.


Semenjak 2-3 minggu kebelakangan ini, aku sering bertemu dengan persoalan-persoalan berikut;

Adakah aku perlu ’minta’ apa yang aku mahu?

Adakah aku perlu segan untuk ’minta’?

Adakah aku perlu terus ’minta’ bagi perkara yang belum aku dapat?

Adakah aku mesti ’minta’ harga yang aku rasa berbaloi daripada pelanggan aku?

Adakah aku harus terus ’minta’ dari mereka yang berhutang dengan aku?

Adakah perlu aku punya persepsi baru tentang apa itu ’minta’?

Adakah aku perlu strategi baru dalam ’minta’?

Apa kuasa ’minta’?
.
Bila sebut pasal ’minta’ ini, sedar tak sedar aku lihat siapa yang sedar untuk ’minta’ selalunya akan lebih berjaya. Sebagai contoh, dulu semasa aku menjadi seorang pengurus projek, aku lihat ramai di kalangan kontraktor berjaya yang tak habis-habis ’minta’ itu dan ini. Naik rimas aku. Pernah terlintas dalam benak aku, ”Eh, mereka ini tak kenal erti malu ker .... asyik mintak saja”. Tapi bila aku lihat semula, inilah salah satu faktor yang membezakan yang berjaya dan gagal. Fikirkan ...

.
Secara peribadi, aku lihat diri aku dan mungkin ramai di kalangan kita yang susah sangat nak ’minta’. Walhal ramai yang menunggu untuk diminta.

Seorang ketua sentiasa menunggu anak buahnya ’minta’ bantuan beliau.

Seorang sahabat sentiasa menunggu sahabatnya yang lain ’minta’ bantuan beliau.

Seorang guru sentiasa menunggu muridnya ’minta’ bantuan ajar beliau.

Seorang isteri/suami sentiasa menunggu pasangannya ’minta’ bantuan beliau.

Seorang ibu/bapa sentiasa menunggu anak-anaknya ’minta’ bantuan beliau.

Jentera Kerajaan sentiasa tunggu kita ’minta’ bantuan mereka.

Tuhan Maha Pemurah suka hambaNya ’minta’ dariNya.

Kenapa kita susah sangat ’minta’? Dalam banyak hal, kita susah untuk ’minta’ kerana kita selalu menghubungkaitkan ’minta’ dengan maruah kita. Bila sebut pasal ’minta’, kita rasa ’muka tebal’ sahaja yang ’minta’. Persepsi ini perlu diubah. Selain berusaha sekuat mungkin untuk capai matlamat, kita perlu guna kuasa ’minta’ ini untuk memudahkan mencapai matlamat kita itu. Kita ’minta’ bukan sebab nak jatuhkan maruah kita tetapi kita sedar ianya dilakukan untuk bawa kita hampir matlamat kita. Fikirkan ...

.
Jika kita tidak ’minta’, pasti kita tidak akan mendapatkannya. Jangan terus mengandai jawapan kepada apa yang anda ’minta’ sebagai ‘TIDAK’. Andaian adalah musuh kejayaan. Minta yang mustahil! Lagi mustahil sesuatu perkara yang anda ‘minta’ itu, lagi kurang orang yang meminta mengenainya. Jadi peluang anda untuk dapat apa yang anda ’minta’ itu sebenarnya makin besar!

.
Akhir kata, jika anda rasa PPB3K ini bagus untuk anda, apa kata anda ’minta’ dari ketua anda agar anjurkan setiap modul PPB3K dalam organisasi di mana anda bertugas. Ini salah satu cara untuk uji kebolehan anda untuk ’minta’!!!

2 comments:

  1. najwa hanim ADB 09/10December 27, 2009 at 8:59 AM

    sy bersetuju dgn tajuk post kali ni, minta. ibu sy salu berpesan, selalulah minta bantuan jika ada masalah dlm hidup. proses minta ini salalunya di kaitkan dgn meminta bntuan drpd Allah yg Maha Berkuasa, malahan, terdapat dlm Al-Quran : (ud'uni, astajib lakum). firmanNya : berdoalah kepadaku nescaya akn ku perkenankan. berdoa juga adalah satu cara utk meminta. begitulah hebatnya kuasa minta ini sebenarnya..itu sedikit sbyk pendapat sy mengenai kuasa MINTA ini.

    ReplyDelete
  2. Salam Najwa,

    Yer saya setuju betul kata ibu Najwa tu. Moga Najwa, ibu Najwa & ahli keluarga yg lain sentiasa diberkati Tuhan. Harapnya ADB itu hari dapat bawa satu cara fikir baru dlm hidup.

    Salam Mior

    ReplyDelete