.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Wednesday, December 9, 2009

Siapa itu Manusia? - Part 1 of 2

.
Manusia adalah makhluk yang paling istimewa yang dijadikan oleh Tuhan dengan mempunyai akal fikiran, emosi, rohani dan jasmani (tubuh fizikal). Manusia pertama yang dijadikan oleh Tuhan ialah Adam a.s.

Manusia merupakan keturunan Adam a.s. yang berasal dari tanah, sari tanah, dari lumpur hitam dan tanah liat, kemudian barulah ditiupkan roh padanya. Kejadian manusia itu sendiri berasal daripada pancutan setitik air mani , setelah itu menjadi segumpal darah, lalu bertukar menjadi segumpal daging.
.

Seterusnya, membentuk tulang -belulang yang dibaluti daging dan berurat saraf yang dibungkusi kulit. Kemudian lengkaplah segala anggota badan dan ditiupkan roh ke dalam tubuhnya. Bukan itu sahaja, manusia juga dianugerah kekuatan akal fikiran dan emosi/perasaan. Akhirnya lahirlah ia sebagai seorang manusia yang sempurna.

Mari kita ziarahi empat unsur utama yang ada pada setiap manusia.

Unsur 1: Jasmani

Kejadian seseorang manusia adalah amat bergantung kepada gabungan darah diantara kedua-dua ibu bapanya. Sekiranya baik maka baiklah manusia yang bakal dilahirkan itu.

Dijadikan kepala seorang manusia berbentuk bulat. Di bahagian kepala itu ditebuk beberapa lubang yang dinamakan mata,telinga, hidung dan mulut. Kesemua kejadian tersebut mempunyai peranan dan keistimewaan masing-masing.
.
Rambut di kepala secara tidak langsung akan mengindahkan lagi paras wajah seseorang manusia itu. Kemudian lihatlah kepada mulut dan lidah, termasuklah dua ulas bibir yang terletak di bahagian mulut yang merupakan pintu untuk mentadbirkan apa yang terlintas di dalam hati kecil dan ketika lidah itu membalik-balikkan makanan untuk dikunyah oleh gigi-gigi geraham dan dijadikan juga gigi-gigi untuk memberikan manfaat dan mengindahkan paras rupa. Oleh itu jagalah keputihan gigi anda selalu supaya ia bersesuaian dengan warna merah yang berada di sekelilingnya.

Tuhan ketika menjadikan Adam a.s. dan isterinya Hawa a.s., maka dijadikan bunyi suara di antara keduanya berlainan, suara Adam a.s. dijadikan garau dan lantang sedangkan suara Hawa a.s. pula halus dan sering. Begitulah seterusnya manusia itu berbeza bunyi dan rentak suaranya antara seorang dengan yang lain meskipun mereka itu terdiri dari saudara-saudara kandung yang seibu sebapa, ini disebabkan bentuk dan sifat anak tekak adalah berbeza antara seseorang.
.
Kemudian perhatikan pula kejadian dua tangan yang kegunaannya untuk memegang sesuatu benda dan juga untuk mempertahankan diri daripada sesuatu bahaya yang mengancam. Di bahagian bawah tubuh manusia pula terdapat sepasang kaki dan sepasang betis yang dijulurkan dari pangkal peha di mana dua batang kaki yang dijadikan Tuhan itu memainkan peranan yang penting sekali bagi seseorang manusia. Dengan menggunakan dua batang kaki itulah manusia berusaha dan bekerja meneroka ke seluruh pelusuk alam sejagat ini untuk mencari rezeki bagi menampung sara hidup yang mereka perlukan pada setiap hari.

Akhir sekali, perhatikanlah bagaimana Tuhan telah menjadikan organ-organ kecil yang terdapat pada tubuh seseorang manusia itu sendiri. Kesemua kejadian yang amat ajaib ini adalah berpunca dari setitik air mani yang sangat hina yang kemudiannya diproses menjadi segumpal darah beku, kemudian bertukar menjadi seketul daging dan tulang-tulang yang berselerak di dalam tubuh manusia. Kemudian tulang-tulang itu lalu dibalut pula dengan daging-daging yang akhirnya menjadi sebuah lembaga manusia yang bersifat lengkap dan sempurna merupakan sebatang tubuh yang kuat dan gagah.
.
Kejadian manusia ini ada dinyatakan sebagaimana Firman Tuhan dalam Al Quran;

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. - (Surah al-Mu’minun : 12-14)
.

Manusia yang berilmu ada menyatakan bahawa unsur jasmani adalah sebagai kenderaan atau alat bagi unsur rohani untuk mencapai tujuannya.

(Bersambung ...)

No comments:

Post a Comment