.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, January 5, 2010

Khidmat Pelanggan

.
Semua orang faham bahawa khidmat pelanggan merupakan perkara yang amat penting bagi bisnes yang kita jalankan. Biasa kita dengar, kita tidak wujud jika bukan kerana pelanggan kita. Tetapi soalnya, adakah kita benar-benar menghayati kenyataan ini?
.

Saya terbaca satu kenyataan mengenai khidmat pelanggan yang berbunyi, ‘Business is all about connecting to people’. Terima kasih kepada Tuhan kerana baru-baru ini saya telah mengalami satu pengalaman yang benar-benar mengajar makna ‘Business is all about connecting to people’ ini. Ceritanya berbunyi begini …

Satu petang Ahad, sedang saya dan famili saya dalam perjalanan dari Sg Buloh (kami ada satu condo disana) ke rumah kami di Shah Alam, selepas menghabiskan hujung minggu di condo tersebut, kereta yang kami naiki mengeluarkan bunyi yang agak pelik. Saya lihat suhu enjin kereta itu naik dengan mendadak.
.
Mujurlah pada ketika itu, kami sudah hampir sampai ke satu setesen minyak dipinggir Subang Jaya. Memang benar, ada sedikit masalah dengan enjin kereta tersebut kerana saya lihat enjinnya sedikit berasap. Sedang saya asyik memeriksa enjin kereta itu, 2-3 orang atendan setesen minyak itu yang saya yakin warganegara Indonesia datang cuba membantu. Masing-masing nampak begitu prihatin dan cuba membantu apa yang boleh. Terdetik dalam hati saya, ada juga orang yang mahu datang membantu saya di saat itu. Walaupun saya sedikit serabut namun kehadiran atendan-atendan ini membantu menenangkan perasaan saya.

Entah dari mana datangnya, saya di sapa oleh seorang India. Dia menaiki motosikal dan jelas dari perawakan dan beg yang berada dalam bekas di depannya, beliau merupakan seorang mekanik. Saya berasa lega bercampur perasaan sedikit gusar melihat kehadirannya. Lega sebab ada seseorang yang akan dapat membantu membaiki enjin kereta ini. Gusar kerana yakin mekanik ini akan meletak harga yang bakal ‘mencekik’ saya.
.
Dipendekkan cerita, mekanik berbangsa India itu mulai memeriksa enjin kereta. Saya tertarik dengan tingkah laku beliau yang cukup bersopan. Nampak sangat beliau begitu ikhlas memberi khidmatnya. Beliau memberitahu saya namanya Thambi. Beliau telah bekerja menjadi mekanik lebih dari 15 tahun iaitu selepas beliau tamat sekolah. Beliau begitu beriya-iya memberi tahu saya dimana kerosakan yang berlaku. Beliau seterusnya telah memberitahu saya apa yang beliau akan lakukan untuk membaiki kerosakan enjin kereta tersebut.

Bukan itu sahaja, selepas membaiki kerosakan tersebut, beliau menegaskan yang beliau akan mengekori saya untuk tempoh 15 minit untuk benar-benar memastikan kerosakan itu tidak berulang lagi. Saya begitu terharu dengan tahap perkhidmatan yang diberikan kepada saya. Hinggakan semasa saya bayar khidmat membaiki enjin kereta tersebut, beliau bersungguh-sungguh menerangkan kenapa beliau meletakan harga sedemikian. Bagi saya ketika itu, saya tidak kisah, saya bayar lebih daripada apa yang dimintanya. Oh ya, tak lupa saya juga berikan tips kepada atendan-atendan setesen minyak yang ikut membantu membaiki kereta tersebut.
.
Dalam perjalanan pulang selepas itu, kepala saya berlegar mengenai tahap perkhidmatan yang diberikan oleh mereka. Kenyataan ‘Business is all about connecting to people’ terngiang-ngiang di fikiran saya. Sebelum ini pun saya ada dengar,

‘People don’t buy products and services – they buy people and relationships’.

Before someone will lend you their hand, you need to touch their heart’.

Satu perkara yang jelas, Thambi dan atendan-atendan Indonesia itu telah melaksanakan kenyataan-kenyataan ini tanpa mereka sedar! Saya bagaimana? Perlahan-lahan satu kesedaran menyelinapi diri ini. Saya mesti sentuh hati-hati pelanggan-pelanggan saya. Bila saya berjaya menyentuh hati pelanggan-pelanggan, pasti mereka sanggup buat apa saja untuk saya. Itulah dia makna tahap khidmat pelanggan yang perlu saya pegang. Ini merupakan azam saya seterusnya. Tuan Puan bagaimana?
.
Jika anda mengalami kerosakan enjin kereta di sekitar Shah Alam-Subang-Petaling Jaya, hubungi Thambi di nombor 0162744020. Anda pasti tidak kecewa!!!

No comments:

Post a Comment