.
Renungan
“If today were the last day of my life, would I want to do what I’m about to do today?”


Tuesday, January 19, 2010

Masa

.
Bayangkan …. Wujud sebuah bank yang memasukkan kedalam akaun peribadi anda sebanyak RM86,400.00 setiap hari. Namun jika wujud baki wang tersebut di penghujung hari, baki tersebut akan hilang dengan sendiri daripada akaun anda.
.

Apa yang anda akan lakukan? Semestinya anda akan mengeluarkan setiap sen dari akaun tersebut!
.

Semua kita sebenarnya punya bank tersebut. Nama bank tersebut ialah MASA
.

Setiap pagi, MASA akan memasukkan sebanyak 86400 SAAT kepada anda. Setiap malam, MASA akan menyenaraikan dalam buku kira-kira anda sebagai RUGI bagi setiap SAAT yang gagal anda gunakan untuk kebaikan atau kemajuan anda. Sesekali buku kira-kira anda ini tidak membawa sebarang SAAT yang anda gagal gunakan hari ini kepada hari esok. Juga buku kira-kira anda ini tidak membenarkan sebarang SAAT di masa depan digunakan pada hari ini. Dalam kata lain MASA tidak membenarkan ’overdraft’!
.

Begitulah setiap hari, MASA akan menasukkan SAAT untuk anda. Dan bila tiba di penghujung hari, MASA akan membakar SAAT yang anda tidak gunakan. Jika anda gagal menggunakan simpanan SAAT pada sesuatu hari itu, kerugian itu sebenarnya ialah kerugian anda!
.

Anda tidak dibenarkan berpatah balik dan juga menggunakan SAAT hari-hari akan datang. Anda mesti gunakan SAAT yang ada pada hari ini. Laburkan SAAT anda hari ini dengan cara paling baik agar hidup anda SEJAHTERA-BAHAGIA-KAYA. Sedarilah SAAT itu terus berjalan termasuklah pada ketika anda sedang membaca artikel ini. Bertanggungjawablah pada diri anda sendiri dan jangan lupa menikmati hidup ini mulai sekarang!
.

Satu Renungan

Jika hari ini merupakan hari terakhir anda di mukabumi ini, adakah anda RASA mahu laksanakan apa yang anda FIKIR perlu dilakukan hari ini?

No comments:

Post a Comment